Cerita Pemandu Teksi

Saya berada di Kota Kinabalu menghadiri kursus selama 3 hari bulan lalu. Selama hampir 4 bulan bekerja, itulah kursus pertama saya yang bukan diadakan di Tawau. Banyak info yang saya dapat. HIV, Malaria, Tuberculosis, Leptospirosis dan Vibrio Cholera adalah topic yang dibincangkan. Terasa benar saya budak baru belajar. Benarlah kata bijak pandai, “tatkala kita sudah berasa pandai, maka kita sebenarnya baharu menjadi bodoh…!”

Saya bercadang mahu tinggal dekat dengan tempat kursus namun kadar bilik hotel yang ditawarkan kepada saya melebihi had kelayakan pegawai seangkatan saya. Oleh sebab itu, saya pun tinggallah di Capital Hotel yang terletak bersebelahan Wisma Merdeka.

Oleh kerana jarak yang jauh, kira-kira 10 km dari tempat kursus, setiap pagi saya menaiki teksi. Tambangnya bukan murah, RM 25-30 sehala. Mujurlah boleh claim kemudian. Kalau duduk dekat, jaraknya hanya 1 km, jalan kaki pun boleh. Selain menyihatkan badan, dapat juga menjimatkan duit kerajaan. Sian kerajaan. Namun apakan daya, 10 km mahu berjalan kaki tak sanggup pula.

Hari pertama saya menaiki teksi, tidak banyak cerita yang saya dengar. Mungkin sebab saya pun tidak banyak bertanya. Penat. Flight lewat. Patut sampai ke KK jam 10.10 mlm tapi sampai jam 1120 mlm. Sampai hotel pun dah dekat-dekat jam 1200 mlm.

Hari kedua ceritanya tentang rungutan pemandu teksi berkenaan akan mahalnya sewa beli teksinya. RM 40 sehari atau kira-kira RM 1200 sebulan. Teksi Proton Waja. Setahu saya kalau beli Proton Waja berharga RM 60 000, dengan deposit sebanyak 10%, instalment adalah sebanyak RM 600-700 sebulan. Saya hanya mendengar. Tidak tahu apa yang hendak di komen.

Katanya lagi, ini semua berpunca daripada cara pemberian permit yang melalui orang tengah. Setiap permit teksi baru adalah diberikan kepada syarikat-syarikat tertentu, kemudian baharulah akan diagih-agihkan kepada pemandu-pemandu yang memohon.

Kalau pakai orang tengah, selalunya itulah yang berlaku. Orang lain yang susah payah buat kerja, orang lain yang goyang kaki dapat duit. Memang teruk. LPKP patut memikirkan rintihan pemandu-pemandu seperti ini.

Hari ketiga ke tempat kursus, ceritanya lain pula. Kali ini berkisar tentang masalah pondan di Kota Kinabalu ini. Tempatnya tidak perlulah saya sebut. Katanya masalah ini dah lama, masih belum selesai, malah semakin ramai.

Saya hanya tersenyum. Mengingatkan bahawa kali pertama saya dating ke Kota Kinabalu untuk melapor diri, saya tinggal di kawasan di mana pondan-pondan itu berkeliaran. Terkejut saya apabila diberitahu oleh pemandu teksi yang menghantar saya dari airport ke sana akan perihal pondan-pondan itu.

Susah, dah dijadikan lelaki mahu jadi perempuan pula. Bila ditanya, dikatakan naluri dah ke arah perempuan. Padahal hidup ini kan adalah tentang membuat pilihan. Mereka yang tunduk kepada tuntutan nafsu atau naluri atau keadaan persekitaran mereka adalah mangsa.

Ish, tak nak la jadi mangsa.

Lain lah kalau hal-hal di luar kawalan. Lainlah ceritanya pulak.

“Dan demi jiwa serta penyempurnaannya, lalu IA meng-ILHAM-kan                                               kepadanya jalan keburukan dan ketaqwaannya.” (Asy-Syams 7-8)

Begitulah Allah SWT. Dia tidak membiarkan kita tercari-cari arah hidup kita. Dibangkitkan daripada bangsa manusia para Nabi dan Rasul untuk membimbing kita. Apabila telah ada pilihan-pilihan kebaikan dan keburukan di depan kita dan diajar apa yang patut dipilih, maka apakah alasan kita untuk memilih yang buruk?

Sungguh, hidup adalah tentang membuat pilihan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: