Bravo!

Proton Tuah – Preview of the next Persona?

“I will never use other brand except Proton,” kata supervisor saya pada suatu hari ketika kami dalam perjalanan menghadiri mesyuarat di Kepong.

“Ok,” itu sahaja jawapan saya.

Saya teringat perbualan di atas yang telah berlaku antara saya dengan supervisor saya beberapa bulan yang lepas apabila membaca artikel terbaru tulisan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin di blognya (source).

Artikel yang ditulis secara umum tidaklah mengkhususkan kepada apa-apa jenama. Apa yang beliau tekankan ialah sebagai umat Islam sudah seharusnya mengutamakan produk keluaran Muslim untuk kegunaan sehari-hari. Saya kira itu tidak menjadi masalah kerana banyak juga barangan makanan, pakaian, perabot keluaran tempatan bertaraf dunia dan sudah sedia digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Namun apabila memikirkan tentang kereta, yang dikeluarkan oleh syarikat Muslim, hanya nama Proton yang ada di dunia ini. Walaupun negara-negara arab jauh lebih kaya berbanding Malaysia, namun tidak ada satupun antara mereka yang mahu menceburi bidang pembuatan kereta.

Pengalaman saya dengan Proton tidaklah lama. Keluarga saya bukanlah kaya. Kereta pertama kami ialah Perodua Kancil tahun 2006 yang dibeli juga pada tahun yang sama. Kemudian pada tahun 2008, dengan tambahan rezeki yang Allah SWT kurniakan, dapatlah kami memiliki kereta sedan iaitu Proton Persona keluaran 2008.

Pengalaman menggunakan kedua-dua jenama tempatan tersebut tidaklah banyak yang buruk-buruk. Ada jugaklah sedikit-sedikit. Secara jujur, antara Perodua Kancil dengan Proton Persona tersebut, Perodua Kancil yang walaupun usianya 2 tahun lebih tua berbanding Proton Persona, hanya sedikit pengalaman sakit hati kami dengannya. Maknanya, Perodua Kancil yang kami miliki adalah lebih baik berbanding Proton Persona tersebut.

Walaupun begitu, jika difikirkan kembali, pengalaman sakit hati dengan Proton Persona tersebut tidaklah melibatkan yang major-major. Setakat ini hanya yang minor-minor. Saya pernah bertanya kepada supervisor saya tentang masalah yang beliau hadapi dengan Proton Waja dan Proton Saga miliknya dan beliau mengakui bahawa beliau tidak pernah mengalami masalah-masalah yang major.

Hal ini amatlah bertentangan dengan pengalaman pemilik-pemilik kereta Proton yang lain. Boleh baca di blog-blog seperti di http://paultan.org/ dan http://protonmalaysia.wordpress.com/persona/#comment-1213 tentang komen dan pengalaman-pengalaman pahit mereka. Ada yang minor, ada yang major dan ada yang sampai dah fed up dengan Proton!

Untuk menyalahkan mereka, amatlah tidak wajar. Mereka membayar bulan-bulan untuk sebuah kereta yang sepatutnya memudahkan pergerakan mereka dan jika kereta itu banyak masalah, siapa yang tidak hangin kan?

Jika sudah di servis di pusat servis bertauliah secara berjadual pun masih memberikan masalah, apa lagi yang hendak dikata?

Tetapi jika servis pun tidak dijaga, maka jangan disalahkan Proton at the first place. Salahkan diri sendiri dulu!

Apapun, masih banyak yang Proton perlu lakukan dan saya boleh katakan, secara menyeluruh. Baik dari segi design (exterior dan interior), prestasi enjin, transmisi, chassis, khidmat selepas jualan dan pelbagai lagi. Langkah Proton mengupah Italdesign-Giugiaro, salah sebuah syarikat reka bentuk kereta terkemuka dunia untuk model pengganti Persona akan datang wajar dipuji sebagai langkah permulaan (source). Langkah mengoutsource seperti ini bukanlah baru dan syarikat automotif terkemuka Korea iaitu Kia-Hyundai pun mengambil bekas designer Audi untuk mereka bentuk kereta-kereta keluarannya. Boleh lihat bagaimana rupa Kia Forte, Hyundai Sonata, Hyundai Avante dan banyak lagi.

Proton juga mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan enjin Hybrid pertama mereka yang telah diuji pada model Exora di Britain tidak lama dahulu dan hanya menggunakan 2.2 L minyak untuk perjalanan sejauh 100 km. Saya menjangkakan jumlah petrol yang digunaka tersebut pastinya akan lebih rendah jika enjin yang sama diuji pada model Savvy, Saga atau Persona yang memiliki berat yang jauh lebih ringan berbanding Exora.

Selain itu, Proton juga mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan tranmisi terbaru mereka, Punch CVT untuk versi automatik, dan Getrag untuk versi manual. Tidak guna memiliki enjin CPS seperti yang dipasang pada Exora, Gen 2 dan Waja lama jika transmisi tidak sepadan. Apa yang jadi sekarang ialah  kehilangan kuasa yang amat ketara. Transmisi yang sesuai akan memastikan kehilangan kuasa yang minimum (tidak ada tranmisi yang berjaya menghantar kuasa enjin 100% kepada tayar setakat ini, di dunia) dan menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan serta menjamin penjimatan minyak yang lebih ketara.

Ini antara berita-berita menarik tentang Proton. Langkah Proton terlibat dalam perlumbaan Formula 1 walaupun mengundang kritikan banyak pihak, namun telah berjaya membuka peluang kepada 25 jurutera Proton untuk ‘berguru’ dengan orang-orang handalan dalam bidang automotif di Renault memandangkan Proton sekarang memiliki saham dalam Renault.

Sebagai cadangan, Proton wajar bertegas dengan vendor-vendor mereka yang tidak berjaya membekalkan alatan mengikut standard yang telah ditetapkan kerana kelak yang akan dipersalahkan ialah Proton, bukannya vendor. Pedulikan itu syarikat kroni atau apa sahaja alasan remeh temeh lain kerana yang paling utama sekarang ialah untuk Proton menembusi pasaran dunia, kualiti pun sudah seharusnya bertaraf dunia. Vendor-vendor yang mahu mengaut keuntungan lebih dengan membekalkan alatan di bawah spesifikasi ditetapkan wajar ditendang keluar! Ada banyak lagi perniagaan lain yang mereka boleh ceburi jika mereka tidak berminat untuk membekalkan alatan berkualiti tinggi kepada Proton.

Apepun, Proton tidak mempunyai banyak masa. Dengan persaingan yang semakin hebat, mereka tidak boleh tersalah langkah. Menghasilkan sebuah kereta bukannya mudah. Kosnya sahaja mencecah hampir 1 bilion untuk satu model jika dibuat daripada zero. Maka sebab itulah Proton tidak mahu menghasilkan sendiri model 1.8 dan 2.0 cc kerana jualannya setiap bulan, hanyalah sedikit dan akan mengambil masa sehingga berpuluh tahun untuk pulang modal. Maka rebadge adalah solusi terbaik mereka dan sebagai permulaan, model Inspira diperkenalkan sebagai model pengganti Waja dan pada tahun ini model Nissan Fuga akan digunakan sebagai pengganti Perdana (Renault memiliki Nissan dan Proton memiliki saham dalam Renault, jadi nak kata rebadge pun macam bukan sebenarnya). Selepas ini Proton akan memberi fokus kepada 3 model utama mereka iaitu Saga, Persona dan Exora untuk dibangunkan sendiri memandangkan jualan yang amat-amat memberansangkan setiap bulan. Mengikut jangkaan, Persona baru akan keluar pada tahun 2012 dan menjadi model pertama Proton untuk pasaran global.

Saya sebagai rakyat Malaysia menantikan saat-saat di mana Proton akan menjadi antara pemain utama automotif dunia. Harapnya pada waktu itu tidak kedengaran lagi isu kualiti membelengu Proton.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: