Demam

Demam.

Saya demam sejak jumaat lepas.  Tidak larat untuk melakukan apa-apa lebih-lebih lagi yang melibatkan penggunaan minda secara agresif.  Saya cuba untuk bertahan dan tidak mengambil ubat, seperti yang telah beberapa kali saya lakukan sebelum ini dan selalunya berhasil.

Tapi kali ini sudah masuk hari keempat, saya masih belum pulih sepenuhnya walaupun sejak semalam saya telah mula menelan paracetamol 500 mg keluaran GlaxoSmithKline (tidak melebihi 8 tablet sehari).

Oleh sebab semua orang pernah demam, maka eloklah pada kali ini saya bercerita tentang demam dari sudut saintifiknya.

Bagaimana demam terjadi

Jika kita digigit serangga, tempat gigitan tersebut akan mula kemerah-merahan. Ini yang dinamakan sebagai inflammasi, respon setempat tubuh badan kepada luka. Namun ada juga inflammasi yang bersifat menyeluruh, dan salah satunya ialah demam. Pada kebiasaannya demam berpunca daripada jangkitan bakteria atau virus.

Suhu badan dikawal oleh satu bahagian badan yang dinamakan sebagai hipotalamus atau lebih mudahnya, termostat tubuh badan. Saya mempelajari tentang aplikasi termostat di tingkatan 1 beberapa tahun yang lampau. Kebiasaannya hipotalamus akan mengekalkan suhu badan pada angka 37 darjah celcius.

Adalah dipercayai bahawa sesetengah bahan boleh menyebabkan suhu yang ditetapkan oleh hipotalamus meningkat. Sebagai contoh, apabila phagocyte menelan bakteria gram negatif, bahan lipopolisakarida yang terdapat pada dinding sel bakteria tersebut akan dibebaskan. Bahan lipopolisakarida yang bersifat toxin tersebut kemudiannya akan menyebabkan phagocyte membebaskan interleukin-1 (IL-1). IL-1 inilah yang menyebabkan hipotalamus menetapkan suhu yang lebih tinggi seterusnya menyebabkan demam.

Untuk menyesuaikan diri dengan suhu yang lebih tinggi, tubuh badan akan bertindak mengecilkan salur darah, meningkatkan kadar metabolisme dan menggigil.

Walaupun suhu badan adalah lebih tinggi, kulit kekal sejuk dan perlakuan menggigil berlaku. Ini adalah tanda yang jelas bahawa suhu tubuh badan telah meningkat. Keadaan ini akan berterusan sehinggalah suhu tubuh badan mencecah suhu seperti yang telah ditetapkan oleh hipotalamus tersebut.

Apabila suhu tubuh badan telah mencecah suhu yang telah ditetapkan oleh hipotalamus, perlakuan menggigil akan hilang. Pada waktu ini suhu tubuh badan kekal seperti suhu yang telah ditetapkan oleh hipotalamus sehinggalah kesemua IL-1 telah tiada lagi dalam peredaran darah.

Setelah kesemua IL-1 hilang, hipotalamus akan menetapkan kembali suhu tubuh badan kepada 37 darjah celcius dan perlakuan pembebasan haba daripada tubuh badan akan muncul. Salur darah akan membesar dan tubuh badan akan berpeluh. Kulit akan menjadi panas semula seperti sediakala dan demam pun hilang.

Demikianlah serba ringkas apa yang terjadi semasa demam.

Demam: Salah satu bukti kasih sayang Allah SWT

Ketika saya bekerja di sebuah institusi kerajaan yang waktu kerjanya 90% melebihi 9 jam sehari, kadang-kala saya mengeluh,

“Kenapalah masih ada salah silap… kenapalah masih belum selesai segala tugas-tugas di pejabat… ”

Hendak dikatakan saya berchatting semasa waktu bekerja tidak pula.

Bergayut di telefon? Lagi la tidak.

Facebook? Jauh sekali.

Kadang-kadang hendak makan tengah hari pun tak sempat. Apatah lagi keluar minum pagi atau petang.

Namun salah silap tetap ada. Kerja-kerja masih tak jugak kelihatan akan selesai. Rasanya segala kemampuan diri telah pun dikeluarkan.

Dalam kesibukan tugas-tugas seharian di pejabat, datang seawal pagi dan pulang selewat malam, kadang-kadang terasa penat yang amat sangat. Nak minta cuti confirm tak dapat. Jadi datanglah demam. Paksaan daripada tubuh badan yang memprotes akan kegagalan saya memberikan rehat yang secukupnya (bukan berlebihan). Maka dapatlah berehat walaupun hanya sehari.

Namun lebih jauh daripada itu, saya mahu melihat bahawa demam adalah salah satu cara Allah SWT mahu memanggil kita pulang kepada fitrah kejadian kita. Yang dekat dengan-Nya. Apabila demam walaupun tidak larat, Insya-Allah hati kita akan selalu mengingati Allah SWT. Berdoa agar segera diberi penyembuhan.

Ye la, semasa sihat terlalu sibuk sehinggakan kadang kala solat pun sukar di awal waktu. Maka tatkala sakitlah, selalunya, kita dapat dekat dengan Allah SWT.

Sungguh dalam setiap ciptaan dan kejadian Allah SWT, ada tanda-tanda kekuasaan Allah SWT.

Hanya untuk mereka yang mahu berfikir.

Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-permliknya mengira bahwa mereka pasti menguasasinya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir (Surah Yunus ayat 10)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: