Masa depan Proton

image

Saya gusar dengan masa depan Proton selepas membaca berita seperti berikut.

http://funtasticko.net/proton-perlu-lebih-aggresif-jika-ingin-naikkan-jualan/

Kelihatan Proton menyalahkan rakyat Malaysia kerana tidak memberikan sokongan dengan membeli kereta-kereta keluaran mereka. Trend semasa menyaksikan golongan pertengahan di negara ini lebih gemar membeli kereta buatan luar negara tidak kira samada yang baru atau yang lama.

Untuk menyalahkan 100% rakyat Malaysia kerana tidak membeli kereta Proton, saya kira tidak adil. Pihak Proton bagi saya sangat lambat dalam mengeluarkan model-model baru ditambah pula dengan reka bentuk yang ketinggalan zaman. Siapa yang tidak kecewa melihat model Preve yang dijual di pasaran apabila membandingkan dengan model yang dipamerkan di KLIMS pada tahun 2010 yang lalu? Siapa juga yang tidak kecewa dengan model Suprima apabila dibandingkan dengan lakaran awal model tersebut.

Inilah masalah utama Proton. Kegagalan untuk menterjemahkan rekaan di atas kertas yang sangat cantik kepada model produksi. Proton perlu melantik vendor yang berupaya menterjemahkan rekaan di atas kertas kepada model sebenar.

Masalah kedua ialah enjin yang dahagakan petrol. Menggunakan transmisi automatik daripada Punch CVT dan Getrag bagi transmisi manual adalah langkah yang sangat baik bagi menggantikan kotal gear yang lama. Namun apabila enjin sendiri tidak menjimatkan minyak, kehadiran transmisi tidak banyak boleh membantu. Proton perlukan enjin baru ataupun memperbaiki kadar penggunaan minyak enjin Campronya. Diharapkan kehadiran enjin Natural Fuel Efficiency (NFE) yang akan digunapakai dalam model Global Small Car (GSC) lewat tahun ini akan memperbaiki kelemahan ini.

Ketiga ialah masalah segmentation. Proton mestilah mempunyai kereta untuk setiap segmen.

Segmen A : belum ada
Segmen B: Saga dan GSC
Segmen C: Preve dan Suprima
Segmen D: belum ada untuk orang awam
MPV: Exora

Jika dilihat kepada pasaran kereta di Malaysia ini, jualan yang paling banyak datangnya daripada segmen A dan B. Oleh sebab itu Proton mestilah mengeluarkan segera kereta untuk segmen A selain menggantikan model Saga dengan reka bentuk yang lebih menawan. Honda City dan Toyota Vios adalah kereta dalam segmen B. Namun adakan model Saga boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan model City dan Vios?

Keempat ialah masalah servis selepas jualan. Persepsi masyarakat ialah kereta-kereta Proton bermasalah. Oleh sebab itu kualiti kereta Proton mestilah dipertingkatkan supaya lebih sedikit kereta-kereta Proton yang akan tersadai di tepi-tepi jalan atau di bengkel-bengkel. Petugas-petugas di pusat-pusat servis mestilah mesra senyuman dan cukup terlatih untuk menjawab segala kemusykilan yang diajukan oleh pemilik-pemilik kereta Proton. Ini bagi mengubah persepsi negatif terhadap Proton.

Akhir sekali saya mendoakan agar satu-satunya kereta buatan umat Islam mampu bertahan dalam industri yang begitu kompetitif ini selain jualannya akan meningkat tahun demi tahun. Mudah-mudahan model GSC yang bakal dilancarkan lewat tahun ini boleh menjadi titik permulaan yang lebih baik kepada Proton.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: