Berkira

Standard atau ukuran bagi sesuatu perkara adalah berbeza antara individu.

Ada yang makan berpuluh malah beratus ringgit sehari dikatakan biasa saja.

Ada pula yang kata mahal.

Ada yang pakaiannya berjenama terkenal, ada yang jenamanya tidak pernah didengar.

Begitulah kita, rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Lainnya hati tidaklah patut hanya dikaitakan dengan perkara-perkara yang negatif sahaja. Soal standard atau ukuran juga boleh dikaitkan.

Oleh kerana lainnya standard atau ukuran antara individu, maka seharusnya untuk melabelkan seseorang itu sebagai ‘berkira’ kita hendaklah lebih berhati-hati. Tidak boleh menggunakan standard atau ukuran yang kita gunapakai untuk orang lain.

Oleh sebab itu, bagi saya istilah ‘berkira’ agak sukar untuk saya gunapakai ke atas sesuatu individu dek menyedari wujudnya standard atau ukuran tersebut.

Bagi saya lagi, semuanya adalah berbalik kepada kemampuan seseorang itu dari segala segi; kewangan, mental, fizikal dan spiritual.

Dari segi kewangan, tidaklah boleh untuk mengganggap bahawa semua orang mampu memiliki apa yang kita mampu miliki. Oleh itu, jika perlu memutuskan jumlah wang atau yuran untuk sesuatu perkara, aspek kemampuan ini perlulah di ambil kira. Jika pegawai membayar harga ini, maka anggota bawahannya tidaklah patut membayar jumlah yang sama. Dalam hal ini, saya memuji jabatan saya yang peka dalam hal ini.

Namun, semua ini terpakai dalam hal-hal yang baik-baik sahaja pada pandangan SYARIAT.

Perkara yang tidak mematuhi SYARIAT tidak boleh.

Contohnya, bagi seorang remaja lelaki yang mahu berhibur di kelab-kelab malam, kononnya itu adalah standard remaja masa kini. Dia mahu meminjam kenderaan teman serumahnya. Walaupun benar hal itu sudah seperti menjadi kebiasaan remaja tanpa arah masa kini, namun perkara tersebut adalah menyalahi SYARIAT jesteru ia adalah tertolak dan tidak boleh diikuti.

Oleh sebab itu, tidaklah boleh dikatakan ‘berkira’ jika teman serumahnya iaitu remaja dengan arah tidak mahu meminjamkan kereta atau motosikal mereka.

Apapun, di mana bumi dipijak, di situ SYARIAT dijunjung.

‘Berkira’ pun ada caranya, bukannya membuta tuli.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: