Saya kerja di Tawau dan saya ok..

Apabila pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan bagi menghapuskan penggana Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu awal Mac yang lalu, saya berada di Tawau pada waktu itu. Jarak antara Lahad Datu dari segi masa ialah kira-kira 2 jam setengah dengan menaiki kereta berkapasiti enjin 1.1 cc. Jarak antara Lahad Datu dengan Kampung Tanduo pula kira-kira 150 km.

Tempias ketakutan yang dialami oleh warga Lahad Datu dan Semporna sejak kehadiran pengganas Sulu dikesan turut dialami oleh mereka yang tinggal di Tawau. Pada hari Isnin pertama selepas operasi ofensif, ketika mahu makan malam di bandar Tawau, hanya kereta kami yang menyusuri jalan raya untuk ke kedai makan. Banyak kedai-kedai makan yang tutup. Selepas makan, ketika kami mahu membeli sedikit makanan dalam tin, pasaraya-pasaraya pulak tutup walaupun jam baharu menunjukkan pukul 830 malam. Mujur ada kedai-kedai runcit yang masih dibuka.

Pagi keesokan harinya kami ke tempat kerja dengan perasaan tidak tenteram. Risau dengan apa yang sedang terjadi. Sekolah ada yang ditutup menurut cakap-cakap rakan sekerja. Tidak ada masa yang berlalu tanpa membicarakan tentang apa yang sedang berlaku.

Kesedihan menjelma apabila berita perwira-perwira kita gugur atau cedera diterima.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: