Selepas viva

Bulan lepas, september 23 selepas solat Jumaat, saya menduduki peperiksaan akhir (viva) untuk pengajian peringkat sarjana saya. Hampir genap 9 bulan saya menanti, baharulah dipanggil untuk viva.

Ia berlangsung selama hampir 2 jam dengan sekian banyak komen-komen yang menunjukkan betapa walaupun saya telah berusaha untuk menjadi teliti, seperti yang sering disebut-sebut oleh manager dan senior di tempat lama saya bekerja, masih banyak kesalahan yang saya lakukan. Terasa kerdil sekali berdepan dengan 2 orang professor, 1 orang prof madya dan seorang pensyarah kanan dalam bilik viva tersebut.

Apapun syukur kerana sedikit sekali soalan yang ditanyakan, mungkin tanda saya telah menepati tajuk yang saya sendiri tetapkan.

Dua minggu berlalu, baharu hari ini saya memiliki dua hari penuh sejak semalam untuk melakukan pembetulan setelah mengambil keputusan untuk berehat selama seminggu selepas viva dan kemudiannya sibuk dengan latihan nasyid (ganti orang) dan bertanding di Karnival Mesra Belia dan Sukan anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putatan, Kota Kinabalu.

Syukur, dapat tempat ketiga. Terima kasih kepada jurulatih-jurulatih yang telah bertungkus lumus memberi tunjuk ajar. Insya-Allah di masa hadapan latihan nasyid akan dipergiatkan supaya lebih mantap. Tahniah juga kepada mereka yang menang dalam acara-acara lain terutamanya team Tawau.

Namun apa yang lebih penting, semoga mesej yang kami dan team-team nasyid lain cuba sampaikan dapat dihayati oleh generasi muda yang menjadi penonton. Bak kata penganjur, tujuan diadakan pertandingan nasyid dan kompang dalam karnival tersebut ialah untuk menarik minat golongan muda.

Saya mendoakan hasrat pengajur itu akan tercapai kerana saya secara peribadi risau dengan banyaknya masa lapang golongan muda masa kini yang dihabiskan untuk aktiviti-aktiviti yang sia-sia.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: