Air Crash Investigation

Entah kenapa sejak beberapa minggu ni saya sangat suka menonton episod Air Crash Investigation melalui saluran Youtube terutamanya semasa di hujung minggu tatkala menunggu incubation selesai (buat lab work).

Saya kagum. Kagum dengan SOP yang disediakan oleh syarikat pengeluar kapal terbang untuk digunakan oleh juruterbang dan pembantunya. SOPnya menyeluruh. Merangkumi segala aspek sebelum, semasa dan selepas berlepas. Tidak lupa juga semasa berlaku insiden semasa penerbangan.

Banyak yang kita boleh belajar dan adaptasi dalam persekitaran tempat kerja kita. Salah satunya ialah kepentingan melaksanakan dokumentasi yang menyeluruh. If you do not document your work, you are not doing your work. Walaupun susah untuk membuat SOP yang menyeluruh, tetapi itulah yang perlu dilakukan supaya sesiapapun yang menggantikan kita, cara kerjanya tetap sama. No shortcut.

Dalam siri Air Crash Investigation tersebut, kita dapat belajar pentingnya sesuatu perkara dilakukan mengikut aturan seperti yang telah ditetapkan oleh syarikat pengeluar kapal terbang. Jika perlu dilakukan dengan dua langkah, jangan buat shortcut dengan melakukannya hanya dalam satu langkah. Kerana hendak menjimatkan masa dan mengelakkan daripada pemasangan banyak komponen, satu enjin di sayap sebelah kiri pesawat DC-10 telah tercabut sewaktu berlepas. Natijahnya, semua penumpang dan anak kapal mati beberapa kilometer dari lapangan terbang selepas berlepas. Puncanya ialah mencabut bahagian enjin dengan satu langkah berbanding dua langkah seperti yang telah digariskan oleh pengeluar. Keretakan yang sedikit yang terhasil akibat shortcut yang dilakukan telah merebak menjadi besar lalu menyebabkan enjin di sayap pesawat sebelah kiri tercabut. Selepas insiden terbabit terjadi, pemeriksaan menyeluruh telah dibuat ke atas semua pesawat DC-10. Hasilnya terdapat beberapa lagi pesawat yang mengalamai keretakan akibat shortcut yang dilakukan. Mujurlah tiada lagi nyawa yang melayang.

Oleh itu kepada kita semua janganlah kita gagal menuruti langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh pengeluar sesuatu peralatan atau bahan kimia. Jika tidak, kita yang akan dipersalahkan jika terjadi sesuatu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: