Kereta Idaman Saya

Teks yang ditaip sebagai panduan untuk slot Pengucapan Awam semasa kursus tempoh hari.

Pengucapan awam

Bismillahirrahmanirrahim…

Alu-aluan

Tuan-tuan dan puan-puan,

Harga petrol pada waktu ini ialah RM 1.90 seliter. Jika tuan-tuan dan puan-puan masih ingat, harga petrol pernah dinaikkan sehingga mencecah RM 2.70 seliter pada tahun 2007 yang lalu berikutan harga petrol yang mendadak naik di pasaran dunia pada waktu itu.

Apabila harga petrol dinaikkan, kesannya adalah berantai. Barang keperluan akan naik, harga perkhidmatan akan naik, itu akan naik, ini akan naik, hatta yang tidak ada kaitan dengan petrol pun akan naik. Antara alasan popular para peniaga ialah, kos pengangkutan telah meningkat.

Oleh sebab itu, boleh lah dikatakan bahawa antara perkara YANG BUKAN HANTU yang paling ditakuti oleh rakyat Malaysia kini ialah kenaikan harga petrol.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Apabila harga petrol yang dijual di Malaysia diniagakan pada harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran dunia, maka kerajaan terpaksa memberikan subsidi yang bukan sedikit.

Bercakap tentang subsidi, mengikut apa yang dinyatakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi, sebuah unit di bawah Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU), Malaysia adalah antara negara yang paling banyak memberikan subsidi iaitu sebanyak 4.7% daripada Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK). Sebagai perbandingan, Indonesia hanya memberikan 2.7%, Filipina 0.2% manakala negara-negara Eropah memberikan secara purata 1.5%.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sejak tahun 1997, Malaysia menanggung beban hutang sebanyak RM 90 billion dan jumlah berkenaan meningkat kepada RM 362 billion pada tahun 2009. Jumlah hutang ini dijangkakan akan terus meningkat sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah-langkah yang sepatutnya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Berbalik kepada harga petrol yang dijangkakan akan terus meningkat dari semasa ke semasa berdasarkan hakikat bahawa stok simpanan petroleum dunia yang semakin merosot, dan untuk memastikan kehidupan kita kurang terjejas dengan kenaikan harga petrol di masa hadapan, ada sesuatu yang kita boleh lakukan.

Toyota Prius.

Saya yakin tuan-tuan dan puan-puan yang ada di dewan pada masa ini pernah terdengar tentang kedua-dua model kereta berkenaan.

Kedua-duanya adalah kenderaan hybrid. Kenderaan hybrid adalah kenderaan yang digerakkan oleh sekurang-kurangnya 2 sumber kuasa. Sebagai contoh, Toyota Prius, digerakkan oleh sebuah enjin, sebuah motor elektrik dan sebuah bateri.

Enjin Toyota Prius berfungsi sama seperti kereta-kereta lain. Motornya pula berfungsi dalam keadaan-keadaan tertentu manakala baterinya pula berfungsi untuk menyimpan tenaga yang dijana oleh enjin dan motor elektriknya. Seperti telefon bimbit kita, kita menggunakan tenaga elektrik untuk mengecas bateri telefon bimbit kita. Apabila fully charged, boleh bertahan berjam-jam malah mungkin berhari-hari.

Dalam Toyota Prius, enjinnya yang berfungsi sebagai pengecas bateri. Apabila fully charged, baterinya boleh menggerakkan Toyota Prius walaupun enjinnya sedang direhatkan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dalam pemanduan di bawah kelajuan 45 km/j, Toyota Prius boleh digerakkan hanya dengan kuasa yang dibekalkan oleh bateri yang jika fully charged, boleh membekalkan tenaga yang mencukupi untuk Toyota Prius bergerak sejauh 20 km. Ini sangat sesuai dalam pemanduan di bandar yang mengalami kesesakan yang teruk.

Sebagai perbandingan, seliter petrol yang diisikan ke dalam tangki minyak Toyota Prius boleh memberikan jarak sejauh 40 km berbanding kereta bukan hybrid yang lain iaitu antara 10-15 km sahaja.

Jika setangki penuh pula, Toyota Prius boleh memberikan jarak antara 800-1000 km berbanding kereta-kereta bukan hybrid yang lain iaitu sebanyak 400-600 km sahaja.  Bagi yang bergerak kira-kira 2000 km sebulan, jika menggunakan Toyota Prius, kos petrolnya boleh dikurangkan sebanyak separuh berbanding jika menggunakan kereta bukan hybrid.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Mungkin ada yang risau dengan jangka hayat bateri Toyota Prius. Sudah namanya pun bateri, maka pastinya soal ketahanannya perlu dijelaskan. Jika telefon bimbit, selalunya bolehlah bertahan antara 2-3 tahun. Namun oleh sebab harganya yang murah, menggantikan bateri telefon bimbit bukanlah suatu masalah yang besar.

Jadi bagaimana pula dengan bateri Toyota Prius?

Menurut kenyataan oleh pihak Toyota sendiri, Toyota Prius yang sudah berusia 10 tahun di negara Uncle Sam masih lagi berfungsi dengan baik.

Tetapi berapakah harganya jika perlu diganti?

Menurut pihak Toyota, harganya di Malaysia ialah sekitar RM 10 000.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Itulah kereta idaman saya. Sebuah kereta berteknologi hybrid termaju setakat ini. Jika saya mampu memperolehinya, jimatlah duit petrol saya, kuranglah pembebasan gas CO2, CO dan yang lain-lain, semakin hijaulah bumi kita. Namun dengan tanda harga sebanyak RM 140 000 di atas jalan, saya tidak mampu. Hendak jadi ‘hijau’ pun bukan senang yob...!

UPDATE:

Dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu dari Kudat sejauh 160 km dengan keadaan jalan yang tidak sebaik jalan-jalan di Pantai Barat Semenanjung dan masa perjalanan lebih kurang 3 jam, Prius yang saya tumpangi hanya menggunakan minyak Shell RON 95 lebih kurang RM 15 sahaja…! Jimat bukan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: