Beli kereta: Ukur baju di badan sendiri

Saya ada terbaca tentang formula 20/4/10 (http://www.arenakereta.com/2013/08/29/mampukah-anda-gunakan-peraturan-20410/) yang menjelaskan tentang kelayakan atau kemampuan seseorang itu untuk membeli kereta idaman. Formula tersebut digunakan di sebuah negara maju dan hasil kajian yang dijalankan, nampaknya ramai penduduk di negara terbabit sebenarnya berbelanja melebihi kemampuan dalam pemilikan kereta.

Maksud 20/4/10 ialah membayar sebanyak 20% downpayment, tempoh pinjaman tidak melebihi 4 tahun dan ansuran bulanan tidak melebihi 10% daripada pendapatan bulanan.

image

Dengan menggunakan formula tersebut, katakan kita berminat membeli Proton Exora Bold CFE Standard yang berharga RM 69 000.00, maka kita adalah layak untuk membelinya jika kita mampu membayar sebanyak RM 13 800.00 untuk downpayment, ansuran bulanan sebanyak RM 1 265.00 selama 4 tahun dan gaji kita adalah RM 12 650.00..!

20% downpayment: RM 13 800.00
Loan 4 tahun: 2.5% x 4 tahun × RM 55 200.00 = RM 1 265.00/month
10% ansuran = RM 1 265.00
Gaji kasar sepatutnya = RM 12 650.00..!

Haha… Jika formula itu adalah mandatori, nampak gaya ramailah yang tidak mampu berkerata. Jadi apa solusinya?

Jika dilihat harga kereta di negara tersebut dengan harga kereta di Malaysia, bezanya adalah ibarat langit dengan bumi. Jika tidak silap, harga Toyota Prius di sana antara 20 000 ke 25 000 sahaja dalam matawang negara tersebut. Tetapi di Malaysia, harga Toyota Prius adalah RM 140 000.00..! Hampir 7 kali ganda.

Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia mestilah segera menunaikan menifestonya untuk menurunkan harga kereta sehingga 30%. Jika lebih lagi bagus. Jika ini terjadi, harga Proton Exora Bold CFE Standard tadi akan turun kepada RM 48 300.00. Maka formula tadi sudah boleh dipakai.

20% downpayment: RM 9 660.00
Loan 4 tahun: 2.5% x 4 tahun × RM 38 640.00 = RM 885.50/month
10% ansuran = RM 885.50
Gaji kasar sepatutnya = RM 8855.00..!

Ansuran bulanan dah jadi bwh RM 1 000.00. Sama seperti ansuran bulanan bagi kebanyakan orang yang membeli kereta tersebut sekarang dengan downpayment 10% dan ansuran selama 9 tahun. Jadi formula tersebut adalah boleh dan patut dipakai jika dan hanya jika harga kereta di Malaysia diturunkan sehingga 30% daripada harga sekarang. Akan tetapi, hanya mereka yang bergaji RM 8 000.00 sahaja yang layak membeli kereta tersebut. Jadi masih ramai juga yang tidak layak sebenarnya memiliki kereta tersebut, berpandukan formula itu tadi.

Jika kita amati baik2 formula terbabit, tujuan membayar 20% downpayment adalah supaya kita membuat pinjaman yang sedikit dengan pihak bank. Tempoh 4 tahun pula adalah supaya lebih cepat kita memiliki kereta terbabit. Ansuran bulanan tidak melebihi 10% gaji adalah supaya kita tidak perlu mengikat perut setelah membeli kereta idaman kita. Yang lebih penting, kita ada duit untuk mengisi minyak, mampu menyelenggara kereta apabila tiba masanya, boleh bercuti dengan keluarga dan berupaya menyimpan untuk persaraan dan kesihatan.

Apa yang sering terjadi sekarang ialah ramai yang setelah memiliki kereta terpaksa berkompromi itu dan ini. Servis dibuat ala kadar. Tayar pakai yang second hand. Sudahnya kereta yang patut boleh bertahan lama jadinya rosak sana sini sebelum masanya.

Oleh itu ukurkah baju di badan sendiri sebelum membeli kereta idaman hati. Kereta bukanlah satu pelaburan. Fikirkan masa hadapan. Kepada kerajaan, segeralah menurunkan harga kereta supaya lebih ramai yang mampu berkereta tanpa perlu berkompromi dengan kehidupan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: