Saya kemalangan

Entah apa yang jadi. Saya betul-betul tidak nampak adanya sebuah MPV di sebelah kereta saya, ketika menunggu lampu isyarat bertukar kepada hijau. Disebabkan laluan yang saya gunakan itu adalah laluan orang-orang yang suka membuat pusingan U (sebab ada orang di sebelah yang memperingatkan. Kalau tak, tak terasa pun nak tuka lorong), saya pun mencari peluang untuk menukar lorong.

Saya mengilas pandangan ke sebelah kiri. ‘Clear..!’ Lalu saya memberi isyarat ke kiri dan terus menukar lorong. Pada masa yang sama kedengaran kereta saya seperti bergesel dengan MPV berkenaan, yang saya lihat telah ‘tiada’ di situ. Sungguh ajaib.

Apabila lampu isyarat bertukar hijau tidak sampai 3 saat selepas itu, saya memberikan isyarat ke kiri untuk berhenti dan mengharapkan pemilik MPV berkenaan juga berhenti. Apabila ada kawasan yang sesuai di hadapan, saya pun berhenti. Namun MPV berkenaan terus sahaja berlalu pergi seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Saya keluar melihat kereta. Ada calar yang baru. Calar yang turut mencalarkan hati saya. Calar yang akan membuatkan saya tertanya-tanya untuk beberapa tahun akan datang, bagaimana saya boleh tidak nampak MPV berkenaan? Adakah penebat haba & cahaya yang dibeli di kedai Mr DIY telah menghalang pandangan saya?

Saya tiada jawapannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: