Mereka yang telah tumbang

Tunia bukan sebuah negara yang kaya.

Rakyatnya hidup susah. Harga barangan keperluan mahal. Graduan universiti pula sukar mencari kerja.

Namun pemimpin negara berkenaan hidup dengan dilimpahi kemewahan. Keluarga Presiden Tunisia dikatakan memiliki 50 rumah dan kereta mewah. Anak perempuan presiden yang begitu menggemari ais krim buatan Perancis pula mengarahkan direct shipping ais krim berkenaan ke kediamannya yang terletak di tepi pantai. Suaminya pula membela seekor harimau yang diberi makan daging berkualiti.

Sungguh melampau!

Ketika ramai rakyat Tunisia bersusah payah untuk mencari sesuap nasi bagi menggalas perut, para pimpinan negara pula berbelanja sewenang-wenangnya. Maka bagaimanakah mereka mahu menjadi wakil rakyat? Jika makan dan minum mereka bukan apa yang dimakan atau diminum oleh rakyat?

“Ala, tak kan lah dah jadi pemimpin masih mahu makan diwarung-warung?” kata seorang yang bangga melihat pemimpin yang di pangkahnya dalam pilihan raya muncul dalam akhbar.

Benar, kita tidak minta sehingga begitu sekali mereka  me’rendah diri’. Apa yang kita minta hanyalah mereka lebih berhati-hati berbelanja. Biarlah makan dan minum mereka berpada-pada dengan wang gaji yang mereka terima. Elakkan pembaziran. Maka baharulah boleh dikatakan mereka sebagai wakil rakyat.

Kini Presiden Tunisia telah digulingkan oleh kebangkitan rakyat.

Mudah-mudahan tidak terjadi di Malaysia.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: