Naik moto pergi kerja

Hujung bulan 7 tahun ini, genaplah 4 tahun usia Honda Wave 125 saya. Dengan bayaran deposit RM 2500 dan ansuran bulanan sebanyak RM 215 selama 18 bulan, perbatuan yang dicatat telah melebihi 70 000 km. Secara purata, dalam sebulan motosikal saya bergerak sejauh 2000 km.

Setelah bergraduat dari universiti, itulah harta pertama saya yang saya perolehi dengan hasil titik peluh saya sendiri. Dengan pendapatan sebanyak RM 1150 sebulan ketika itu, untuk membayar RM 215 setiap bulan adalah suatu perjuangan. Tambahan pula pengajian saya di peringkat sarjana turut memerlukan bukan sedikit wang ringgit.

Jasa motosikal saya itu bukan sedikit. Ketika di kampus, saya yang aktif berpersatuan ke sana ke sini dengannya. Ke Puncak Alam, ke Rawang, ke Gombak, ke Seremban dan sebagainya, sekadar menyebut beberapa tempat di mana saya berprogram.

Namun kini di Tawau, sejak turun dari MAS Kargo, tanpa bateri, minyak pelincir dan petrol ditambah pula dengan kehilangan side miror sebelah kanan dan penutup tiub di kedua-dua tayar, motosikal saya sudah tidak sesihat dahulu. Ada masalah wiring mungkin.

Kalau di traffic light, kena la press minyak sikit-sikit supaya tidak mati enjin. Kalau mati enjin nanti kereta-kereta di belakang hon pula.

Bercerita tentang naik moto ke tempat kerja, di awal-awal dahulu jarak perjalanan sehari saya adalah lebih kurang 50 km (tidak termasuk keluar makan tengah hari atau kemana-mana lagi sekiranya perlu) dari rumah sahabat yang saya tumpang. Setangki penuh minyak motosikal membolehkan saya membuat kira-kira 5 kali perjalanan sehala.

Sebulan kemudian, saya berpindah ke rumah sewa yang lebih dekat dengan tempat kerja. Sepatutnya bolehlah berjimat tapi oleh sebab makin dekat, suka pula berulang. Tengah hari baik mandi. Jadi kos minyak masih sama.

Di Tawau ni jarak ke tempat kerja lebih kurang 16 km sehari (tidak termasuk keluar makan tengah hari atau kemana-mana lagi sekiranya perlu). Setangki penuh minyak pula boleh bertahan kira-kira 5-7 hari. Kalau tak banyak jalan, lagi la lama bertahan.

Di sini jalannya kecil, tidak selebar sepertimana di tempat tinggal lama saya. Jadi agak susah untuk berada di kiri jalan. Tambahan pula berkongsi dengan double-double cab, lagi la susah.

Pagi-pagi jika bertolak dari rumah pada jam 715 pg, paling lewat sampai dalam jam 740 pg. Bergantung kepada cara pemanduan dan keadaan trafik. Kalau cuti sekolah seperti sekarang, 10 minit dah boleh sampai. ^_^

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: