Virus

HIV…

AIDS…

Sehingga ke saat tulisan ini ditulis, telah terdapat berjuta-juta orang yang telah dijangkiti oleh Human Immunodefiency Virus (HIV). Virus tersebut yang dipercayai berasal daripada chimpanzi dari benua Afrika dan telah bermutasi sebelum menjangkiti manusia melalui gigitan serangga masih tiada penawarnya sehingga kini.

Apa yang lebih merisaukan ialah virus tersebut bukan sahaja boleh menyebabkan pembawanya menghidap Acquired Immunodefiency Syndrome (AIDS) malah pembawanya walaupun tidak menghidap AIDS, tetap saja boleh menjangkiti orang lain. Jangkitan HIV akan menjahanamkan sistem keimunan badan, menjadikan penghidap HIV terdedah kepada bahaya walaupun dijangkiti selsema biasa.

Virus HIV boleh disebarkan melalui hubungan seksual (penis dan vagina), homoseksual, suntikan, pemindahan darah dan juga melalui mulut (ciuman). Walaupun setelah 30 tahun berlalu sejak pertama kali dikesan, masih tidak ada rawatan yang efektif wujud sehingga kini. Saintis menjelaskan bahawa ‘hot spot’  yang terdapat pada genom HIV begitu cepat bermutasi kepada bentuk lain yang kemudiannya menjadikan segalanya lebih sukar untuk dirawati.

HIV di Malaysia

Dahulu seseorang berpotensi untuk dijangkiti oleh HIV apabila dia berkongsi jarum suntikan yang tercemar dengan virus tersebut. Makanya hanya penagih dadah sahajalah yang termasuk dalam golongan ini.

Kemudian kedengaran pula orang dijangkiti dengan HIV hasil pemindahan darah di hospital dek kecuaian pihak hospital menyaring kehadiran virus tersebut dalam darah yang diperolehi daripada Bank Darah. Namun sangat jarang-jarang kes ini kedengaran.

Namun membaca berita di bawah, membuatkan saya terfikir sesuatu.

Lebih ramai hidap HIV melalui hubungan seks

24/11/2010 3:03pm

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Orang ramai khasnya kaum wanita di negara ini dinasihati agar menyedari cara dan trend HIV  menjangkiti mereka, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie.

Ini kerana kata beliau, kini lebih ramai wanita dan remaja perempuan di negara kini dijangkiti HIV menerusi hubungan seks berbanding sebelum ini melalui suntikan.

Kini trend baru pesakit HIV baru di negara ini dijangkiti menerusi hubungan seks berbanding sebelum ini jangkitan HIV di kalangan penagih dadah melalui suntikan, katanya dalam ucapan pada pelancaran perbincangan meja bulat mengenai kedudukan Wabak HIV dan Aids di Malaysia di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara Datuk Aminah Abdul Rahman.

Menurutnya, kebanyakan wanita dan budak perempuan di Asia kini dijangkiti virus itu menerusi hubungan seks dengan suami atau teman lelaki mereka yang menghidapi HIV. – Bernama

Source

Daripada laporan di atas, kita mengetahui bahawa kini jangkitan HIV adalah lebih banyak berlaku melalui hubungn seks dan bukannya lagi suntikan. Maka seolah-0lah memberikan gambaran kepada kita bahawa penagih dadah pada masa kini sudah pintar dalam pencegahan HIV. Justeru mungkin inilah salah satu kebaikan pemberian jarum dan kondom percuma kepada penagih dadah oleh pihak kerajaan suatu ketika dahulu.

Saya tidak kata saya menyokong tetapi kelihatan seperti itulah.

Dan yang lebih utama dalam tulisan saya pada kali ini ialah, saya bukannya mahu membicarakan isu tersebut tetapi saya mahu menyorot isu yang lain.

Perubahan Gaya Hidup

Jika kita perhatikan baik-baik laporan di atas, ada tulisan yang berbunyi “… kini lebih ramai wanita dan remaja perempuan di negara kini dijangkiti HIV menerusi hubungan seks… dan …kebanyakan wanita dan budak perempuan di Asia kini dijangkiti virus itu menerusi hubungan seks dengan suami atau teman lelaki mereka yang menghidapi HIV…

Lantas apakah maknanya?

Maknanya di sini ialah semakin ramai di kalangan kita yang terlibat dengan zina (kita tolak ketepi dahulu soal wanita yang dijangkiti HIV menerusi hubungan seks dengan suami). Ya, di kalangan kita.

Baiklah, saya rasa semua sedia maklum bahawa untuk si lelaki dan si wanita itu terlibat dengan zina, mereka perlulah bermula dengan pergaulan bebas, duduk berdua-duaan, memilih tempat yang samar-samar cahayanya, jauh dari laluan orang ramai, membuat aksi terlarang dan sebagainya.

Namun perkara pertama sekali yang perlu dibuat ialah, mereka ini mestilah berhubungan dengan teman lelaki/wanita mereka.

Jika kita perhatikan gaya hidup remaja masa kini pula, rata-ratanya memiliki telefon bimbit. Pernah teman satu makmal memberitahu, adik rakannya yang masih berada di sekolah rendah yang diberikan telefon bimbit oleh ibu bapanya di dapati sedang berhubungan dengan seorang jejaka yang bersekolah menengah. Apabila diselidiki, rupanya si lelaki itu mengajak si budak perempuan itu untuk berjumpa di hujung minggu di sebuah pusat beli belah terkemuka. Mujur si budak perempuan itu sudah diasuh untuk meminta izin daripada ibu dan ayah sebelum ke mana-mana. Kalau tidak, tidak tahulah apa yang akan terjadi.

Kes itu tadi menunjukkan betapa mudahnya si wanita dan si lelaki boleh berhubungan, merancang untuk berjumpa dan jika berjumpa, mereka bisa meneruskan agenda jahat mereka. Lebih memburukkan keadaan, segala kesenangan hasil pemberian ibu dan ayah seperti telefon bimbit, iphone, ipod, laptop, kereta, kredit kad, wang belanja, televisyen satelit dan sebagainya selalunya di salah gunakan ke jalan yang tidak baik.

Maka tidak hairanlah jika kes buang bayi, remaja perempuan lari daripada rumah kerana mahu mengikut teman lelaki, remaja perempuan dirogol teman lelaki semakin bertambah-tambah.

Apa yang boleh dibuat?

Tidaklah adil jika kesalahan ini mahu diletakkan di bahu wanita atau lelaki sahaja kerana untuk terjadinya zina, perlu wujud persetujuan antara lelaki dan wanita. Jika wanita tidak bersetuju, itu namanya rogol.

Oleh sebab perlu wujud lelaki dan wanita yang bersetuju untuk berzina maka usaha-usaha untuk memastikan lelaki dan wanita memilih untuk menjauhi zina hendaklah dipergiatkan. Tidak kiralah apapun programnya asalkan bersifat manusiawi dan matlamatnya tercapai.

Selain itu hendaklah ditunjukkan jalan yang lurus kepada mereka.

Biar jelas dan terang bahawa mereka sebenarnya ada banyak lagi perkara baik yang mereka boleh lakukan yang mereka boleh lakukan.

Dalam hal ini, da’ie hendaklah memiliki kemahiran berkomunikasi yang membolehkan mereka menarik seramai mungkin manusia kepada jalan yang lurus itu.

Seperti saintis yang masih pening mencari penawar HIV kerana ‘hot spot’ pada genom HIV yang cepat bermutasi, maka da’ie juga perlulah berupaya untuk menyampaikan nasihat yang tepat pada sasaran, dan menghasilkan perubahan yang diidam-idamkan.

Dan ini bukanlah kerja sehari dua.

Semoga Allah SWT membantu.

Sungguh kita hanya menyampaikan.

“Dan hendaklah ada segolongan dari kamu ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.” ( Ali Imran 104 ).

Sampaikanlah dengan efektif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: