Telefon Pintar Idaman Saya

Nokia C6-00

Saya telah membeli telefon Nokia C6-00 pada bulan Julai 2011 untuk dijadikan hantaran perkahwinan saya. Tidaklah saya ketahui bahawa telefon tersebut ialah telefon pintar. Tidaklah saya ketahui juga bahawa telefon pintar tersebut dikuasakan oleh OS Symbian.

Saya membeli telefon tersebut kerana saya mahukan beberapa perkara seperti kebolehan untuk membuat penggilan video, mempunyai GPS, boleh menyambung ke talian internet menerusi wifi, mempunyai bluetooth, boleh melayari internet, mempunyai skrin sentuh dan ada papan kekunci. Saya mahukan ciri-ciri tersebut pada sebuah telefon dengan harga yang termurah.

Masuk tahun ini, sudah hampir 2 tahun menggunakannya. Ulasan daripada saya? Tidak perlulah kerana pembaca sekalian boleh mendapatkan ulasannya di dunia maya. Secara dasarnya saya berpuas hati dengan telefon pintar saya tersebut untuk melaksanakan ke semua ciri-ciri yang saya nyatakan di atas kecuali, masalah semasa melayari internet.

Selalu sangat keluar error message, ‘memory full, please close some applications and try again’… Kemudian browser yang saya layari akan tertutup dengan sendirinya.

Masalahnya semasa melayari internet, tiada pula saya membuka apa-apa application. Ini memang pelik. Nak kata memory phone penuh, tidak la juga. Ada kira-kira 70% lagi ruang kosong. Memory card pun ada 30% lagi ruang kosong. Dah hampir 4 kali diformat.

Lagi mengecewakan ialah, sangat susah untuk membuka dan mengemaskini blog saya ini. Selalu browser yang saya gunakan akan tertutup sendiri selepas error message seperti yang di atas keluar. Saya menggunakan Nokia Browser untuk membuka blog ini. Kalau guna opera mobile tak boleh loading dengan betul.

Cadangan saya ialah untuk menukar kepada telefon pintar yang lebih baik. Ia mestilah mempunyai kesemua ciri-ciri yang ada pada telefon pintar saya ini dan hendaklah mempunyai skrin yang lebih besar, sekurang-kurangnya 3.5 inci. Nak yang dual sim.

Setakat ini, saya berkenan dengan yang di bawah ni,

Samsung Galaxy Grand

Juga yang ini,

Sony Xperia E Dual

Juga yang ini,

Samsung Galaxy S Duos

Setakat ini, saya memang berkenan dengan ketiga-tiga telefon pintar ini. Saya akan terus memerhati telefon-telefon pintar terkini yang berada di pasaran. Jika tiada masalah, selepas bulan Julai 2013 saya akan membelinya.

Selepas ini, telefon pintar Nokia C6-OO saya akan dijadikan sebagai GPS. Ini memang kelebihan Nokia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: