Karpal Singh

Pada bulan 08 Mac 2014 yang lalu, negara kita Malaysia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH 370 dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur. Pencarian pesawat yang hilang tersebut dimulakan di kawasan Laut China Selatan sebelum diteruskan ke Launtan Hindi, antara kawasan paling terpencil di dunia. Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada tanda-tanda positif yang diperolehi hasil pencarian yang dibuat.

Kemudian pada 17 April 2014 yang lalu, negara kita dikejutkan pula oleh kematian YB Karpal Singh akibat kemalangan jalan raya di Lebuh raya Utara Selatan arah utara untuk menghadiri urisan mahkamah di Pulau Pinang. Kematian mendiang disambut dengan pelbagai reaksi. Daripada tidak berasa apa-apa, sedih dan hiba sehinggalah kepada rasa syukur dan gembira.

Antara individu yang melahirkan rasa syukur dan gembira adalah salah seorang guru saya. Sejak bertukar ke sebuat IPTA, tulisannya di laman sosial seringkali berkisar tentang kebenciannya kepada pakatan pembangkang.

Selain itu, YB Zulkifli Noordin pula menulis dalam twitternya seperti ini

image

Source: http:// http://english.astroawani.com/news/show/zulkifli-noordin-slammed-over-tweet-on-karpal-singh-34107

Tulisan beliau kemudian telah ditempelak oleh YB Khairy Jamaluddin.

Dengan kematian mendiang, apakah sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh kita sebagai seorang Mukmin..? Adakah seperti YB Zulkifli Noordin?

Benar, mendiang pernah menzahirkan pendiriannya tentang hudud. Mendiang berkeras bahawa selagi mendiang masih hidup, hudud akan ditentang habis-habisan.

“Over my dead body,” tegas mendiang.

Selain itu, semasa saya di alam persekolahan, pernah saya mendengar kata-kata yang seperti ini, “Penipu paling besar dalam Malaysia ni Karpal Singh la.” Tidak pasti pula saya kenapa atau atas sebab apa kata-kata sedemikian diucapkan. Saya rasa ada kaitan dengan isu hudud.

Jadi, apakah sikap yang sewajarnya kita tunjukkan dengan kematiannya? Adakah sama seperti sikap orang-orang mukmin dengan kematian Abu Jahal dan Abu Lahab? Mereka semasa hidup adalah penentang Rasulullah SAW bahkan tiada siapa yang lebih teruk tentangannya berbanding mereka berdua.

Saya tiada jawapannya. Saya bukanlah orang yang alim dan berpengetahuan tinggi. Oleh sebab itu saya suka mengikut pandangan alim ulama’ seperti Dr MAZA.

http:// http://mountdweller.blogspot.com/2014/04/sape-kena-terajang-kat-dr-maza-ni.html?m=1

Saya membaca kenyataan tersebut pada awalnya di Harakah tetapi carian semula saya adalah gagal.

Sebagai orang Islam yang beriman, marilah kita bersikap seperti itu. Tidak perlulah mahu mengadakan upacara melangkah mayat mendiang kerana marahkan kata-katanya suatu ketika dulu. Islam tidak jatuh kerana kebencian orang bukan Islam. Islam jatuh kerana umat Islam sendiri yang tidak beramal dengannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: