Kenapa Lama Tidak Menulis

Kenapa lama betul saya tidak menulis?

Ada 2 sebab.

Sebab yang kelihatan (apabila berfikir secara tidak dalam) ialah saya susah untuk membuka laptop di rumah selepas waktu kerja. Hendak posting semasa waktu kerja, tidak beretika la pula. Nak posting melalui smartphone saya ni, saya tidak ada pakej internet. Dah pakai broadband via modem, mana la mampu nak pakai di smartphone lagi. Bukannya murah pakej internet untuk smartphone ni. Malam ini saya posting ketika sedang minum kopi-o di kedai mamak tatkala menunggu masa untuk datang semula ke tempat kerja bagi menyesaikan urusan yang tertangguh. Saya bekerja 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Tiada istilah berehat pada hari sabtu, ahad dan kelepasan am.

Tapi sebab sebenarnya ialah saya sendiri yang semakin malas membaca, memerhati dan mentadabbur. Sejujurnya selepas menyelesaikan thesis sarjana saya, saya memang semakin malas membaca. Jadi bagaimana mahu menulis?

Jesteru kedua-dua faktor di atas telah menyebabkan blog ini tidak dikemaskini walaupun ada banyak yang boleh ditulis untuk manfaat semua.

Insya Allah, saya akan kembali menullis secara perlahan-lahan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: