Mari selamatkan bumi

Apabila bercakap tentang selamatkan bumi, selalunya kita akan memperkatakan tentang mengurangkan pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan kilang-kilang, mengekalkan kawasan hijau, melaksanakan pembangunan mampan dan sebagainya.

Benar, itulah yang kita semua pelajari semasa berada di sekolah suatu ketika dulu.

Namun itu semua berada di luar kawalan kita. Mahu mengurangkan pelepasan daripada kereta kita, tidak mampu pula membeli Toyota Prius atau Honda Civic Hybrid. Mahu mengekalkan kawasan hijau, rumah sendiri pun tiada tanah (dah duduk di apartment), mahu melaksanakan pembangunan mampan, itu kerja Pihak Berkuasa Tempatan.

Semasa sambutan Earth Day, beberapa kawasan di bumi ber’gelap’ seketika. Ini adalah bagi mengurangkan penggunaan elektrik bagi setiap bangunan yang secara tidak langsung mengurangkan penggunaan bahan bakar untuk menjana elektrik. Entahlah samada ber’gelap’ selama sejam itu hasilnya signifikan atau tidak, saya sendiri tidak dapat menjawabnya.

Apapun, kesedaran untuk menyelamatkan bumi seharusnya bermula daripada setiap individu. Tidak perlulah mahu melakukan sesuatu yang bersifat global dengan matlamat mahukan hasil yang signifikan. Lakukan saja beberapa perkara seperti berikut:

Elektrik

Di rumah kita pastinya mempunyai lebih daripada satu lampu. Maka padamkanlah lampu-lampu lain yang tidak perlu dinyalakan. Jika berada di tingkat atas, cukuplah jika hanya lampu di ruang tamu dinyalakan. Lampu di dapur, bilik air dan tandas padamkan sahaja.

Jika keluar daripada rumah pula, tutuplah suis penghawa dingin atau kipas. Rumah bukan hotel. Jangan merungut pula apabila bil melambung dek seronok berada dalam kesejukan 24 jam. Tinggal saja di Antartika.

Air

Gunakan mesin basuh dengan berhemah. Kumpul dahulu pakaian yang mahu dibasuh dan hanya apabila sudah boleh Full Load, baharulah dibasuh. Jika tidak penuh, sesuaikan paras air.

Internet

Memang seronok menggunakan Streamyx. Dengan tawaran Unlimited Usage, saya pun ternanti-nanti pemasangannya di rumah saya. Setakat masuk bulan ke-2 menggunakan broadband, huh, kualitinya terlalulah teruk. Kata nak jadi negara maju.

Jesteru, janganlah terlalu banyak mendownload fail bersaiz besar sehinggakan seminggu PC dibiarkan terbuka. Berpada-padalah. Manfaatkanlah internet sebaiknya untuk memenuhkan ilmu di dada, bukan hanya memenuhkan movie di external hardisk.

Mudah bukan?

Apapun, untuk menyelamatkan bumi semuanya bermula dari sekecil-kecil individu. Biar kecil yang sumbangan kita untuk bumi tetapi berterusan sampai bila-bila.

Bukankan istiqamah maksudnya begitu?

“Sebaik-baik amal di sisi Allah ialah yang istiqamah, sekalipun sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: