Kaitan Internet dan Produktiviti

Dahulu, saya menggunakan Maxis Broadband namun jodoh saya dengan modem Maxis Broadband tidak lama. Hanya lebih kurang 2-3 bulan sebelum modem tersebut hilang kerana keciciran di pertengahan jalan sewaktu menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah.

Setelah menyelesaikan segala denda akibat membatalkan kontrak lebih awal dan kehilangan modem, saya menunggu beberapa bulan sebelum mencuba Redtone Wimax Broadband. Kelajuan muat turun hanya 512 kbps namun kuota yang ditawarkan sebanyak 8GB. Yuran langganan hanya RM 50. Saya sungguh berpuas hati dengan kelajuan yang sangat-sangat konsisten.

Walaubagaimanapun, pernah beberapa kali talian internet Redtone Wimax tidak boleh diakses. Kadang-kadang sampai seminggu. Kemuncaknya ialah sebulan dua sebelum saya menamatkan perkhidmatan Redtone Wimax  kerana kegagalan saya megakses internet dengan hati yang tenang lagi tenteram. Apabila gagal mengakses internet dengan hati yang tenang lagi tenteram, banyak data-data tidak dapat dikemaskini di laman-laman sesawang tertentu. Kadang-kadang kerja yang boleh disiapkan dalam masa 30 minit apabila talian internet laju boleh melarat ke 2-3 jam apabila talian internet menjadi sangat-sangat perlahan.

Sekarang saya menggunakan Celcom Broadband sejak bulan 8 atau 9 tahun lalu. Saya sangat-sangat berpuas hati dengan konsistensi kelajuan yang ditawarkan. Namun sejak akhir-akhir ini penyakit Redtone Wimax mula menghinggapi Celcom Broadband. Habis segala produktiviti. Mungkin saya juga akan menamatkan talian Celcom Broadband jika keadaan ini berterusan. Lagi-lagi  kalau saya terpaksa ke mana-mana Cyber Cafe untuk menyelesaikan kerja-kerja saya.

Teringat saya akan dialog di bawah ini yang benar-benar terjadi suatu ketika dulu.

“Susah nak kemaskini data-data di laman sesawang ini sebab talian internet lembab,” seorang pekerja memberitahu bosnya.

“Kalau begitu, kamu pergi saja ke mana-mana Cyber Cafe, kamu ambil resit dan kamu claim dengan saya,” bos menjawab.

Kalau ini terjadi kepada saya, saya akan tinggalkan kamu Celcom Broadband.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: