Model Pengganti Proton Persona

Model konsep sedan baru ganti Proton Persona, penuhi standard piawaian pasaran Eropah

PROTON Holdings Bhd dijadualkan memperkenalkan kereta global pertamanya, yang akan memenuhi standard piawaian antarabangsa, khususnya di pasaran Eropah pada Februari tahun depan.

Difahamkan, model yang buat masa ini dikenali dengan nama kod P3-21A itu adalah daripada model Proton Tuah iaitu satu daripada kereta konsep yang ditampilkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS) akhir tahun lalu.

 Model itu adalah kereta konsep sedan baru yang dikatakan bagi menggantikan pengeluaran kereta Proton Persona serta berada pada kelas sama seperti model kereta Toyota Corolla Altis atau Honda Civic.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata model baru itu akan menjadi perintis kepada transformasi imej Proton dari segi pengeluaran kereta bermutu tinggi untuk pasaran global.

“Dengan model P3-21A, masanya sudah tiba untuk Proton memperkenalkan kereta global yang bukan saja diterima di Malaysia atau peringkat serantau dan pasaran tertentu saja, tetapi kereta yang memenuhi standard negara maju serta menepati selera pembeli seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan persiapan pengeluaran kereta global pertama Proton di kilang pengeluaran syarikat itu di Tanjung Malim, semalam.

Mengulas lanjut model baru berkenaan, Syed Zainal Abidin berkata ia dijadual menjengah pasaran antarabangsa enam bulan selepas tarikh pelancarannya di pasaran domestik.

“Kami akan berusaha untuk memendekkan tempoh pengenalan model ini di pasaran domestik dan untuk pasaran eksport kurang daripada enam bulan kerana yakin terhadap mutu pengeluarannya yang menepati standard piawaian antarabangsa, khususnya di Eropah,” katanya.

Model baru itu akan menggunakan kira-kira 95 peratus isi kandungan tempatan dan menggunakan enjin turbo Campro.

Bagi mencapai sasaran mengeluarkan kereta bertaraf global, Syed Zainal Abidin berkata Proton akan membuat penilaian lebih ketat ke atas vendornya.

Menerusi penilaian itu, katanya vendor yang dipilih akan dimasukkan ke dalam program Pembabitan Awal Vendor (EVI), sekali gus membolehkan mereka terbabit lebih awal dalam proses pra-pengeluaran model baru Proton itu.

Beliau menegaskan, penilaian itu perlu dilakukan ke atas vendor Proton dalam usahanya untuk memaksimumkan kualiti kenderaan yang dihasilkan sehingga menepati mutu piawaian global serta meminimumkan tahap kecacatan pada kenderaan terbabit.

“Untuk model baru ini, kami telah mengenal pasti 20 daripada 108 vendor Proton untuk terbabit dalam pengeluarannya kelak, di mana sesetengah vendor turut digabungkan untuk menghasilkan kenderaan yang lebih bermutu,” katanya.

Terdahulu, pada majlis sama, Proton menerusi Persatuan Vendor Proton (PVA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi meningkatkan kemampuan pembekal dan pengeluar komponen kenderaan syarikat itu dengan mempraktikkan amalan kaedah kecemerlangan perniagaan (BEx).

 Source

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: