Bila datang masalah…

“Moto you ni servis setiap 2000 km ok,” pesan tauke kedai tatkala menyerahkan kunci motosikal yang baharu sahaja saya beli kira-kira 4 tahun yang lalu.

“Tapi first servis 1000 km tau,” pesannya lagi.

“Ok, no hal,” saya membalas.

Lebih kurang 2 minggu selepas itu, saya datang semula ke kedai motosikal itu untuk melakukan servis yang pertama. Hampir terbeliak mata tauke kedai tatkala saya datang. Sangkanya motosikal saya menghadapi masalah.

“Wah, cepatnya sudah 1000 km. Jalan jauh ke,” tanya tauke kedai.

“Boleh la,” saya memjawab.

Kemudian setiap sebulan sekali saya akan ke kedai motosikal untuk melakukan servis. Servis motosikal bukannya payah. Setiap 2000 km tukar minyak pelincir. Enam bulan sekali tukar palam pencucuh. Setahun sekali tukar tayar belakang.Spocket plak tukar bila dah mula mengeluarkan bunyi yang tak menyenangkan.

Berbanding dengan kawan yang lain, mereka mengambil mudah soal servis motosikal mereka. Pesan mekanik tidak diambil peduli. Buku panduan servis entah ke mana dicampak. Kononnya mahu save duit. Tapi bila kena, semua major problem.

Kadang-kadang ada yang bertanya, “moto ko ok ke lagi.”

“Ok. Aku memang jaga servis,” saya menjawab.

Kini motosikal saya hampir masuk ke usia 5 tahun. Masih ok. Alhamdulillah.

Cerita di atas sengaja saya bawa untuk memudahkan lagi kefahaman pembaca tentang apa yang saya nak tulis selepas ini tentang masalah dan mendengar kata.

Kita ni bila datang masalah, yang perlu kita fikirkan ialah penyelesaiannya kan. Setuju? Mesti la semua setuju bukan. Tak mungkin ada yang tak setuju. Sebab kalau tak diselesaikan, hidup mana nak tenang…?

Tapi saya lebih suka memikirkan sebab terjadinya masalah itu. The real problem. The root cause. Sebab jika yang diatasi hanyalah masalah yang sedang dihadapi sahaja, tanpa sekali-kali memikirkan apakah perkara pokok yang menyebabkan masalah itu terjadi, kelak masalah yang sama atau lebih teruk lagi akan terjadi.

Sama seperti kes motosikal yang sering rosak.The root cause ialah tidak servis secara berkala dan tetap. Tapi hanya menunggu the presented problem iaitu apabila sudah rosak. Baharulah nak kena towing ke bengkel. Pastu nak pening-pening kepala nak menukar itu ini.

Bukan mahal sangat pun menukar minyak pelincir. Hanya RM 20-30 jika nak dibandingkan dengan membaiki piston yang rosak. Kosnya ialah RM 400-600. Mahal bukan.

Lagi teruk kalau berlaku collateral damage. Tiket kapal terbang hangus. Plan bertukar. Kena beli tiket lain. Kena spend money pada tempat-tempat yang tak sepatutnya. Kan dah rugi.

Selalunya kalau kita tak nak ikut panduan yang diberikan, atau cakap orang yang menyayangi kita, masalah akan mula datang. Bagi yang berfikiran untuk menyelesaikan, mereka pasti boleh menyelesaikannya walau berapa kali pun masalah itu datang.

Namun bagi yang mencarithe root cause, mereka akan mula mengikut panduan atau mula mendengar cakap orang yang menyayangi mereka. Kesannya, masalah tidak lagi datang.

Apapun, ini sekadar nasihat. Terpulang kepada pembaca untuk hanya menyelesaikan atau mencari the root cause. Hidup anda, anda tentukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: