Dalam Rumahtangga

Dalam rumahtangga ada suami, isteri dan anak. Dalam rumahtangga selain tiga individu tersebut, orang lain adalah orang luar. Dalam rumahtangga, kehadiran orang luar dalam mengatur langkah demi langkah yang akan diambil oleh si suami, isteri dan anak hanya akan menjerumuskan rumahtangga ke lembah kehancuran.

Perjalanan sebuah rumahtangga menuju syurga akan sentiasa bersimpang siur dek ujian dari Allah SWT. Biarpun sehari semalam doa dipanjatkan 17 kali sekurang-kurangnga memohon Allah SWT menunjukkan jalan yang lurus, ketahuilah bahawa jalan itu tidak akan lurus selurus-lurusnya kerana sebagai hamba-Nya, ujian akan ditimpakan sedikit demi sedikit. Bertaqwalah kita kepada Allah SWT dalam meniti jalan menuju syurga. Sungguh taqwa sahajalah penyelamat kita di dunia ini.

Rumahku syurgaku adalah impian setiap pasangan yang berumahtangga. Namun pelbagai faktor perlu diperhalusi untuk merealisasikan slogan tersebut. Faktor emosi & kewangan kerap menjadi faktor utama yang menentukan kebahagiaan rumahtangga di awal-awal perkahwinan. Ketika ini, ragam dan karenah pasangan berkemungkinan besar berlawanan semasa sebelum berkahwin. Ketika ini juga pasangan berada di permulaan kerjaya. Ketika ini juga bayi yang masih kecil memerlukan belaian dan tumpuan yang lebih. Semua ini boleh menjurus kepada stres.

Stres yang gagal diurus dengan baik boleh memandu mana-mana pasangan ke garisan penamat, pemutusan ikatan perkahwinan. Talak..! Wahai Sang Suami, bersabarlah dengan karenah isteri. Bersabarlah. Sungguh isterimu sangat lelah selepas seharian bekerja membantumu mencukupkan biaya keluarga ditambah pula dengan memenuhi keperluan anak-anak yang masih kecil. Tatkala isterimu sedang stres, ketepikan segala kemahuanmu. Pujuklah dia. Bantunya keluar daripada belengu stres. Insy Allah rumah tanggamu akan aman kembali.

Ketahuilah bahawa hidup berpasangan tidak semuanya indah. Tatkala kamu nampak pasangan kamu bermasalah, janganlah salahkan dia. Carilah punca. Tanganinya. Jangan terburu-buru membuat kesimpulan. Tatkala kamu berdua bergaduh, jangan sesiapapun saling menyalahkan. Kerana tiada siapa yang sedang bersalah.

Salahkanlah diri sendiri yang sedang stres. Tertekan dengan tuntutan kerja yang tidak berkesudahan. Dengan permintaan bos yang tidak sudah-sudah. Dengan rakan-rakan yang mementingkan diri. Dengan belanja dapur yang tidak cukup-cukup.

Ketahuilah bahawa apabila kamu berdua bersepakat menyalahlan stres, kamu berdua telah berjaya mengelakkan rumah tangga menuju kehancuran berbanding jika kamu menyalahkan pasangan. Tatkala stres yang disalahkan, tariklah nafas. Bertekadlah untuk mengenal pasti mengapa kalian stres.

Uruslah punca kalian stres itu dengan baik. Insya Allah, Allah SWT akan membantu hamba-hambanya yang berusaha.

 

 

 

Sokongan membuta tuli

Apabila Saidina Umar RA menggantikan Saidina Abu Bakar RA sbg khalifah, beliau ada bertanya kpd sekalian rakyat. Jika beliau melakukan kesalahan semasa memimpin, siapakah yang akan menegurnya..? Lantas bangkit seorang rakyat, rakyat bawahan, tiada pangkat ataupun nama, hanya rakyat bawahan, dengan berkata, aku akan betulkan kamu dgn mata pedang..! Saidina Umar RA tidak pula menyumbatnya ke penjara atau menghukum dengan hukuman yang berat. Malah Saidina Umar RA bersyukur kepada Allah SWT bahawa masih ada lagi manusia yang berani untuk menegurnya. Sungguh saya pelik. Kenapa di zaman yang lebih maju daripada zaman Saidina Umar RA, mereka yang menegur pimpinan atasan dilucutkan jawatan. Mereka yang tidak sehaluan dipinggirkan. Sedangkan orang-orang seperti inilah yang diperlukan untuk sesebuah kerajaan berfungsi dengan baik. Di zaman di mana integriti adalah sesuatu yang ‘mahal’, penyelewengan adalah sesuatu yang lumrah, berbuat baik dan jujur dipandang salah, kita mengharapkan adanya pimpinan yang berani menegur seperti TSMY. Tetapi malangnya, keberaniannya hanya menamatkan jangka hayat politiknya. Beliau terlebih layak untuk menggantikan pimpinan nombor 1 negara yang sedang dipalit seribu satu kontroversi. Tetapi apakan daya. Kuasa bukan di tangannya. Semoga Allah SWT mengampunkan TSMY dan melapangkan jalan untuknya terus bersuara bagi pihak rakyat. Jasa TSMY hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.

Kuliah Zohor 25 Mei 2015

Pada hari ini Ustaz menghuraikan ayat Al -Quran dari Surah Al-An’am mengenai keengganan Iblis untuk sujud kepada Nabi Adam AS. Ustaz juga menghuraikan tentang makna Iblis dan Syaitan.

Iblis adalah makhluk Allah SWT manakala Syaitan bukannya makhluk, tetapi adalah watak yang boleh terdiri dari kalangan Jin dan manusia.

Dalam ayat Al-Quran yang lain, Allah SWT ada menyebut tentang Iblis yang merupakan jin.

malaysia-maa-car-sales-data-april-2015.jpg (JPEG Image, 1260 × 1579 pixels)

http://s1.paultan.org/image/2015/05/malaysia-maa-car-sales-data-april-2015.jpg

Saya kemalangan

Entah apa yang jadi. Saya betul-betul tidak nampak adanya sebuah MPV di sebelah kereta saya, ketika menunggu lampu isyarat bertukar kepada hijau. Disebabkan laluan yang saya gunakan itu adalah laluan orang-orang yang suka membuat pusingan U (sebab ada orang di sebelah yang memperingatkan. Kalau tak, tak terasa pun nak tuka lorong), saya pun mencari peluang untuk menukar lorong.

Saya mengilas pandangan ke sebelah kiri. ‘Clear..!’ Lalu saya memberi isyarat ke kiri dan terus menukar lorong. Pada masa yang sama kedengaran kereta saya seperti bergesel dengan MPV berkenaan, yang saya lihat telah ‘tiada’ di situ. Sungguh ajaib.

Apabila lampu isyarat bertukar hijau tidak sampai 3 saat selepas itu, saya memberikan isyarat ke kiri untuk berhenti dan mengharapkan pemilik MPV berkenaan juga berhenti. Apabila ada kawasan yang sesuai di hadapan, saya pun berhenti. Namun MPV berkenaan terus sahaja berlalu pergi seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Saya keluar melihat kereta. Ada calar yang baru. Calar yang turut mencalarkan hati saya. Calar yang akan membuatkan saya tertanya-tanya untuk beberapa tahun akan datang, bagaimana saya boleh tidak nampak MPV berkenaan? Adakah penebat haba & cahaya yang dibeli di kedai Mr DIY telah menghalang pandangan saya?

Saya tiada jawapannya.

Dobi

Sesuatu yang saya tidak terfikir untuk dilakukan saban minggu adalah dobi. Sungguh tidak ekonomi. Jika muat, boleh sahaja mesin basuh 14 kg dengan harga RM 6.50 disumbat ke semua pakaian. Jika tidak muat, terpaksalah menggunakan mesin basuh 25 kg dengan harga RM 11.00. Jika kedua-dua unit mesin basuh 25 kg tersebut penuh, terpaksalah menggunakan 2 unit mesin basuh 14 kg. Harga yang saya nyatakan itu adalah harga untuk cucian biasa. Jika mahukan suhu air yang lebih panas, harganya adalah lebih tinggi. Namun apakan daya. Tekanan air yang rendah membuatkan saya terpaksa ke sini saban minggu.

image

Ini adalah harga perkhidmatan dobi layan diri yang saya biasa gunakan, Cleanpro Express. Saya suka sebab dapat menggunakan sabun basuh sendiri. Jika di Aquanano, kedai dobi layan diri yang terletak bersebelahan, sabun basuh dan pelembut fabrik secara automatik disediakan oleh mesin basuh. Saya kurang gemar dengan bau sabun basuh yang disediakan itu.

Di Cleanpro Express juga bilangan mesin basuhnya adalah lebih banyak berbanding di kedai dobi layan di Aquanano. Dari segi ‘dryer’, saya lebih suka menggunakan dryer di Aquanano kerana lebih besar iaitu 16 kg berbanding ‘dryer’ di Cleanpro Express iaitu hanya 14 kg. Namun dek kerana bilangan ‘dryer’ yang terhad selain orang yang ramai, saya kurang berpeluang untuk menggunakan ‘dryer’ di Aquanano.

Oleh sebab saban hari berulang-alik ke kedai dobi, timbul pula keinginan untuk membuka sendiri satu unit kedai dobi layan diri. Hasil perbualan dengan pemilik kedai, modal yang perlu disediakan adalah agak besar, di luar lingkungan kemampuan saya. Namun tiada apa yang mustahil. Usaha kan tangga kejayaan.

Pasangan Suami Isteri dan Bayi Berusia 6 Bulan Mati

image

Kecoh di media sosial tentang 6 myvi berlumba di lebuh raya DUKE sehingg mengakibatkan kemalangan maut yang telah meragut nyawa pasangan suami isteri dan bayi mereka yang berusia 6 bulan.

Kita doakan supaya pihak polis dapat menangkap kesemua pemandu-pemandu SIAL berkenaan dan dikenakan hukuman bunuh kerana membunuh. Kita juga berharap tidak ada seorangpun peguam yang akan tampil untuk membela pembunuh-pembunuh terbabit. Sesungguhnya dunia ini telah ada begitu banyak kerosakan yang dilakukan oleh manusia-manusia yang rosak.

Cukup-cukuplah mereka dibiarkan menyusahkan dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Telah sampai masanya kebebasan mereka diragut dan mereka dihalang daripada hidup sebagai manusia biasa.

Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran kepada semua pengguna jalan raya yang lain. Jangan jadi SIAL..!

Khutbah Jumaat

image

Khutbah Jumaat tengah hari tadi berkisar tentang peranan setiap Muslim dalam memenangkan Islam. Khatib menyebut-nyebut dan mengingatkan jemaah bahawa tugas memenangkan Islam adalah tugas semua. Bukan hanya tugas para Ulama’, Ustaz mahupun Ustazah. Ia adalah tugas semua Muslim tidak kira apa latar belakang pendidikan, sosioekonomi dan keturunan.

Ingatlah kepada hari pembalasan nanti di mana Allah SWT akan bertanya kepada setiap daripada kita, apakah yg telah kita lakukan bagi mendaulatkan Islam. Agama yang suci, lengkap lagi tiada cacat cela. Ambillah peluang selagi ada bagi menyumbang ke arah kemenangan Islam.

Mudah-mudahan Allah SWT akan menerima segala amal kita dan mengampunkan segala amal kejahatan kita.

Goods and Service Tax

image

Kecoh tentang GST sekarang. Si menteri dgn CGPA 3.85 tidak habis—habis dengan kenyataan bodohnya mempertahankan GST yang katanya boleh menurunkan harga barang.

Hakikatnya, rakyat terpaksa membayar harga yg lebih tinggi apabila berbelanja. Itupun menteri dgn CGPA 3.85 berkeras mengatakan GST sepatutnya menurunkan harga barang. Katanya ini semua salah peniaga kerana menaikkan harga barang setelah cukai 6% yg dikenakan ke atas mereka boleh di ‘claim’ semula dari kerajaan.

Kemudian timbul pula isu top up. Sebelum GST menteri dengan CGPA 3.85 mengatakan bahawa harga top up tidak akan naik tetapi kekal pada harga seperti sebelum GST. Selepas GST harga top up naik sebanyak 6%. Dua tiga hari kebelakangan ini, pihak KASTAM dan SKMM pula berbalah dengan memberikan kenyataan yang saling bercanggah antara satu sama lain tentang harga top up bermula 1 Mei 2015.

Tidak reda dengan isu GST, kecoh pula dengan majlis perkahwinan anak perempuan pemimpin negara yang dibuat secara bermewah-mewahan. Rakyat bawahan entahkan makan entahkan tidak, orang-orang di atas sana seperti tidak kisah untuk berbelanja sesuka hati.

Apala nak jadi dengan negara Malaysia ni. Segala hasil bumi kurniaan Allah SWT ada di sini. Namun masih tercari-cari pemimpin yang betul-betul merasai denyut nadi rakyat. Susah sama-sama. Senang sama-sama.

Semoga Allah SWT menggantikan pemimpin sedia ada dengan yang lebih baik.

Amin.

Masa depan Proton

image

Saya gusar dengan masa depan Proton selepas membaca berita seperti berikut.

http://funtasticko.net/proton-perlu-lebih-aggresif-jika-ingin-naikkan-jualan/

Kelihatan Proton menyalahkan rakyat Malaysia kerana tidak memberikan sokongan dengan membeli kereta-kereta keluaran mereka. Trend semasa menyaksikan golongan pertengahan di negara ini lebih gemar membeli kereta buatan luar negara tidak kira samada yang baru atau yang lama.

Untuk menyalahkan 100% rakyat Malaysia kerana tidak membeli kereta Proton, saya kira tidak adil. Pihak Proton bagi saya sangat lambat dalam mengeluarkan model-model baru ditambah pula dengan reka bentuk yang ketinggalan zaman. Siapa yang tidak kecewa melihat model Preve yang dijual di pasaran apabila membandingkan dengan model yang dipamerkan di KLIMS pada tahun 2010 yang lalu? Siapa juga yang tidak kecewa dengan model Suprima apabila dibandingkan dengan lakaran awal model tersebut.

Inilah masalah utama Proton. Kegagalan untuk menterjemahkan rekaan di atas kertas yang sangat cantik kepada model produksi. Proton perlu melantik vendor yang berupaya menterjemahkan rekaan di atas kertas kepada model sebenar.

Masalah kedua ialah enjin yang dahagakan petrol. Menggunakan transmisi automatik daripada Punch CVT dan Getrag bagi transmisi manual adalah langkah yang sangat baik bagi menggantikan kotal gear yang lama. Namun apabila enjin sendiri tidak menjimatkan minyak, kehadiran transmisi tidak banyak boleh membantu. Proton perlukan enjin baru ataupun memperbaiki kadar penggunaan minyak enjin Campronya. Diharapkan kehadiran enjin Natural Fuel Efficiency (NFE) yang akan digunapakai dalam model Global Small Car (GSC) lewat tahun ini akan memperbaiki kelemahan ini.

Ketiga ialah masalah segmentation. Proton mestilah mempunyai kereta untuk setiap segmen.

Segmen A : belum ada
Segmen B: Saga dan GSC
Segmen C: Preve dan Suprima
Segmen D: belum ada untuk orang awam
MPV: Exora

Jika dilihat kepada pasaran kereta di Malaysia ini, jualan yang paling banyak datangnya daripada segmen A dan B. Oleh sebab itu Proton mestilah mengeluarkan segera kereta untuk segmen A selain menggantikan model Saga dengan reka bentuk yang lebih menawan. Honda City dan Toyota Vios adalah kereta dalam segmen B. Namun adakan model Saga boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan model City dan Vios?

Keempat ialah masalah servis selepas jualan. Persepsi masyarakat ialah kereta-kereta Proton bermasalah. Oleh sebab itu kualiti kereta Proton mestilah dipertingkatkan supaya lebih sedikit kereta-kereta Proton yang akan tersadai di tepi-tepi jalan atau di bengkel-bengkel. Petugas-petugas di pusat-pusat servis mestilah mesra senyuman dan cukup terlatih untuk menjawab segala kemusykilan yang diajukan oleh pemilik-pemilik kereta Proton. Ini bagi mengubah persepsi negatif terhadap Proton.

Akhir sekali saya mendoakan agar satu-satunya kereta buatan umat Islam mampu bertahan dalam industri yang begitu kompetitif ini selain jualannya akan meningkat tahun demi tahun. Mudah-mudahan model GSC yang bakal dilancarkan lewat tahun ini boleh menjadi titik permulaan yang lebih baik kepada Proton.