Karburator

Karburator berwap waktu pagi

Saya memiliki sebuah Honda EX5 Dream yang baru dibeli. Masalah yang saya alami adalah mengenai karburator yang sering basah seperti wap air pada setiap pagi hingga me nyebabkan enjin mudah mati. Kenapa ia berlaku? Bagai manapun, ia kembali normal selepas wap air berkenaan hilang.

Mohd Sofian Chik Isa
Kulim, Kedah

Sebenarnya, karburator yang mengeluarkan wap setiap pagi adalah biasa dan menunjukkan komponen berkenaan me lakukan tugasnya dengan baik.

Sekiranya enjin menjadi semput atau mudah mati, seeloknya ia dipanaskan terlebih dahulu kira-kira lima minit sebelum memulakan perjalanan.

Memang jentera empat lejang berbeza dengan dua lejang dan kepanasan enjin yang ideal memberi prestasi yang cemerlang.

Source: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/MekanikAnda/20080610105005/Article/indexp_html

Leave a comment