Kerana aku yang telah memilih

“Bos, kamu sudah ada pasangan ka?” tanya staf di tempat kerja saya.

”Pasangan? Sudah… Mahu tunang sudah…, kenapa?” saya menjawab.

”Tak mahu cari orang sini ka?” tanyanya lagi.

”Orang sini? Aku sudah ada di sana…” saya meneruskan.

”Iya? Kalau bos kawin orang sini, bos juga untung. Banyak tanah bah… Boleh tanam sawit. Nanti hasilnya RM 30-40 k sebulan… Setakat mahu pulang ke semenanjung, naik first class pun endak ada masalah,” dia meneruskan.

”Hehe… Aku setia pada yang satu,” saya cuba mematikan perbualan. Kurang selesa dengan topik ini.

Saya keseorang malam ini. Tiada aktiviti dengan rakan-rakan satu tempat kerja di sini. Tiba-tiba teringatkan dialog di atas. Terasa tidak tenang jika tidak menulis. Kadangkala menulis boleh menenangkan saya.

Dialog di atas terjadi kira-kira sebulan selepas saya melaporkan diri di sini. Bos adalah gelaran untuk saya kerana jawatan yang saya sandang. Mulanya saya kurang selesa dipanggil bos kerana di tempat lama saya bekerja, manager dan vice president pun dipanggil dengan nama sendiri. Tiada kakak, abang, cik, puan atau tuan.

Namun di sini panggilan sebegitu sudah menjadi kebiasaan orang-orang di sini. Jadi saya pun kena la membiasakan diri. Tapi bukan itu sahaja yang saya perlu biasakan diri, mengesahkan salinan sijil-sijil, memberi kelulusan cuti kepada anggota bawahan, menurunkan tanda tangan kira-kira 50 kali sehari sudah menjadi rutin kehidupan saya. Tapi ada pegawai lain yang berkali ganda lebih banyak menurunkan tanda tangan. Hebat…!

Berbalik kepada dialog di atas, saya berasa tidak selesa bukan kerana tidak yakin dengan pilihan hati saya. Cuma kurang selesa apabila soal wang ringgit yang menjadi x factor untuk membuat pilihan.

Kalau soal memilih kerja, asalkan halal, soal wang ringgit boleh menjadi sebab untuk membuat pilihan. Contohnya gaji yang ditawarkan adalah sama dari 2 syarikat, namun di satu syarikat beban kerjanya adalah kurang berbanding syarikat yang lain. Dari segi lain seperti career advancement, pembayaran bonus, medical benefit dan lain-lain lagi, semuanya adalah sama. Maka pilihlah yang kurang beban kerjanya.

Dalam soal-soal lain pun boleh. Asalkan tidak terkeluar dari pandangan Syariat yang kita junjungi ini.

Namun dalam soal jodoh, apabila wang ringgit dijadikan sebab untuk saya memilih seseorang perempuan, saya yakin saya hanya menempah kesengsaraan di kemudian hari.

Benar, di zaman ini semuanya duit. Ke tandas pun dengan duit. Ramai juga yang jodohnya adalah dengan anak orang berada, atau sama-sama dari keluarga yang kaya, bahagia pula tu. Bagi mereka, kamu bertuah kerana di dunia lagi kamu sudah mendapat syurga. Cuma pastikan diri kamu dan zuriat kamu tidak menempah neraka hasil rezeki yang Allah SWT kurniakan…! Dunia kan ibarat penjara bagi orang-orang yang beriman (kata Syed Qutb).

Apapun, saya tidak boleh meletak tepi hadith Rasulullah SAW berkenaan soal jodoh ini,

“Dikahwiniwanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bagi saya, soal agama yang lebih penting. Tidaklah mesti kawin dengan seorang ustaz atau ustazah, dengan para huffaz atau pada daei, asalkan yang wajib-wajib itu terlaksana, hormat orang tua, boleh dibawa berbincang, menyejukkan mata dan hati, itu sudah menepati walaupun tidak 100% seperti apa yang disebut oleh Baginda SAW.

Ye la, di zaman yang penuh dengan cabaran dan mudahnya untuk tergelincir, mencari jodoh kadang-kala ibarat mencari permata di celahan kaca. Kilaunya sama namun berbeza.

Kepada yang belum menemui jodoh, usahakanlah. Tidak cukup hanya dengan rajin beristikharah, berisytisyarah jugalah. Bumi Allah SWT ini luas. Someone somewhere is made for you (Dil To Pagal Hai).

Kerana aku yang telah memilih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: