Kalaulah

“Ok, kita batalkan program kita pagi ni nak mendaki gunung angsi memandangkan hujan masih belum berhenti,” antara dialog yang saya tuturkan kira-kira 4 tahun yang lalu.

Kemudian saya bergegas bersama 2 orang muslimat ke pekan terdekat membeli barang-barang keperluan untuk aktiviti BBQ pada malamnya.

“Kami bersiap-siap nak mendaki,” satu sms memasuki telefon bimbit saya.

“Ha….? Biar betul…….?” getus hati saya.

”Ok, teruskan dulu, nanti ana follow,” ringkas sahaja saya membalas.

Jam telah menunjukkan pukul 11 lebih. Tahun sebelumnya saya telah mendaki sehingga ke puncak gunung. Jadi tidak ada masalah untuk mendaki buat kali yang kedua.

Namun pada kali ini 3 jam telah lewat berbanding ketika kami memulakan pendakian pada tahun sebelumnya. Bermula pada jam 8 pagi kami memerlukan kira-kira 4 jam untuk sampai ke puncak.

Selesai membeli barang-barang, kami bergegas pulang dan sempat menyertai peserta yang beriya-iya mahu mendaki. Seramai 3 AJK tinggal di tapak perkhemahan sebagai persediaan jika terjadi apa-apa kepada kami.

Pendakian bermula.

Setibanya di kawasan lapang, kami bersolat jamak zohor dan asar.

Pendakian diteruskan.

Jam sudah menunjukkan pukul 3 ptg. Masih jauh lagi perjalanan jika mahu tiba ke puncak. Ditambah pula dengan trek yang licin serta hujan renyai-renyai yang turun, pendakian kami benar-benar perlahan.

”Kita hantar wakil naik ke atas, amik gambar pastu turun balik. Yang lain boleh turun dahulu,” cadang seorang peserta dalam musyawarah yang kami adakan bagi mencari kesepakatan samada mahu berpatah balik atau terus mendaki. Alang-alang genggam bara api biar sampai jadi abu.

”No no no… Tak boleh. Kita tak bawa pakaian salin, tak bawa torch light secukupnya, tak ada bekalan makanan lagi. Hujan pulak sikit-sikit. Lagipun cuaca semakin sejuk,” seorang peserta lagi memberikan cadangan.

Keputusan dimuktamadkan; semua berpatah balik.

Saya pasti bahawa ada yang kecewa kerana impian mahu menawan puncak gunung angsi tidak tercapai.

Kami memulakan perjalan untuk turun daripada gunung angsi perlahan-lahan. Hujan kadang kala turun. Trek licin.

Ada yang terjatuh. Ada yang berpusing. Sebagai last man, saya menyaksikan segala-galanya.

Kami selamat tiba ke kaki gunung. Alhamdulillah.

Jika tadi hanya 3 AJK yang ditinggalkan, kali ini jumlahnya telah bertambah.

Polis, bomba, Pertahanan Awam telah bersiap sedia untuk misi mencari dan menyelamat kami.

Kami dimarahi kerana melewati waktu untuk turun daripada kawasan gunung angsi sebelum jam 7 malam.

Timbul sedikit di dalam hati bahawa apa lah masalahnya kalau kami tiba ke kaki gunung lewat sedikit sahaja daripada jam 7 malam.

Namun berita yang saya dengari pagi semalam membuatkan saya terdiam.

Mayat dua beradik dijumpai

Oleh RAIS YEOP JOHARI & SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
berita@kosmo.com.my

KUALA PILAH – Mayat dua daripada tiga beradik yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini petang kelmarin ditemui semalam.

Mayat Nur Syaza Alisa Said Ahmad, 5, ditemui pada pukul 3.15 pagi semalam oleh bapa saudaranya, Abdul Azam Wahab, 23, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Mayat adiknya, Nur Syaza Azira, 4, pula ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 pagi, kira-kira 2.5 kilometer dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Jaafar Baba mengesahkan penemuan mayat dua kanak-kanak itu dan usaha mencari seorang lagi mangsa, Nur Syaza Sakinah, 2, sedang giat dijalankan.

Sementara itu, Abdul Azam berkata, dia bersama beberapa orang meredah air sungai paras pinggang itu dan berenang untuk mencari kesemua mangsa yang hilang.

“Ketika itu apa yang saya harap kesemua anak buah saya yang hilang mesti ditemui walau apa keadaannya sekali pun,” katanya ketika ditemui di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini semalam.

Katanya, dia sedih apabila menemui mayat Nur Syaza Alisa dalam keadaan kepalanya cedera dan bibir pecah serta lebam.

Al-Fatihah…

Kalaulah kami terus mendaki…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: