Video Call

Dalam bulan Julai 2011, ketika mencari-cari telefon bimbit yang baru untuk menggantikan telefon bimbit Sony Ericsson W200i yang telah digunakan sejak tahun 2008, saya telah menggariskan beberapa kriteria yang perlu ada pada telefon bimbit yang saya mahu beli tersebut.

Touchscreen dan mempunyai keypad, boleh melayari internet melalui talian 3G, boleh melayari internet melalui sambungan wifi, mempunyai gps, mempunyai bluetooth dan akhir sekali, berkebolehan membuat panggilan video.

Susah.

Itu yang boleh saya katakan ketika mencari-cari telefon bimbit yang mempunyai semua ciri-ciri tersebut.

Akhirnya dapatlah membeli Nokia C6-00.

Sungguh seronok menggunakannya. Keseronokan yang paling tidak terhingga ialah tatkala dapat melakukan panggilan video kepada mama dan abah, isteri dan adik yang tinggal jauh dari saya.

Sekarang sudah masuk tahun 2013. Sudah hampir 2 tahun saya menggunakan telefon pintar Nokia C6-00 tersebut. Sudah sampai masa untuk digantikan.

Saya mahu menggantikannya kerana beberapa perkara. Satu kerana kesusahan untuk mengemaskini blog ini melaluinya. Dua kerap tatkala melayari internet, browser yang saya sedang gunakan tertutup secara sendiri apabila mesej memory full, please close some applications kelihatan. Macam laptop lama saya yang kekurangan memory. Sudah berulangkali di format dan dikosongkan memori telefon, namun mesej yang sama masih keluar mengganggu pengalaman saya melayari internet.

Tiga ialah kerana OS Symbian telah berkubur. Maka sudah tidak ada lagi kemaskini dari semasa ke semasa. Tanpa kemaskini, telefon pintar amat-amatlah terdedah kepada mara bahaya apabila dihubungkan dengan internet.

Empat ialah kerana kesusahan untuk menjadikan telefon pintar tersebut sebagai wifi hotspot secara selamat. Telah habis RM 23 saya membeli aplikasi Joikuspot Premium di Nokia Store, namun aplikasi tersebut langsung tidak boleh berfungsi. Saya sangat-sangat memerlukan internet apabila bekerja untuk mengemaskini beberapa data di laman sesawang tersentu. Melayari internet menggunakan modem ZTE yang dibekalkan oleh Celcom kadangkala membuat saya begitu marah kerana kerap kelajuan internet berkurangan kepada kelajuan GPRS secara tiba-tiba. Kadang-kadang sewaktu mengemaskini data perkara tersebut boleh terjadi. Apa yang pelik ialah apabila dimasukkan sim card ke dalam telefon pintar Nokia C6-00 dan telefon pintar tersebut dijadikan wifi hotspot menggunakan aplikasi Joikuspot Light, capaian internet sangatlah baik. Walaupun jarang melebihi 1 Mbps, namun memadai untuk menyelesaikan beberapa kemaskini data dalam masa yang singkat. Walaubagaimanapun, capaian internet tersebut adalah secara tidak selamat kerana siapa-siapa sahaja boleh ‘mencuri’ talian internet tersebut tanpa saya mengetahuinya. Bayangkan si pencuri terbabit menonton video HD di Youtube atau memuat turun fail bersaiz besar, berapakah lagi kuota yang akan tinggal kepada saya sehingga hujung bulan?

Namun pencarian telefon pintar yang baru bukannya mudah. Selain mestilah mempunyai ciri-ciri di atas, telefon pintar yang baru ini mesti boleh menggunakan dua sim pada satu-satu masa dan mempunyai kebolehan melakukan panggilan video menerusi talian Celcom yang saya gunakan buat masa ini, bukan menerusi apa-apa aplikasi seperti Skype dan menggunakan kuota internet. Sudah la harga internet sangat mahal di Malaysia. Bukan sedikit kuota yang akan di’makan’ jika membuat panggilan video menerusi Skype selama 30 minit.

Lenovo p770 dan Acer Liquid E1 Duo sudah terkeluar dari senarai saya kerana ketidakupayaannya melakukan panggilan video menerusi talian Celcom yang saya gunakan sekarang. Pilihan yang ada hanyalah Samsung Galaxy S Duos. Namun sayang, spesifikasinya jauh ketinggalan berbanding pesaing-pesaing di atas.

Mungkin saya patut menunggu lebih lama lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: