Bajet 2014, GST dan Gula

Bajet 2014 telah pun dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri kita. Sebagai rakyat bawahan, intipati bajet adalah menjadi tumpuan saya sejak berdiri di atas kaki sendiri. Bertambahkah atau berkurangkah peruntukan untuk kementerian, jabatan atau program tertentu? Apa yang saya sebagai rakyat bawahan dapat? Bagaimana dengan subsidi dan sebagainya.

Antara yang menarik perhatian saya ialah pengurangan subsidi gula sebanyan RM 0.34. Sekali pandang, nampak sedikit kerana dalam setahun, mungkin 2 – 3 kali saya membeli gula. Namun, hampir setiap pagi saya bersarapan di kedai. Setakat ini, tidak ada lagi kenaikan harga minuman atau makanan yang saya perasan namun siapakah yang boleh menjamin bahawa harga minuman atau makanan tidak akan naik bukan?

GST adalah satu lagi perkara yang menarik perhatian saya. Walaupun nampak seronok apabila cukai jualan sebanyak 10% dan cukai kerajaan sebanyak 6% akan dimansuhkah (jumlah peratusan cukai yang dimansuhkan ialah sebanyak 16%), harus diingat bahawa kadar GST yang dikenakan mulai pertengahan tahun 2015 adalah sebanyak 6% dan kadar ini meliputi pengilang, pemborong, peruncit dan akhir sekali kepada pembeli. Secara mudah, jumlah cukai yang dikenakan ialah sebanyak 24%.

Walaupun ada Menteri yang tampil menjelaskan bahawa pengenalan GST tidak akan menyebabkan kenaikan ke semua barangan, namun kerisauan rakyat bawahan seperti saya akan tetap berterusan selagi tidak ada satu senarai harga barang-barang keperluan dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Selepas senarai tersebut dikeluarkan baharulah kita sebagai rakyat bawahan dapat menghela nafas lega dek banyaknya barang-barang keperluan yang turun harga atau terus hidup dalam kerisauan memikirkan berapakah lagi duit gaji bulanan yang perlu ditambah demi membolehkan kehidupan yang sudah sedia perit ini dapat diteruskan. Sungguh tahun-tahun akan datang tidak menjanjikan bulan dan bintang. Mendung di langit belum mahu berlalu.

Sebagai rakyat bawahan, kita berasa kecewa dek melihatkan teguran pihak Audit Negara tiap-tiap tahun seakan tidak ada nilainya kepada pihak kerajaan. Jumlah ketirisan yang berlaku tidak menampakkan penurunan. Jika dikumpulkan, saya yakin jumlahnya lebih daripada cukup untuk meneruskan malah menambah lagi subsidi demi kesenangan rakyat.

Walaubagaimanapun, niat kerajaan yang mahu menyalurkan subsidi secara bersasar terus kepada yang benar-benar memerlukan amatlah dipuji. Cuma sehingga kini struktur dan caranya masih tidak jelas. Kerajaan tidak boleh berlengah lagi kerana kita bimbang jika ada rakyat bawahan yang melarat terlepas daripada menerima apa yang sepatutnya.

Buat rakyat bawahan seperti saya, janganlah boros. Berhati-hatilah dalam berbelanja. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, utamakan apa yang utama dan tambahkan simpanan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: