Tawau

Menerima surat tawaran kerja

Selesai menghantar thesis sarjana, saya memulakan kerjaya di sebuah institut penyelidikan. Jawatan sebagai pegawai penyelidik sambilan Q41 adalah jawatan yang memang saya idam-idamkan sejak dahulu lagi. Alangkah indahnya jika tiada perkataan sambilan pada jawatan tersebut. Pastinya saya tidak menoleh untuk mencari pekerjaan lain.

Saya melapor diri pada awal Januari. Namun jodoh saya dengan institut penyelidikan terbabit tidak panjang. Saya diminta pulang pada sebelah tengah harinya atas alasan ketiadaan dana yang mencukupi untuk membayar gaji saya.

Menganggurlah saya…

Namun keajaiban terjadi. Saya dipanggil masuk semula pada hari jumaat minggu yang sama saya diminta pulang. Pelik. Ada pulak duit…! Tapi saya tidak datang pada hari jumaat tersebut tetapi pada hari isnin minggu berikutnya.

Kira-kira seminggu bekerja, saya menerima surat lantikan tetap ke satu jawatan pegawai di mana temuduganya saya hadiri hampir setahun yang lalu. Dapat plak. Ingatkan tak dapat. Saya memberitahu bos saya akan tawaran yang saya perolehi itu dan beliau menyatakan bahawa beliau mahu mencuba untuk mengekalkan saya di bawah seliaannya. Saya tiada halangan memandangkan saya sememangnya berminat untuk terus kekal di situ.

Sayangnya, tiada ‘post’ saya di situ. Saya tidak dapat dikekalkan di sana. Hasil perbualan telefon dengan pihak yang menawarkan jawatan tetap tersebut, saya dikatakan akan ditempatkan berdekatan dengan alamat kediaman. Maknanya samada di KL/Selangor atau Pulau Pinang. Saya juga tiada masalah di mana-mana pun.

Namun akhirnya saya tidak ditempatkan di mana-mana pun di semenanjung Malaysia, saya ditempatkan di Sabah…!

Tidak tahu apa yang hendak saya katakan. Mengenangkan barang-barang yang begitu banyak dikumpulkan sejak 3 tahun lepas di rumah sewa di Selangor, saya termenung panjang.

Bagaimana mahu dibawa semuanya ke Sabah?

31 Jan 2011 hari adalah terakhir saya di institut penyelidikan.

Di rumah sewa, saya mengambil masa beberapa hari untuk mengemas segala harta benda yang dimiliki sejak Ogos 2007 yang lalu, iaitu ketika saya mula-mula datang semula ke Lembah Klang untuk memulakan kerjaya sebagai pembantu penyelidik.

3 Feb 2011, Khamis saya pulang ke Pulau Pinang membawa sebahagian kecil harta benda untuk disimpan di rumah. Jumaat sehinggalah Khamis berikutnya, saya membantu ibu bapa mengemas barang-barang di rumah lama. Jumaat, 11 Feb sehinggalah Isnin 14 Feb 2011, saya berada di rumah sewa untuk menyelesaikan mengemas.

15 Feb 2011, saya pulang ke Pulau Pinang.

18 Feb 2011, saya menerima surat daripada kementerian berkaitan. Sebelah malamnya saya menaiki keretapi untuk ke rumah sewa dan pada hari Sabtunya, saya menyambung mengemas. Terima kasih kepada kakak tu kerana memberi ruang untuk saya menempatkan sebahagian besar barang-barang saya seperti buku-buku dan jurnal-jurnal yang saya kumpulkan sepanjang perjalanan saya sebagai pelajar sarjana. Selesai viva, semuanya akan dibuang, simpan pdf version sahaja nanti. ^_^

Sayangnya, tiket keretapi telah hilang dalam simpanan saya. Maka pada malamnya juga saya menelefon KTMB meminta dicetak semula tiket tersebut dan katanya saya perlu email butir-butir tiket kepada alamat email yang mereka berikan.

Kota Kinabalu

Ahad pagi saya terbang ke Kota Kinabalu dengan pesawat AirAsia. Tiket berharga RM 175 manakala RM 75 lagi terpaksa dikeluarkan kerana luggage saya terlebih berat sebanyak 5 kg. Saya bermalam di Hotel Rafflesia.

Tambang teksi daripada lapangan terbang Kota Kinabalu ialah sebanyak RM 30. Saya tidak ke mana-mana melainkan hanya berpusing-pusing di kawasan sekitar hotel sehinggalah sahabat semasa berada di kampus dulu membawa saya bersiar-siar dan membelanja makanan laut. Terima kasih saya ucapkan.

Pulang daripada makan malam saya mengemas beg pakaian dan menyeterika pakaian untuk digunakan semasa melapor diri pada keesokan harinya.

Pagi Isnin saya mengambil teksi untuk ke melapor diri dengan tambang RM 15. Setibanya di sana saya diminta untuk naik ke tingkat 3. Di sana saya melihat begitu ramai jururawat wanita yang melapor diri samada baharu mula bekerja seperti saya atau yang bertukar.

Nampaknya tak der la geng saya ni…

Tunggu punya tunggu rupanya saya telah tersalah tingkat… Saya sepatutnya melapor diri di tingkat 1, bukan di tingkat 3.

Di tingkat 3 urusannya mudah…. Hanya mengisi beberapa borang dan selebihnya ialah menunggu. Dari jam 900 pagi di sana, pada jam 1200 tengah hari baharu surat penempatan di keluarkan. Itupun setelah hampir sejam sejak surat saya siap kerana mereka yang hendak memanggil saya telah memanggil saya dengan nama lain yang sangat jauh bunyinya.

Tawau

Itulah tempat yang saya akan tujui dan bermestautin selama beberapa tahun yang mendatang.

Terus saya sms beberapa orang kawan yang berada di sana dan meminta kawan saya untuk membelikan tiket kapal terbang untuk berlepas ke Tawau pada malam itu juga. Tiket berharga RM 216.

Oleh sebab urusan tidak selesai lebih awal, saya terpaksa check out lebih lewat daripada yang sepatutnya. Mujurlah bilik penginapana saya tidak ditempah oleh orang lain.

Saya berjalan kaki untuk pulang ke hotel memandangkan saya tidak tahu bila lagi saya akan sampai ke Kota Kinabalu. Di hotel saya berehat dan bergerak ke lapangan terbang pada jam 6 petang. Tambang teksi juga RM 30.

Di lapangan terbang saya berehat seketika sementara menanti kapal terbang tiba.

Di Tawau

Syukur kerana sahabat saya menjemput saya di lapangan terbang dan seterusnya membawa saya ke penginapan sementara untuk beberapa hari sebelum mendapat rumah sewa.

Kalau tidak tidak tahulah di mana hendak tinggal malam ni.

Malam itu juga kami ke makmal di mana saya akan bekerja nanti.

Saya dipertemukan dan berkenalan dengan pegawai-pegawai yang bertugas.

Kemudian saya pulang ke kuarters. Berehat dan mandi.

Saya tidur dalam kepenatan dan kegelapan.

Tawau yang telah gelap gelita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: