Kaca Mata Baru

Dah lebih 4 tahun sejak saya membuat kaca mata baru semasa tinggal di Tawau suatu ketika dahulu. Oleh sebab sudah terasa pening-pening, saya pun buat lah kaca mata baru. Harganya lebih murah daripada yang saya buat di Tawau. Tidak sampai pun RM 400.

Namun apakan daya, pakai tidak sampi 2 minggu, jatuh & pecah di beberapa kawasan. Macam mana boleh jatuh? Si anak kecil yang jatuhkan. Inikah kali pertama kaca mata saya pecah sejak saya mula memakai kaca mata semasa di penghujung tahun 1996.

Saya membawa semula kaca mata tersebut ke kedai kaca mata di mana kaca mata itu dilahirkan. Mereka juga terkejut namun tidak ada warranty untuk kes-kes pecah. Mereka juga ada menawarkan untuk memberi diskaun jika saya mahu membuat kaca mata baharu atau hanya mahu menukar cermin kepada jenama yang lebih baik seperti Hoya, Crizal, Zeeis dan lain-lain lagi. Katanya, cermin berjenama lebih kukuh daripada cermin in house.

Ini adalah kali ke-2 kaca mata saya mengalami kerosakan dalam jangka masa satu bulan selepas apa yang terjadi di Tawau. Di Tawau, saya memilih kaca mata jenis clip on supaya selesa apabila melihat di waktu cahaya matahari terik. Untuk membeli cermin jenis transition, saya tidak mampu kerana harganya mahal. Kedai kaca mata di mana saya membuat kaca mata tersebut tidak mahu bertanggungjawab. Katanya salah saya sebab kuat berpeluh. Apa dia ingat ini kali pertama saya membeli kaca mata? 

Selepas itu saya mencari-cari bingkai yang boleh memuatkan cermin yang sedia ada supaya kos membuat kaca mata tersebut sebanyak RM 420 tidaklah menjadi sia-sia. Alhamdulillah kerana dapat juga bingkai yang lebih baik dan dapat menampung cermin tanpa perlu dipotong. Terbang lagi RM 150. Jadi kos membuat kaca mata telah meningkat kepada RM 570. Inilah kaca mata yang saya pakai sehingga ke hari ini.

Saya memilih untuk melakukan tinjauan di beberapa kedai kaca mata yang lain. Hasil tinjauan, rupanya memang ada diskaun yang sedang diberikan sekitar 10 – 20 % daripada harga cermin yang tertera di dalam katalog.

Banyak jugak kedai yang saya pergi dan akhirnya, malam semalam dapatlah saya menempah kaca mata baru dengan harga RM 198 untuk bingkai dan RM 790 untuk cermin sebelum diskaun. Harga cermin adalah RM 790 – RM 100 kemudian diskaun 15 % lagi. Jumlah keseluruhan adalah RM 780. Seoalah-olah saya membeli cermin Crizal Prevencia pada harga asal dengan diskaun RM 10 dan memperolehi bingkai berharga RM 198 secara percuma. Alhamdulillah. Kos keseluruhan telah mencecah RM 1140, hampir menyamai kos membeli cermin Crizal Transition. 

Jika dibandingkan dengan jenama Hoya, cermin Crival Prevencia telah dilengkapi dengan blue coating untuk mereka yang kerap berdamping dengan laptop dan smartphone. Hoya pula menawarkan cermin tanpa blue coating pada harga RM 700 manakala cermin dengan blue coating berharga RM 1100. Harga untuk cermin Crizal tanpa blue coating pula ialah RM 710. Oleh sebab itu, saya memilih cermin Crizal Prevencia kerana menawarkan value yang lebih baik berbanding Hoya pada harga yang lebih rendah. 

Lunch di Me’nate Setapak

Lama betul tak menulis. Faktor masa betul-betul menekan. Anak-anak pula selalu masuk tidur di saat jam melepasi angka 12 tengah malam. 

Hari ini saya menikmati makan tengah hari di Me’nate, Setapak. Dah lama sgt nak cuba sejak viral kes Azwan Ali dengan peminatnya di satu platform media sosial suatu ketika dahulu. Rasanya sudah setahun sejak kes tersebut terjadi.

Akhirnya dapatlah juga saya ke sini pada hari ini. Masuk sahaja kedai, ada pelayan yang akan mempelawa untuk memberi penerangan tentang jenis-jenis hidangan yang ada. Saya memilih untuk makan steak sebab selalunya saya akan memilih untuk makan chicken chop / grilled sahaja jika makan makanan barat disebabkan harga steak yang lebih mahal. Tetapi hari ini saya memang mahu makan steak jadinya soal harga saya ketepikan dahulu.

Gambar di atas adalah apa yang saya pesan. Jika mahu makan steak, pelayan akan membawa kita untuk memilih bahagian daging (ribeye, striploin, t-bone dan pelbagai lagi) telah sedia dipotong dan kita boleh melihat-lihat bahagian mana yang kita mahukan. Harga yang tertera pada bungkusan daging tersebut adalah harga untuk steak yang telah siap dimasak. So no surprise. 

Ini adalah apa yang saya dapat. Sungguh menyelerakan. Medium well grain-feb striploin with mushroom sauce berharga RM 68.00.

Mahal? 

Iya, lebih mahal daripada harga steak di food court atau di kedai-kedai yang menawarkan makanan barat yang lain. Namun portion yang disediakan adalah besar dan sangat mengenyangkan. Semasa menanti hidangan siap, ada side dish yang boleh ditempah seperti mushroom suop. 

Mujurlah saya tidak pesan apa-apa hidangan side dish sebab dari apa yang saya dapat, hidangan utamanya sudah lebih dari cukup untuk saya. 

Alhamdulillah.

Untuk kalian yang mencari kedai makan makanan barat yang menjual steak pada tanda harga yang sedikit premium dan sedap, saya memang akan recommend Me’nate ni. 

Sesuai juga untuk meraikan orang yang tersayang sekali sekala. 

Kongsi Post: Saiful Nang

​KENAPA HARI INI RAMAI ORANG MATI MUDA KENA HEART ATTACK TAPI ATUK-ATUK DULU SEHARI HISAP SEKILO ROKOK PUN BANYAK MATI SAKIT TUA 
(ini bukan artikel perubatan dan politik)
Saya membesar semasa zaman yang mana tinggal di taman perumahan hanya orang kaya atau pekerja kerajaan bergaji tetap. Saya juga ingat zaman saya kecil dahulu, rumah kampung kecil pacak 4 tiang lama-lama semakin besar dan membesar. Saya dulu juga hidup tidak berapa faham mengapa atuk-atuk kita dulu sibuk beli tanah besar tapi buat rumah sejemput sahaja. 
Bila saya ingat semua semua itu, saya jadi seronok pula tengok atuk-atuk saya mati senyum kerana tak ada hutang yang ditinggal kepada anak dan isteri. Hutang rumah pun tiada dan tak perlu nak bayar insuran MRTA bagai nak protect kepentingan yang ada. 
Semasa saya bekerja di Stockholm satu ketika dahulu, tidaklah lama cuma beberapa ketika sahaja. Rumah di Stockholm hanya boleh dibeli 1 unit untuk 1 orang. Duit banyak macam Adam Rosly ataupun seperti MO1 pun tetap tidak boleh beli hartanah melebihi keperluan. Sehingga kini, hartanah di Kotaraya Stokcholm tidak melambung tingginya sehingga ke peringkat kurang munasabah. Mengapa? Kerana tiada manipulasi harga hartanah disebabkan tidak rancak pelaburan hartanah yang jenis beli hari ni tahun depan jual. Kawan saya di Sweden beli sebuah apartment di dalam Bandaraya Stockholm dengan harga 20x gaji dia. Dan dia average income earner. Di Malaysia, average income earner perlu bayar 400x gaji untuk sebuah apartment di dalam city centre. 
Baca sampai habis kerana artikel ini panjang tapi penting. Jika malas membaca, sila scroll sampai ayat terakhir. 
Maaf kepada pelabur hartanah. Dulu saya pun berguru juga dengan pelabur-pelabur hartanah dan saya juga ada pelaburan hartanah pada mulanya. Tapi sempat beli sebuah rumah sahaja, tidaklah banyak dan sampai hari ini masih tak sempat jual. Sibuk mengusahakan tanaman lalang dan ternakan haiwan liar di rumah itu. Tapi sekarang, saya sedar…kita tidak sepatut niagakan keperluan apatah lagi memanipulasikan keperluan. Buat masa ini memang di situ ada peluang, melaburlah tak ada masalah. Sebelum hentam, sila baca dulu sampai habis. 
Pada zaman kekhalifahan Islam dahulu, khalifah melaksanakan keperluan tanpa diniagakan. Tidak juga membenarkan pihak ketiga untuk melaksanakannya dan mengambil untung. Rumah, air, pendidikan, makanan asas semuanya dalam regulasi pemerintah. Jika ada bayaran sekalipun ia bukan utk mengaut keuntungan sekadar menampung kos dan memajukan infrastuktur. 
Tapi susah nak diceritakan perkara ini. Yang mengurus air hari ini pun kaya raya siap ke hulu hilir dengan jet peribadi. Yang menguruskan perumahan untuk rakyatpun sudah harganya perlu dibayar seumur hidup walaupun hanya seperti kotak burung merpati. Maintenance jangan harap lah. Yang swasta pula kaya raya jual rumah ada design sikit kemudian namakan dengan nama Damansara atau Tropicana atau Sunway walaupun duduknya di ceruk-ceruk alampun harganya sampai mati pun belum habis bayar. Instalment pinjaman sampai makan habis gaji suami dan isteri yang bekerja. 
Bila saya fikirkan semula, memang hebat orang tua zaman dulu. Anak-anak diajar bertukang walaupun nak jadi doktor atau engineer. Rumahpun buat secara gotong royong. 
Ya, saya hidup lagi pada zaman rumah saya disambung secara gotong royong. Hidup berjiran, tak ada alasan nak bantu membantu. Yang penting kena sepakat. 1 hari sahaja siap kerja menaikkan rumah. Hari ini tak boleh buat begitu…hari ini kita hidup dengan spirit 1Malaysia (acungkan jari telunjuk) namun sebenarnya lebih kepada “Lu lu, Gua gua” punya spirit kiasu. 
Atuk nenek memang akan siapkan tanah. Pantang pakcik makcik jual tanah pusaka. Kenapa? 
Bila dah jual, nanti adik beradik semua terpisah-pisah. Ya lah, dulu semua anak Jawa duduk sekampung selorong. Tapi sekarang ada yang kerja di Oman, ada yang kerja di Alor Setar, ada yang kerja di Pekan ada juga yg kerja di kampung itu juga. Nak buat rumah bagaimana untuk tinggal selorong? Untuk zaman ini, memang tidak praktikal juga semua dilonggok duduk di satu lorong yang sama. 
Dunia berubah, kita juga patut berubah. Maka, teori nenek moyang kita sudah tidak relevan pada zaman ini. Namun…
Konsepnya, anak akan duduk di rumah induk dan berkahwin. Kemudian perlahan-lahan buat rumah sendiri di belakang rumah induk yang masih ada ruang tanah. Bukan naik banglo terus, buatlah rumah kecil sahaja satu bilik kerana nanti bila ada rezeki boleh sambung lagi. Kalau dah besar rumah itu dan ada keperluan,nanti boleh sambung lagi rumah. 
Rumah tak glemer tapi hati senang, hutang tiada. Berniaga kedai runcit di simpang pun dari kecil boleh sampai jadi pasaraya. Kenapa? Hati lapang dan tenang kerana duit yang dibuat bukan milik orang tapi milik kita. Dari situ, boleh sahaja beli rumah-rumah taman yang glemer dan berstatus pula secara tunai. 
TAPI…MAHAL PULAK!
Kenapa mahal? Ini saya nak cerita. Semasa pembukaan sebuah perumahan oleh syarikat milik Allayarham taikun automobil dahulu di Shah Alam. Saya bersemangat bersama isteri datang pada hari pelancaran. Hampeh…semua dah kena beli kecuali beberapa unit yang mahal. Yang murah semua kena sapu. Bila ditanya, siapa yang beli? Katanya…dah buka jualan kepada mailing list mereka dahulu. Katanya majoriti buyer adalah investor. Investor dah borong semua, kita yang nak beli untuk letak anak isteri ni macammana? 
Mereka beli, kemudian mereka sewakan sebelum dijual atau ada yang beli dahulu dan kemudian bila siap terus dijual. Harga rumah RM500,000 bila siap jadi RM600,000 lepas 5 tahun jadi RM1 Juta. 
Kita kena ingat, salah satu cabang riba’ ialah mengambil untung berlebih-lebihan sehingga menindas. Pada harga sahaja sudah riba’ dan ditambah dengan nak beli tunai memang susah. Jadi kenalah buat loan dari bank-bank yang kononnya Islam sangat. Islamik tak islamik sekadar dulu takde akad sekarang ada akad. Dulu takde interest sekarang dipanggil profit. Dulu pakai BLR sekarang dipanggil BFR…dulu kena penalty early settlement sekarang early settlement pun kena penalty lagi. Mana Islamiknya jika dulu pinjam RM1 Juta beli rumah, kemudian bayar 40 tahun dan total bayaran RM2.5 Juta. Itu tak termasuk BLR BFR yang kadang-kadang up tu. 
Mudahnya begini, kenapa saya mahu idea perkara KEPERLUAN MENJADI TANGUNGJAWAB PEMERINTAH DAN BUKAN PERNIAGAAN? 
Bayangkan kos orang kampung buat rumah 3 bilik dan beli bata sendiri, ikat batu ajak kawan-kawan gotong royong. Beli kayu sendiri dan ikat kuda-kuda rumah dengan gotong royong ajak jiran dengan bayaran hanya bubur kacang dan perjanjian usahasama “nanti rumah aku ko tolong jugak”. Kos sebuah rumah 3 bilik hanya RM100,000. Tetapi bila di tapak projek perumahan, RM100,000 punya kos sebenarnya menajdi hanya RM70,000 kemungkinannya kerana mereka beli semua secara pukal. Tetapi dicampur upah dan segala bagai dokumentasi, katakan harganya hanya jadi RM200,000 dan developer akan jual pada harga RM500,000. Di situ sudah ada pengambilan untung. Dibeli pula oleh investor awalan sebelum launching property dengan harga RM500,000 dan setelah siap terus dijual dgn harga RM600,000. Dibeli pula oleh kita dengan harga RM600,000 untuk didiami. Buat loan RM540,000 dan kena bayar RM1.5 Juta. 
Sila kira, ada berapakah level pengambilan untung? 
Kadang-kadang saya fikir ada baik juga sikit North Korea. Mereka buatkan rumah untuk semua penduduk walaupun rumah mereka sekadar adanya sahaja. Tapi cuba tanya orang North Korea berapa hutang mereka? 
Memang perniagaan terbaik ialah perniagaan berdasarkan keperluan. Tetapi keperluan ASAS yang diniagakan adalah keterlaluan. Air yang dapat percuma dijual dengan pengambilan untung. Selepas ini mungkin oksigen juga akan dijual untuk mengambil untung. 
Orang yang bukan Islam di negara seperti Sweden juga ada akal untuk mengelakkan manipulasi harga rumah di Kota Stockholm. Hari ini kita buat rumah murah yang terlalu murah sampai gelandangan lagi sanggup tinggal bawah jambatan terus. Rumah yang sudi orang diami pula harganya mahal macam nak beli jet. 
Di Eropah, jika nampak gelandangan dan peminta sedekah di negara-negara maju seperti France dan UK, mereka bangga mengatakan gelandangan itu bukan British dan bukan French tetapi mereka yang datang dari negara mundur Eropah dan Afrika. Rakyat mereka semua duduk berbumbung. Pemimpin mereka boleh lega. Sewajarnya pemimpin perlu rasa malu bila yang jadi gelandangan ialah warganegara sendiri dan bukannya orang lain. Kemudian, tahu pula gelandangan ini mencacatkan pemandangan di KL sampai orang nak bagi makan gelandangan pula khabarnya dulu akan dihukum. Susah jika penguasa kita terlalu cerdik. 
Kita tidak perlu pencakar langit, kereta Jepun yang dijenamakan nasional, tak perlu kompleks pentadbiran yang maha hebat, tidak perlukan lapangan terbang yang lengang selain pesawat tambang murah…
Tetapi yang lebih diperlukan ialah…
Pendidikan yang murah atau percuma. 

Air yang murah jika tidak percuma

Eletrik yang murah jika tidak percuma

Rumah yang murah jika tidak percuma

Perubatan BERKUALITI yang murah jika tidak percuma

Kenderaan awam yang efektif yang murah jika tidak percuma

Makanan yang murah jika tidak percuma
Perkara KEPERLUAN ASAS biarlah di bawah pemerintah. Jika rumah dibangunkan oleh pemerintah, kos pembangunannya mungkin hanya RM200,000 (jika tiada undertable) dan jualannya juga RM200,000. Untuk yang kurang mampu, kos tanpa undertable mungkin hanya RM20,000 dan dijual dengan harga RM20,000. 
Sebelum apa-apa, biar saya cover dulu. Saya tahu ada orang akan cakap “SN ni cakap lebih tapi Saiful Nang Academy tu kutip yuran juga”. Mari sini saya jelaskan, awak belajar di masjid pun sebenarnya ada kosnya. Cuma kos itu telah dibayarkan oleh orang lain. Universiti Malayapun walaupun belajar sampai degree yuran 1 semester main ratus-ratus tapi sebenarnya kosnya beribu juga cuma sebahagian telah dibayar oleh orang lain (kerajaan). Saiful Nang Academy pun didik orang semuapun ada kos juga kerana kelas kami dalam aircond dan ada bumbung dan bangunan yang semuanay kena bayar. Cuma kos kami tiada orang yang nak bayarkan kecuali orang yang menyertainya. 
Bila pendidikan menjadi agenda kerajaan sepenuhnya dan bukan 1 perniagaan, sekurang-kurangnya akan jadi seperti France yang mana pendidikan semua percuma sehingga universiti. Kecuali yang nak pergi private insitution yang itu mereka kena bayar sendiri. Tidak mengapa jika yang asas sudah diberi, orang nak yang lebih.
Kalau slow nak faham…saya bagi contoh lah. Nasik itu keperluan asas yang disediakan, tapi kalau nafsu nak makan kambing golek atau wagyu itu bayar sendirilah. Kalau setakat nak nasik, ikan, ayam dan sayu itu semua masih dikira keperluan. 
Faham ke tak ni? 

Lantaklah…
Dulu kita tinggal di kampung miskin dan tak berharta. Hidup hari-hari main basikal, mandi sungai tak fikirpun tab dan internet itu perlu tapi gembira sahaja dan mak ayah, atuk nenek semua tak ada hutang kecuali yang kaki judi dan kaki sabung ayam. Bila sudah besar, pergi ke KL nak ubah nasib tapi kita terperangkap dengan hutang yang buat kita jadi orang murung sepanjang hayat. Walaupun kita orang yang bekerja keras dan tidak berjudi atau main perempuan.  
12 tahun saya menjalankan perniagaan, saya sentiasa fikir untuk bangunkan perniagaan kita perlu bangunkan manusia dahulu. Maka kami bangunkan manusianya dan kemudian manusia itu yang akan membangunkan perniagaan. Sama juga jika skalanya dibesarkan, sebuah negara perlu membangunkan rakyatnya dengan pendidikan dan rakyat inilah yang akan membangunkan negara. Namun jika pendidikanpun sudah mahal, yang graduate semua sudah berhutang, nanti nak beli rumah lagi berhutang, public transport teruk terpaksa beli kereta juga dengan hutang… masa bila nak kumpul duit nak kahwin? Nanti kahwin juga hutang. Semua ini berlaku sebelum umur kebanyakan rakyat Malaysia mencapai umur 30 tahun. Dan apa yang dibuat pada umur sebelum 30 tahun membuatkan kita membayarnya sepanjang hayat kita. 
Siapa kata kita lelaki merdeka yang boleh menikahkan anak perempuan kita jika sebenarnya kita masih seorang hamba sahaya yang bekerja seharian namun hasilnya sudah jadi milik orang lain. 
Fikirkan semula. 
Hutang dah tak boleh nak lari dah hari ini. Adakah rela kita berhutang rumah sehingga membayar RM1.5 juta untuk rumah berharga RM200,000?? Selebihnya masuk ke perut-perut kapitalis yang semakin memboroi. Semakin kita kaya mampu buat loan, selagi itu mereka akan semakin kaya. 
Saya tidak pasti sepanjang ini ada yang nak baca. Saya bercakap hari ini untuk kepentingan negara dan masyarakat dan bukannya atas niat nak jadi menteri. Tetapi anak-anak saya yang akan tinggal di sini juga nanti. 
Segala yang baik itu datang dari organisasi yang saya wakili dan yang buruk itu semuanya kelemahan saya sendiri. Baca dengan hati tenang. Fikir balik kenapa hari ini kita tidak segembira dahulu. Fikir juga kenapa Si Tua dahulu hidupnya senang dan jarang mati kena heart attack tetapi hari ini kita muda-muda masih 3 series dah kena heart attack. Kenapa?
Tekanan hidup
SAIFUL NANG

Idealistic Marhaen 

#artikelSN
*Siapa malas baca dia monyet.

Nasihat daripada Alwi Adam

Saya kongsikan nasihat daripada seorang Penasihat Kewangan yang saya ikuti tulisannya di fb..

Didik Isteri Bijak Kewangan, Takut Ada Hibah Takaful pun Tak Berguna.

Alkisah sekiranya si suami telah ok dalam kewangan, pastinya beliau tahu kepentingan merancang dan membina perancangan kewangan holistik.

Contoh, si suami pun subscribe takaful. Dihibahkan ke isteri.

Berapa nilai perlindungan? Si suami cerdik pandai ini menggunakan sifir 212C untuk capital protected method.

C = expenses bulanan. Katakanlah 3000.

Nilai perlindungan 212C = RM 636 ribu.

Kenapa 200C? Sebab nanti waris dapat 3 ribu sebulan. Bagaimana kiranya? Hehe..

Nak dijadikan cerita si suami tak panjang umurnya, pergi menghadap Ilahi.

Pampasan hibah takaful 636 ribu terus kepada isteri.

Disinilah banyak broken link berlaku.

Duit diterima sedebuk tak pernah dialami sebelum ini. Nasihat dan wasiat suami ingat ingat lupa.

“Ayang, duit takaful kalau dapat lepas abang tiada ni simpan dan labur pokoknya (capital), dan gunakan hanya hasilnya (dividen).”

Begini rasional si suami alumni DIY360 ini.

Pampasan 636 ribu ambillah dulu setahun belanja 3 ribu x 12 bulan = 36 ribu. Dan serta merta bakinya 600 ribu simpan dan laburkan.

Dengan assumption pulangan paling rendah 6%, selepas setahun pulangan yang dapat adalah 36 ribu, cukup untuk belanja tahunan ( bulanan 3 ribu).

Maka kebijaksanaan si suami mengatakan biarlah pokoknya kekal dan gunakan sahaja hasilnya yakni dividen.

Sepatutnya cerita berakhir happily ever after..

Namun si isteri ingat ingat lupa. Dulu suami mengajaknya belajar kewangan dia datang berat hati. Entah apalah merepeknya penceramah ini.

Duit 636 ribu ini hendak buat apa?

Oh lupa, rumah ini perlu kelihatan cantik dan rapi. Apa salahnya ditambah mana tak kena di mata?

Dulu dengan suami, naik kereta tidak selesa. Maklumlah konon buatan negara.

Apalah salah berVellfire..duit kan ada?

Adik beradik sedara mara ramai yang tahu dia sudah berduit. Anaknya ramai namun..

Abangnya mahu pinjam buat modal niaga. Ratus ribu jugalah..

Adiknya mahu pinjam beli kereta.

Ayahnya mahu pergi umrah kali kelima.

Semuanya minta pada dia..

Maka tak sampai setahun habislah duit yang disangka banyak.

Hancur berkecai visi dan misi arwah suami.

Angkara jahil dan lupa diri..

Elok elok financially free, dah kena merempat minta belas ihsan orang lain..

Untung kalau ada kerja sendiri..

——————

Dekat sini tuan penasihat nak bagi amaran..

Duit hibah takaful bukan untuk joli. Bukan juga untuk nak berlagak jadi ceti.

Tapi simpan dan labur untuk kegunaan umur yang berbaki. Anak anak masih panjang lagi umur untuk diawasi.

Amanah suami harap tidak dikhianati.

Sekian coretan pada Jumaat pagi..

Nak merancang kewangan, jumpalah abam.

Telegram.me/alwiadam Your Preferred Financial Planner.

#TheSophisticatedInvestor MN

Share kan cerita ini moga ada manfaat untuk semua…Didik Isteri Bijak Kewangan, Takut Ada Hibah Takaful pun Tak Berguna.

Trump

RUU 355 – Suatu Tinjauan

BUKAN ISLAM TIDAK WAJAR MENENTANG RUU 355 – POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA

Artikel ini diambil dari akhbar Harakahdaily dan telah dimasukkan beberapa kenyataan daripada Dr Asyraf Wajdi Dusuki



RUU 355 hanya tertakluk kepada penganut Islam yang beriman dan budiman, tanpa mengira fahaman politik dan kedudukannya dalam masyarakat dan tugasnya. Semuanya bersyukur kepada Allah yang mengurniakan hidayah kepadanya nikmat Islam.

Menyedari dan merasai betapa bencana umat di zaman penjajahan dan selepasnya walaupun sudah merdeka lebih setengah abad namun Syariat Allah yang menjadi sebahagian daripada objektif rukun Islam dan iman, di mana sebenarnya pernah juga menjadi contoh paling berjaya kepada pihak lain, tiba-tiba dihalang dan dikembalikan semula seperti zaman penjajah; dengan serangan media mengelirukan umat Islam dan menakutkan bukan Islam, kerana tujuan politik murahan semata-mata. Adakah mereka menjadi wakil penjajah selepas merdeka?


Aspek kehakiman menjadi rukun dalam menunaikan perintah Allah Yang Maha Adil. Maka semua penganut Islam wajib  mendukung dengan penuh harapan supaya dinaikkan taraf Mahkamah Syariah dari kedudukan yang telah diletakkan oleh penjajah dahulu. Ini termasuklah juga DYMM Raja-Raja wajib diangkat ke martabatnya, kerana kedudukan baginda menjadi ketua urusan agama Islam telah dihina oleh penjajah walaupun setelah mencapai kemerdekaan yang mencecah lebih setengah abad.


Sehingga kini Mahkamah Tinggi Syariah yang paling tinggi pun, tetapi kedudukannya lebih rendah daripada Mahkamah Majistret di peringkat daerah. 

Adapun kalangan bukan Islam sepatutnya meraikan perkara ini dan menghormati saudara mereka yang berada dalam satu masyarakat majmuk dan satu negara serta tanah air dalam perkara yang tidak ada kena mengena dengan urusan mereka. Jangan sengaja mencari sebab untuk menimbulkan ketegangan masyarakat majmuk dan harmoni dengan tiba-tiba menentang RUU 355 yang bertujuan menaikkan taraf Mahkamah Syariah. 

Muqadimahnya perlu menyedari kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak penganut agama lain yang diberi kebebasan, tiba-tiba menghalang penganut Islam dalam bidang berkaitan agama yang menjadi agama negara ini.

Tokoh undang-undang tersohor di peringkat dunia dan negara Al-Marhum Prof Ahmad Ibrahim (bekas Peguam Negara Singapura (1966) dan Ketua Pengajian Undang-undang di beberapa universiti, juga mantan Peguam Negara Singapura di bawah PAP yang diterajui mendiang Lee Kuan Yew seperti DAP di Malaysia) telah menulis perkara ini dalam  tajuk: “Islam Dalam Perlembagaan” dengan menegaskan:

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi  Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perlu disebutkan bahawa belum ada terjemahan Perlembagaan yang sahih di Malaysia dan terjemahan; “Islam is the religion of the Federation” yang terdapat dalam Perlembagaan diterjemahkan salah sebagai “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan”.

Oleh kerana perkataan “Islam” dan bukan “ugama Islam” yang digunakan di Perkara 3, bolehlah dihujjahkan bahawa yang dimaksudnya ialah Islam sebagai cara hidup mengikut Islam iaitu Islam sebagai Ad-Din.Dalam minit Suruhanjaya Reid melaporkan perbincangan bahawa mereka menerima Memorandum Parti Perikatan dan juga PAS (satu-satunya Parti Pembangkang di masa itu) yang mendesak supaya diletakkan Islam dalam Perlembagaan. Akhirnya mereka menerima juga kerana dalam Parti Perikatan itu ada juga MCA dan MIC daripada kalangan bukan Islam dan pihak Islam menerima juga ayat bahawa agama-agama lain bebas diamalkan oleh penganut masing-masing. (Sila lihat: Islam Dalam Perlembagaan oleh Prof Ahmad Ibrahim)

Berkenaan RUU 355 Al-Marhum Prof. Ahmad Ibrahim menulis:

“Pada masa sekarang bidangkuasa jenayah Mahkamah Syariah sangat terbatas. Mengikut Perlembagaan, Mahkamah Syariah adalah mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan setakat yang diberi oleh Undang-undang Persekutuan. Mengikut Muslim Courts (Criminal Jurisdiction) Act, 1965, Mahkamah Syariah hanya diberi bidangkuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih $1,000 / atau kedua-duanya.

Bidangkuasa itu telah ditambah pada tahun 1984 dengan pindaan kepada Akta tersebut dan Mahkamah Syariah diberi bidangkuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih tiga tahun atau dengan tidak lebih $5,000 atau sebat tidak lebih enam sebat atau gabungan hukuman itu. 

Bidangkuasa ini masih rendah dari bidangkuasa Majistret Kelas 1 di mana biasanya boleh membicarakan kes yang boleh dihukum dengan penjara sepuluh tahun dan boleh menjatuhkan hukuman lima tahun penjara atau denda $10,000 atau sebat dua belas pukulan atau gabungannya.

Keadaan ini menjadikan Mahkamah Syariah termasuk Mahkamah Tinggi Syariah lebih rendah tarafnya daripada Mahkamah Majistret.(Sila lihat Prof Ahmad Ibrahim tajuk yang sama).”

Perlu diketahui bahawa hukuman sebatannya pula bersifat mendera pesalah dengan cara yang kejam, bukan seperti hukuman Syariat Islam yang bersifat mendidik penjenayah dan masyarakat. Contohnya Hadis Rasulullah S.A.W. apabila di bawa seorang yang telah dijatuhkan hukumannya seratus sebatan kerana berzina:

فقال اضربوه حده قالوا يا رسول الله انه أضعف من ذلك ان ضربناه مائة قتلناه قال فخذوا له عثكالا فيه مائة شمراخ فاضربوه به ضربة واحدةوخلواسبيله *

مسند أحمد لأحمد بن حنبل (8/ 449)

(Sabdanya: Jatuhkan hukuman had sebatan ke atasnya (seratus sebatan). Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Dia seorang yang lemah, tidak mampu menerima hukuman itu, nanti kalau disebat seratus kali kami membunuhnya. Sabda Rasulullah S.A.W: Ambillah seberkas yang ada sejumlah seratus ranting, sebatkan dia satu kali sahaja dan bebaskan dia). 

Hadis ini membezakan hukuman sebatan Syariat Islam dengan hukuman lain dan Hukum Islam bertujuan mendidik. Ini menunjukkan gambaran yang dibawa oleh media adalah salah dan pembohongan terhadap Islam.

Al Quran dan Hadis adalah rujukan tertinggi kepada penganut Islam. Terpulang kepada agama masing-masing yang tidak dipaksa mengikut hukum Islam. Jangan kacau urusan penganut Islam. 
Apabila pihak PAS mengemukakan usul persendirian di Parlimen yang berkait RUU 355, bekerjasama dengan Umno. Ketika saya memberi peluang kepada mereka bertanya di Parlimen, tiba-tiba inilah sahaja soalan meminta penjelasan oleh YB DAP Bandar Kuching:

(1) RUU 355 membuka pintu ke arah Hukum Hudud (ada udang di sebalik batu)
(2) Mengganggu Hak bukan Islam
(3) Mengganggu Hak Sabah dan Sarawak
(4) Meretakkan Pakatan Pembangkang

Kerana masa yang dihadkan maka saya panjangkan di sini jawapannya:

1) Membuka pintu ke-arah Hukum Hudud
Hukum Hudud adalah di luar daripada tajuk RUU 355, tapi nampaknya terus dijadikan senjata untuk menentang Islam secara terbuka. Hukuman yang dinamakan Hudud adalah hukuman yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya; hanya dalam beberapa kesalahan sahaja daripada Syariat Islam yang tidak boleh diperkecilkan oleh penganut Islam. Ini kerana ianya dinaskan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah yang termasuk dalam perkara Iman, Islam dan Ihsan. 

Hudud adalah salah satu daripada tiga bahagian undang-undang jenayah hukum Syariat yang diwajibkan oleh Allah dan menjadi sepakat para ulama. Selebihnya sehingga tidak terkira banyaknya adalah mengikut kebijaksanaan manusia, mengikut konsep mendidik, bukannya mendera dalam perkara dan kesalahan lain yang terlalu banyak. 

Namun hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana banyak halangannya. Ini termasuklah di dalam perkara jenayah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, iaitu berdasarkan Senarai I Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Perkara 76(A), Perlembagaan Persekutuan pula, ianya memerlukan Parlimen membuat suatu undang-undang (Akta) pula barulah Negeri boleh membuat undang-undang berkaitan dengan perkara yang terletak di bawah kuasa Persekutuan.

Sila rujuk Perkara 75 dan Perkara 76A, Perlembagaan Persekutuan:

“75. Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.”

76A. (1) Dengan ini ditegaskan bahawa kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang mengenai sesuatu perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Persekutuan termasuklah kuasa untuk membenarkan Badan-Badan Perundangan Negeri-Negeri atau mana-mana daripadanya, tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan (jika ada) yang dikenakan oleh Parlimen, untuk membuat undang-undang mengenai kesemua atau mana-mana bahagian perkara itu.

(2) Walau apapun Perkara 75, sesuatu undang-undang Negeri yang dibuat di bawah kuasa yang diberikan oleh Akta Parlimen sebagaimana yang disebut dalam Fasal (1) boleh, jika dan setakat yang diperuntukkan sedemikian oleh Akta itu, meminda atau memansuhkan (berkenaan dengan Negeri yang berkenaan) mana-mana undang-undang persekutuan yang telah diluluskan sebelum Akta itu.

Undang-undang Hudud dijadikan senjata perang psikologi oleh musuh Islam di seluruh pelosok dunia. Sepatutnya pihak bukan Islam jangan menjadi wakil selepas zaman penjajah. Namun sehingga kini masih  memasuki dalam fikiran kalangan Islam juga yang menjadi mangsa tawanan musuh dalam penjara kejahilan. Maka janganlah kalangan bukan Islam di sini menari mengikut gendang musuh itu. 

Perjalanan kehakimannya yang sukar kerana syaratnya sangat ketat. Hukumannya pula lebih ringan daripada undang-undang jenayah ciptaan manusia, tetapi kehebatannya menggerunkan masyarakat termasuk mereka yang tidak berniat melakukan jenayah (Inilah kehebatan Syariat Allah) –  (sila lihat rakaman ceramah saya di Universiti Nanyang Singapura).

PAS sedia berdailog dengan pemimpin agama bukan Islam sekiranya ada undang-undang daripada agama mereka, walaupun masih dihalang oleh Perlembagaan Persekutuan.

Adapun RUU 355 tiada kaitan dengan hukuman Hudud yang berada dalam fasal lain di bawah bidang kuasa negeri dan kesalahan jenayah yang disenaraikan di bawah Kerajaan Pusat.

2) Mengganggu hak bukan Islam

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan Jadual Kesembilan daripada hak negeri-negeri telah menegaskan kebebasan beragama kepada bukan Islam yang dijamin, serta bidang kuasa penganut bukan Islam di luar daripada kuasa Mahkamah Syariat.Firman Allah:

فَإِن جَآءُوكَ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُمۡ أَوۡ أَعۡرِضۡ عَنۡهُمۡۖ وَإِن تُعۡرِضۡ عَنۡهُمۡ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيۡٔٗاۖ وَإِنۡ حَكَمۡتَ فَٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِٱلۡقِسۡطِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٤٢ المائدة

Maksudnya: “Oleh itu kalau mereka (bukan Islam) datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah dalam kitab mereka – kalau ada) atau berpalinglah dari mereka dan kalau engkau berpaling dari mereka, maka mereka tidak akan dapat memudaratkanmu sedikitpun dan jika engkau menghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

Rasa tidak munasabah kalau saya menjawab kalangan yang berhujah bahawa ramailah penganut Islam akan dihukum kerana seolah-olah orang Islam akan berlumba melakukan jenayah kerana mahu dihukum. 

3) Mengganggu Hak Sabah dan Sarawak

Negara Malaysia berkongsepkan Federalisma, membahagikan bentuk kerajaan negeri dan Pusat dalam sistem pemerintahannya. Perlembagaannya menetapkan batas bidang kuasa Kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri termasuk dalam aspek kehakiman dan perundangan. 

Akta 355 yang dibuat berdasarkan Jadual 9 sebagai ‘Punca Kuasa’nya adalah berkaitan dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Negeri. Kerajaan Negeri pula boleh menerimapakai (bukan secara automatik) peruntukan Akta 355 yang dipinda nanti bagi menetapkan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri masing-masing. Adapun Negeri Sabah dan Sarawak juga, seperti negeri-negeri lain, mempunyai pilihan sama ada hendak menerimapakai atau tidak Pindaan Akta 355 yang dipinda itu.

Perlu diingat dari segi sejarahnya semasa Akta 355 mula dibentangkan di Parlimen pada tahun 1965,  ianya tidak ditentang oleh Ahli-ahli Parlimen Bukan Islam, termasuklah mendiang Lee Kuan Yew (MP Singapura) yang berada dalam Parlimen pada ketika itu. Pada tahun 1984 semasa Akta 355 dipinda, apabila dibawa ke Dewan Negara, RUU tersebut telah disokong oleh YB Dr James P. Ongkili (MP Tuaran) yang beragama Kristian. (sila rujuk Handsard Parlimen)

Mengapa DAP dan rakan-rakannya di abad 21 ini terlalu maju ke depan?

4) Meretakkan Pakatan Pembangkang

PAS menyertai pakatan pembangkang dengan konsisten dalam amalan politik yang wajib menghormati adab dan akhlak berpakat. Dalam Pakatan, PAS wajib teguh bersama dasar dan matlamatnya yang wajib dihormati oleh semua pihak; dalam titik persamaan yang tidak mengganggu perkara dasar dan matlamat pihak lain yang berpakat. Adapun cara campur tangan dalam urusan yang tersebut di atas adalah tidak berakhlak atau tidak bermoral mulia dalam pakatan. Lebih tidak berakhlak kalau mencuri dalam rumah PAS yang membuka pintu kepada mereka. 

Dalam sejarah pakatan dengan pihak lain, PAS tidak pernah khianat dalam perkara pakatan mengikut  batasnya, sehingga PAS yang dipecat daripada BN (1978) dan terkini DAP memecat PAS daripada PR. Walaupun PAS memberi tempoh panjang dan bersabar dalam menghadap perangai parti lain yang campur tangan dalam urusan dalaman PAS dan meredah masuk ke dalam billik rumah PAS.

5) PAS masuk BN

PAS menyertai Kerajaan Campuran dan seterusnya bersama menubuhkan Barisan Nasional setelah negara menghadapi keadaan Darurat sehingga berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Adapun DAP tidak bekerjasama di masa negara dalam keadaan darurat. PAS menerima dengan terbuka tawaran PM Kedua, Al-Marhum Tun Abdul Razak yang menerima cadangan-cadangan PAS dan sebahagian besar pemimpin dan ahli PAS menganggap kecil segala kezaliman yang berlaku ke atas pemimpin dan ahlinya yang ditahan ISA, ada yang dibuang daerah, bahkan ada yang dibunuh. Dua Kerajaan Negeri (Terengganu dan Kelantan) yang diperintah oleh PAS pernah menjadi mangsa kepungan dan tekanan Kerajaan Pusat dan rompakannya; apa yang tidak dihadapi oleh Kerajaan Singapura dalam Malaysia di bawah PAP (bapa yang melahirkan DAP) dan Kerajaan PBS di Sabah. Namun PAS meletakkan di hadapannya kepentingan negara, rakyat dan menolak keadaan “politiking” murahan yang menjadikan rakyat bawahan dalam keadaan sangat tenat, kerana Islam mengharamkan politiknya berdendam. 

Sila pihak yang menuduh itu cermin diri masing-masing, PAS tidak pelahap untuk menyertai Kerajaan BN hanya untuk meraih jawatan dalam Kabinet atau semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri laksana mi segera?  PAS adalah parti yang turun ke medan rakyat, kini mempunyai 192 Kawasan di seluruh negara dan hampir 10,000 cawangan sehingga di pedalaman yang jauh sejak zaman mengayuh sampan mudik ke hulu dan mengayuh basikal, terkini ada pula cabang penyokong kalangan bukan Islam (DHPP) yang menjadi hubungan persahabatan dengan bukan Islam. Bukan hanya berdepan komputer di meja dan berarak di jalan raya  sahaja untuk mendapat sokongan rakyat.

Akhirnya, tiada alasan undang-undang dan politik bagi menentang RUU 355 melainkan mahu bermusuh terhadap Islam dan penganutnya atau menjual diri menjadi alat kepada musuh Islam dengan harga yang sangat murah. Allah memberi panduan kepada penganut Islam bagi menghadapi cabaran ini dengan firman-Nya:

۞وَلَا تُجَٰدِلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ إِلَّا بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ إِلَّا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنۡهُمۡۖ وَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا بِٱلَّذِيٓ أُنزِلَ إِلَيۡنَا وَأُنزِلَ إِلَيۡكُمۡ وَإِلَٰهُنَا وَإِلَٰهُكُمۡ وَٰحِدٞ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ٤٦ العنكبوت 

“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab (bukan Islam) melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepada-Nyalah, kami patuh dengan berserah diri.”

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS
11 Safar 1438 /11 November 2016 – HARAKAHDAILY 11/11/2016

http://m.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43169-bukan-islam-tidak-wajar-menentang-ruu-355


Bayaran Ceramah Agama 


Dalam kuliah zohor oleh Ustaz Amran Bollywood di tempat kerja saya, beliau ada berkongsi tentang beberapa jemputan ceramah yang beliau dapat. 
Dalam jemputan ceramah tersebut, pihak yang menjemput turut sama menyatakan jumlah bayaran yang akan diberikan kepada Ustaz Amran. Ribu-ribu jugak la bayarannya.

Ustaz Amran beritahu, mana-mana jemputan ceramah yang ada dinyatakan berapa bayarannya, beliau akan tolak. Bimbang niat bertukar daripada hendak menyampaikan ilmu kepada mengejar bayaran ceramah.

Terkejut saya mendengarnya. Ingatkan seorang Ustaz yang sering kali keluar TV hanya menerima jemputan yang bayarannya 4 angka. Rupanya tidak. Beliau lebih dahagakan jemputan yang tidak dinyatakan berapa bayarannya sebab bagi beliau, rezeki dirinya telahpun diatur oleh Allah SWT. 

Alhamdulillah. Masih ada lagi golongan agamawan yang meletakkan kepentingan mengajak orang kepada Islam melebihi bayaran yang beliau akan terima. 

Terima kasih wahai Ustaz. Isi ceramah Ustaz saya memang tak ingat tetapi tauladan Ustaz tentang rezeki itu adalah aturan Allah SWT pasti saya akan ingati sampai bila-bila.

Apa Yang Ada Pada Nama

Gempar seketika masyarakat Islam di Malaysia gara-gara nama makanan yang bunyinya halal tetapi sebenarnya haram dimakan. Burger P Ramly keluaran sebuah restoran makanan segera sebenarnya adalah burger Pork Ramly. 

Source

Timbul persoalan mengapa perlu ada nama Ramly di situ? Nama yang diguna pakai oleh orang Islam. Benar, nama tersebut boleh saja digunakan oleh orang yang bukan Islam tetapi mengapakah nama yang sering diguna pakai oleh orang Islam yang menjadi pilihan? Tiadakah nama yang sering digunakan oleh mereka yang bukan Islam untuk dijadikan nama burger tersebut? 

Apologetik.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak isu-isu yang menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia dicetuskan oleh orang bukan Islam. Kes Alvin Tan dengan Ban Kut Teh. Penggunaan nama Allah SWT dalam kitab Injil (yang bukan versi asli, yang asli mana ada dah). Larangan menggunakan pembesar suara untuk perkara selain azan oleh masjid dan surau di Pulau Pinang. Terkini, isu RUU355 dan semasa kematian tokoh ulama’ terbilang, Dr Haron Din.

Isu-isu di atas perlu difahami secara berasingan kerana setiap satunya berdiri secara sendiri. Apa yang saya ingin sentuh di sini ialah bagaimana mudahnya umat Islam untuk memberikan reaksi dan juga begitu mudahnya memaafkan. 

Setiap kali perkara tersebut terjadi, umat Islam akan marah. Mengutuk. Memaki hamun. Nasihat saya, hati-hati dengan bahasa kita. Biar tegas dalam mempertahankan maruah Islam namun jangan sampai maruah agama lain diperkotak katikkan.

Source

Umat Islam hendaklah membezakan antara penganut agama dan agama yang dianuti. Kritikan hendaklah kepada tubuh badan yang melakukan penghinaan kepada Islam dan bukanlah kepada agama yang dianuti (kecuali yahudi zionis sebab entah apa yang diajar kepada penganut agama tersebut sampai jadi jahat sangat).

Kritikan yang dibuat hendaklah disusuli dengan tindakan untuk mengajar individu atau pertubuhan terbabit. Jika dia atau mereka adalah wakil rakyat, tindakan untuk memastikan mereka kalah dalam pilihanraya akan datang mestilah digerakkan mulai dari sekarang. Dalam kes burger P Ramly itu, tindakan boikot tidak boleh dilakukan oleh umat Islam kerana umat Islam memang tidak membeli dari mereka. Memang tak halal. Oleh sebab itu, campur tangan pihak yang berwajib adalah diharapkan untuk memahamkan mereka.

Seterusnya, janganlah mudah sangat memaafkan tanpa memberikan amaran keras. Saya sudah bosan mendengar istilah Melayu apologetik dan mengharapkan selepas ini kemaafan hanya diberikan setelah mereka yang terlibat benar-benar insaf.

Umat Islam yang semakin keliru

Tatkala isu penghinaan kepada kematian Dr Haron Din menjalar di media sosial, ada segelintir umat Islam yang mempertahankan tindakan biadap individu atau pihak yang menghina Dr Haron Din. Saya hanya menggelengkan kepala. Entah bagaimana mereka berfikir. Ada pula yang sampai menukar haluan dengan menyebut-nyebut isu lain yang tiada kaitan pun dengan kematian Dr Haron Din seolah-oleh penakut dan bacul untuk bersuara bagi mempertahankan Dr Haron Din. 

Source

Hal yang sama dapat dilihat kepada isu burger P Ramly juga. Ada yang menulis, tu la, malas baca, kan dah tulis pork. 

Tuan-tuan, soal membaca atau tidak tulisan kecil tu soal lain. Soal yang pertama adalah kenapa nama P Ramly itu yang diguna pakai? Itu isunya. Nama yang sering dikaitkan dengan orang Islam di Malaysia ni. Kalau guna nama Karpal Singh ke, ada korang ingat kami nak kisah?

Janganlah kerana hendak menjaga hati atau undi, kita berlapik-lapik menjaga lidah dan tulisan kita daripada menzahirkan pendirian dan kemarahan kita. Ingat, mereka perlu diajar baik dan buruk kerana ibu bapa malah guru pendidikan moral mereka telah gagal mendidik mereka semasa di alam persekolahan. 

Cuba letak nama burger babi. Kan senang nampak keharamannya.

Apa yang ada pada nama? 

Kalau burger tu korang letak nama burger babi tapi dagingnya adalah ayam, agak-agak korang nak makan tak?

Kalau saya, saya mahukan halal dari segi nama dan isinya. 

Jadi, hal burger P Ramly tersebut bukan hanya isu nama. Ia lebih daripada itu. Ia sebenarnya untuk melihat samada umat Islam di Malaysia ini masih ada keberanian ataupun tidak. 

Saya masih berani.

Buat Dr Haron Din, damailah engkau di sana. Sungguh, terlalu banyak yang telah engkau tinggalkan untuk kami. Legasimu akan kami sambung.

Source

Source

Membangunkan minat menulis yang telah luntur

Monolog: Minat menulis saya di sini telah semakin luntur. Saya menulis di sini kali ini dengan tujuan untuk menyusun atur segala yang sedang bersarang di fikiran saya tentang mengapa minat menulis saya semakin luntur.

Tahun ini tahun 2016. Tahun yang sukar bagi saya baik di tempat kerja mahupun di rumah. Dengan faktor masa yang semakin sempit disamping tanggungjawab di tempat kerja yang semakin bertambah, selain tanggungjawab di rumah yang tidak kurang banyaknya, saya kerap tidak cukup tidur

Datang ke pejabat dalam keadaan separuh sedar adalah perkara biasa. Aktiviti berfikir dan memerah otak manjadi sangat lembab. Idea-idea yang muncul mudah hilang. 

Source Gambar

Tanpa idea yang tersusun, jelas dan dikembangkan, sememangnya sukar untuk menulis sedangkan terlalu banyak perkara untuk ditulis.

Apabila saya kenangkan kembali zaman belajar suatu ketika dahulu, perkara seperti ini pernah berlaku. Masuk tidur lambat dengan tujuan menyiapkan kerja-kerja rumah. Bangun di awal pagi untuk ke sekolah. Di sekolah mengantuk. Sukar fokus dan menumpukan perhatian. Sukar faham apa yang cikgu ajar. Akhirnya, payah hendak menyiapkan kerja rumah. Puncanya: kurang tidur.

Tetapi, ramai lagi di luar sana yang kurang tidur tetapi mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Kerja siap tanpa bertangguh. Idea banyak, tersusun dan jelas apabila diungkapkan. 

Apakah rahsia mereka? 

Saya menelusuri beberapa ayat Al-Quran seperti di bawah,

“Dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan” (QS.An-Naba’:11).

“Dan karena rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.” (QS. Al-Qashash:73).

“Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur(mu) yang telah ditentukan…” (QS. Al-An’aam:60).

“Allah-lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirahat padanya; dan menjadikan siang terang benderang…” (QS. Al Mu’minun:61)

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan.” (QS. Ar-Ruum:23)

“Apakah mereka tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Kami telah menjadikan malam supaya mereka beristirahat padanya dan siang yang menerangi? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (QS. An-Naml:86).

“Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirahat padanya dan (menjadikan) siang terang benderang (supaya kamu mencari karunia Allah). Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mendengar.” (QS. Yunus:67).

Source Terjemahan Ayat Al-Quran

Allah SWT sebagai Tuhan yang menciptakan telah menetapkan bahawa waktu siang adalah untuk bekerja manakala di waktu malam adalah untuk beristirehat. 

Secara fisiologinya, tubuh kita memang perlu berehat di waktu malam. Argh, saya sudah lupa apa yang saya pernah belajar suatu ketika dulu dalam subjek biokimia hormon. Setakat yang saya ingat, tubuh badan kita perlukan keadaan yang gelap untuk satu jenis hormon bertindak balas di waktu malam. 

Ini sahajalah penjelasan mengapa minat menulis saya sudah semakin luntur sedangkan terlalu banyak perkara yang saya boleh tulis. Selain itu, kurangnya membaca, berfikir dan mengembangkan idea juga menyumbang.

Kesimpulannya minat menulis saya luntur adalah disebabkan oleh:

1) saya kerap tidak cukul tidur lantas kemampuan berfikir dan menganalisa saya semakin tumpul

2) saya tiada masa untuk menulis. Saya tidak boleh menulis di tempat kerja semasa waktu kerja. Saya juga tidak tidak dapat menulis selepas anak saya tidur malam kerana dia tidur selepas jam 12 tengah malam

Masalah tetap masalah. Tidak akan selesai jika tiada usaha untuk diselesaikan. Masalah boleh menjadi peluang jika kita serius mahu menukarnya.

Mungkin apa yang saya perlukan adalah mencuri masa untuk membaca sebuah buku atau topik dan kongsikannya di sini?

Dalam Rumahtangga

Dalam rumahtangga ada suami, isteri dan anak. Dalam rumahtangga selain tiga individu tersebut, orang lain adalah orang luar. Dalam rumahtangga, kehadiran orang luar dalam mengatur langkah demi langkah yang akan diambil oleh si suami, isteri dan anak hanya akan menjerumuskan rumahtangga ke lembah kehancuran.

Perjalanan sebuah rumahtangga menuju syurga akan sentiasa bersimpang siur dek ujian dari Allah SWT. Biarpun sehari semalam doa dipanjatkan 17 kali sekurang-kurangnga memohon Allah SWT menunjukkan jalan yang lurus, ketahuilah bahawa jalan itu tidak akan lurus selurus-lurusnya kerana sebagai hamba-Nya, ujian akan ditimpakan sedikit demi sedikit. Bertaqwalah kita kepada Allah SWT dalam meniti jalan menuju syurga. Sungguh taqwa sahajalah penyelamat kita di dunia ini.

Rumahku syurgaku adalah impian setiap pasangan yang berumahtangga. Namun pelbagai faktor perlu diperhalusi untuk merealisasikan slogan tersebut. Faktor emosi & kewangan kerap menjadi faktor utama yang menentukan kebahagiaan rumahtangga di awal-awal perkahwinan. Ketika ini, ragam dan karenah pasangan berkemungkinan besar berlawanan semasa sebelum berkahwin. Ketika ini juga pasangan berada di permulaan kerjaya. Ketika ini juga bayi yang masih kecil memerlukan belaian dan tumpuan yang lebih. Semua ini boleh menjurus kepada stres.

Stres yang gagal diurus dengan baik boleh memandu mana-mana pasangan ke garisan penamat, pemutusan ikatan perkahwinan. Talak..! Wahai Sang Suami, bersabarlah dengan karenah isteri. Bersabarlah. Sungguh isterimu sangat lelah selepas seharian bekerja membantumu mencukupkan biaya keluarga ditambah pula dengan memenuhi keperluan anak-anak yang masih kecil. Tatkala isterimu sedang stres, ketepikan segala kemahuanmu. Pujuklah dia. Bantunya keluar daripada belengu stres. Insy Allah rumah tanggamu akan aman kembali.

Ketahuilah bahawa hidup berpasangan tidak semuanya indah. Tatkala kamu nampak pasangan kamu bermasalah, janganlah salahkan dia. Carilah punca. Tanganinya. Jangan terburu-buru membuat kesimpulan. Tatkala kamu berdua bergaduh, jangan sesiapapun saling menyalahkan. Kerana tiada siapa yang sedang bersalah.

Salahkanlah diri sendiri yang sedang stres. Tertekan dengan tuntutan kerja yang tidak berkesudahan. Dengan permintaan bos yang tidak sudah-sudah. Dengan rakan-rakan yang mementingkan diri. Dengan belanja dapur yang tidak cukup-cukup.

Ketahuilah bahawa apabila kamu berdua bersepakat menyalahlan stres, kamu berdua telah berjaya mengelakkan rumah tangga menuju kehancuran berbanding jika kamu menyalahkan pasangan. Tatkala stres yang disalahkan, tariklah nafas. Bertekadlah untuk mengenal pasti mengapa kalian stres.

Uruslah punca kalian stres itu dengan baik. Insya Allah, Allah SWT akan membantu hamba-hambanya yang berusaha.