Facebook: Selamat tinggal

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya…

Sebuah lagu lama, yang buat kesekian kalinya begitu menusuk ke kalbu saya.

Penghujung bulan ini, Ogos 2011 genaplah 6 bulan saya merantau di Borneo. Banyak pengalaman manis saya alami samada di tempat kerja, di rumah atau semasa bersosial dengan rakan-rakan yang turut merantau.

Namun ada juga pengalaman pahit walaupun tidaklah sebanyak mana. Tidak pun menjejaskan kehidupan saya. Saya masih boleh makan minum, pergi dan pulang dari kerja serta melakukan perkara-perkara lain seperti biasa.

Hanya emosi sahaja yang tercedera.

Kecederaan yang bukan sedikit. Yang tidak mengubah luaran tetapi begitu menganggu perasaan saya. Tidur terganggu. Fokus kadang-kadang lari. Jantung berdegup kencang.

Sungguhpun begitu, saya masih profesional. Tidak pernah saya meninggi suara kepada staf atau kepada rakan-rakan tatkala hati saya sedang gundah gulana dan kepala saya berat dek sarat dengan pemikiran yang bukan-bukan. Alhamdulillah.

Hari ini 10 Ramadhan bakal berlalu. Sudah sepertiga bulan yang mulia ini kita tinggalkan. Kepada yang mahu membuat apa-apa perubahan yang positif, yang masih belum memulakan langkah, inilah saatnya untuk memulakan.

Mulakanlah dan Insya-Allah, Dia akan membantu.

Facebook

Saya memulakan perubahan yang menyah aktifkan facebook.  Laman sosial yang acap kali membuatkan saya tersenyum sendirian tatkala membaca atau melihat gambar-gambar rakan-rakan lama yang sudah lama tidak berjumpa. Bangga dengan pencapaian masing-masing. Sudah berjaya semanya. A picture speaks thousand words kata orang putih.

Namun facebook banyak juga keburukannya. Berkomunikasi secara maya ini mudah untuk menimbulkan seribu satu salah faham dek tiadanya jiwa yang sampai kepada pihak yang membaca tulisan kita.

Bermula dengan salah faham, akhirnya boleh merebak kepada perkara-perkara yang lebih dahsyat lagi.

Ia juga sumber fitnah..!

Si penulis yang tidak tahu interpretasi si pembaca akan menganggap bahawa tulisannya adalah jelas dan bermaksud seperti apa yang ditulisnya.

Oleh sebab itu, saya mengambil keputusan untuk menyah aktifkan akaun facebook saya buat sementara waktu sementara mencari cara untuk terus membuangnya.

Saya menyedari bahawa selepas ini hubungan saya dengan rakan-rakan lama akan terputus dan apa-apa undangan atau acara yang dibuat melalui facebook akan jauh daripada pengetahuan saya.

Inilah harga yang perlu saya bayar demi mengelakkan kecelakaan yang lebih besar di masa hadapan.

Semoga saya istiqamah.

Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: