Mengulangi ‘kebodohan’

Bercakap tentang kebodohan yang pernah kita lakukan sepanjang hidup kita yang lalu, pastinya kita boleh tersenyum simpul. Kalau hendak disenaraikan, pastinya panjang berjela. Itu yang kita ingat. Yang kita tidak ingat entah berapa banyak la agaknya.

Salah satu kebodohan yang saya masih ingati ialah bagaimana saya memutuskan hubungan dengan seseorang semata-mata kerana mahu melupakannya. Selama hampir 3 bulan saya tidak menghubunginya dan menjawab sms atau panggilan daripadanya.

Selepas 3 bulan, saya menghubunginya semula. Memohon maaf atas keputusan yang saya lakukan itu. Maaf saya diterima. Alhamdulillah.

Sekarang, kira-kira 10 tahun selepas peristiwa itu, saya terasa mahu mengulanginya sekali lagi. Ada seorang manusia yang saya mahu lupakan. Entah kenapa setiap kali mendengar namanya atau mendengar khabar tentangnya, hati saya akan menjadi sakit. Sangat sakit.

Sejak beberapa tahun lepas sakit hati itu telah ada. Sejak itu juga saya cuba untuk mengubati rasa sakit hati itu dengan mempositifkan diri dan mengambil tahu tentangnya. Namun ternyata rasa sakit hati itu tidak boleh diubati.

Oleh sebab itu, saya mahu melakukannya sekali lagi. Caranya ialah dengan menahan diri daripada mengambil tahu dan mengelak daripada mengambil tahu tentangnya. Hati mesti dikeraskan.

Ada begitu ramai manusia di dunia ini yang tidak menyakitkan hati kita. Mereka patut dibuat kawan.

Segelintir manusia yang menyakitkan hati kita mestilah dijauhi. Hidup kita ini terlalu pendek untuk dihabiskan dengan golongan manusia seperti itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: