Kemalangan bas lagi

http:// http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BasduatingkatbawapelancongasingterbabasdekatPekan/Article/?mutakhir=1

Kemalangan bas lagi. Belum pun reda krisis MH370, berlaku lagi kemalangan bas. Seingat saya, ini sudah 3 kali kemalangan bas berlaku di kawasan pantai timur. Mula-mula melibatkan bas 2 tingkat milik Transnasional. Kemudian melibatkan bas Etika Ekspress kerana pemandu mengantuk. Sekarang melibatkan bas persiaran 2 tingkat pula.

Bagi setiap kemalangan, ada penumpang yang terkorban dan ada penumpang yang cedera parah ataupun ringan. Saya tidak pasti berapa banyak lagi nyawa penumpang yang perlu melayang atau betapa banyak lagi darah yang perlu mengalir sebelum sesuatu tindakan yang drastik dilakukan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Melihatkan tren kemalangan yang melibatkan bas yang semakin menjadi-jadi, saya mencadangan agar setiap penumpang bas dilindungi oleh insuran yang harganya dimasukkan sekali dalam harga tiket. Ini boleh membantu waris penumpang menjalani kehidupan selepas kehilangan ahli keluarga. Lebih menyayat hati jika mereka yang terkorban itu adalah pencari rezeki bagi sesebuah keluarga.

Mudah-mudahan adalah solusi bagi masalah ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: