Dobi

Sesuatu yang saya tidak terfikir untuk dilakukan saban minggu adalah dobi. Sungguh tidak ekonomi. Jika muat, boleh sahaja mesin basuh 14 kg dengan harga RM 6.50 disumbat ke semua pakaian. Jika tidak muat, terpaksalah menggunakan mesin basuh 25 kg dengan harga RM 11.00. Jika kedua-dua unit mesin basuh 25 kg tersebut penuh, terpaksalah menggunakan 2 unit mesin basuh 14 kg. Harga yang saya nyatakan itu adalah harga untuk cucian biasa. Jika mahukan suhu air yang lebih panas, harganya adalah lebih tinggi. Namun apakan daya. Tekanan air yang rendah membuatkan saya terpaksa ke sini saban minggu.

image

Ini adalah harga perkhidmatan dobi layan diri yang saya biasa gunakan, Cleanpro Express. Saya suka sebab dapat menggunakan sabun basuh sendiri. Jika di Aquanano, kedai dobi layan diri yang terletak bersebelahan, sabun basuh dan pelembut fabrik secara automatik disediakan oleh mesin basuh. Saya kurang gemar dengan bau sabun basuh yang disediakan itu.

Di Cleanpro Express juga bilangan mesin basuhnya adalah lebih banyak berbanding di kedai dobi layan di Aquanano. Dari segi ‘dryer’, saya lebih suka menggunakan dryer di Aquanano kerana lebih besar iaitu 16 kg berbanding ‘dryer’ di Cleanpro Express iaitu hanya 14 kg. Namun dek kerana bilangan ‘dryer’ yang terhad selain orang yang ramai, saya kurang berpeluang untuk menggunakan ‘dryer’ di Aquanano.

Oleh sebab saban hari berulang-alik ke kedai dobi, timbul pula keinginan untuk membuka sendiri satu unit kedai dobi layan diri. Hasil perbualan dengan pemilik kedai, modal yang perlu disediakan adalah agak besar, di luar lingkungan kemampuan saya. Namun tiada apa yang mustahil. Usaha kan tangga kejayaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: