Sukarnya menjadi suami di era ni

image

source

Tadi dalam rancangan 3 ustazah ada peserta bertanya, “apakah hukumnya seorang isteri yang tidak mahu memberikan sebahagian daripada pendapatan tingginya kepada suami yang lebih rendah pendapatannya dalam mencukupkan keperluan asas keluarga walaupun diminta oleh suami?”…

Ahli panel menjawab, “tidaklah menjadi kesalahan kerana tanggungjawab mencukupkan keperluan asas rumahtangga adalah tanggungjawab suami dan bukan isteri”… Suami boleh meminta tetapi isteri berhak untuk tidak memberi.

Wahai para suami sekalian, janganlah berasa marah atau berkecil hati dengan isteri yang tidak mahu menyumbang sedikit daripada gajinya demi mencukupkan biaya keperluan asas sehari-hari. Itu bukan tanggungjawab isteri. Janganlah mengharap. Buatlah kerja-kerja di luar waktu pejabat untuk menampung apa-apa yang masih kurang. Insya Allah, Allah akan membantu.

Dengan kenaikan kos sara hidup yang menggila, suami mana yang tidak berkerut dahi memikirkan ketidakcukupan biaya untuk meneruskan kehidupan. Memang sukar menjadi suami di era ini. Banyakkanlah berdoa. Jagalah solat. Amanahlah dalam pekerjaan. Dengan izin Allah, rezeki akan muncul jua.

Buat adik-adik di luar sana yang baru mahu berjinak-jinak ke alam per’couple’an, ukurlah baju di badan sendiri. Mampukah kamu menyara si dia jika ditakdirkan hubungan kamu berjaya ke jinjang pelamin? Jika tidak mampu, jangan cuba-cuba hendak masuk ke alam yang serba mencabar itu. Kukuhkan dahulu ekonomi. Sesungguhnya adik-adik mestikah memikirkan bukan hanya setakat urusan ke jinjang pelamin, malah sehingga ke lampin…!

Cuba adik-adik fikirkan. Tatkala di pertengahan bulan, si isteri meminta itu dan ini. Adik-adik yang telah menjadi suami pada waktu itu menjawab lain kali. Kemudian si isteri membalas dengan nada menyindir, “ai, tak de duit ker?”. Apa yang adik-adik akan rasa? Malu. Itu sudah pasti. Mana nak letak muka. Sebab itu saya pesan, ukur dahulu baju di badan sendiri. Sukarnya menjadi suami di era ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: