Obesiti

Obesiti adalah penyakit.

Penyakit yang disumbangkan oleh pelbagai faktor seperti genetik, masalah dalam pengawalaturan keseimbangan tenaga, persekitaran dan sosial semakin membimbangkan. Obesiti bukan sahaja menghantui negara maju bahkan turut menyerang negara membangun termasuk Malaysia.

Obesiti yang dikaitakan dengan pengumpulan tisu adipos dalam diri seseorang akan meningkatkan risiko diserang oleh penyakit-penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, diabetes, dan sebagainya.

Terbaru, membaca berita di bawah membuatkan saya terpana,

KUALA LUMPUR – Seramai 16.8 juta atau 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia mengalami masalah kegemukan termasuk golongan kanak-kanak dan jumlah itu menunjukkan peningkatan membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 50 peratus atau sebanyak 8.4 juta orang mengalami masalah obesiti manakala baki 50 peratus lagi merupakan penduduk melebihi berat badan ideal – KOSMO, 16 November 2011

Membimbangkan bukan?

Separuh daripada rakyat Malaysia mengalami obesiti. Teringat saya akan pengalaman ketika terlibat dalam program saringan kesihatan bersempena kedatangan Ramadhan anjuran jabatan tempat saya menuntut ilmu baru-baru ini. Kesimpulan saya: Hampir separuh jugalah berada dalam kelompok yang memiliki sekurang-kurangnya satu petunjuk kesihatan yang tidak baik (Antara petunjuk kesihatan yang diukur ialah bacaan kolesterol dalam darah, bacaan gula dalam darah, bacaan tekanan darah dan pelbagai lagi).

Mengapa semua ini terjadi?

Pertanian kepada Perindustrian: Harga yang perlu dibayar

Dahulu majoriti rakyat Malaysia bertani. Apabila bertani, tidak ada aktiviti yang tidak melibatkan pengeluaran peluh dilakukan samada di sawah padi, di kebun getah, di kebun sayur, di kebun nanas dan sebagainya. Keluar seawal pagi dan pulang tatkala matahari sudah meninggi. Berjalan kaki berkilometer jauhnya menjadi rutin.

Anak-anak kecil pula apabila bangun tidur akan keluar bermain di luar rumah. Habis kawasan kampung dijelajahi. Tidak ada semak dan samun yang tidak diterokai. Mereka berlari, berkejar-kejar, berehat dan berlari semula. Jika tidak bermandi peluh bukanlah kanak-kanak namanya.

Bagi yang bersekolah, berjalan kaki atau berbasikal berkilometer jauhnya adalah lumrah.

Tidak perlu kempen bersenam 20 minit tiga kali seminggu atau yang terbaru, berjalan 10 000 langkah seperti yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup sihat kerana rata-ratanya sihat.

Kini segalanya berubah.

Malaysia bukan lagi negara berasaskan pertanian. Malaysia adalah sebuah negara perindustrian dan sedang melangkah setapak demi setapak ke arah menggapai status negara maju.

Seiring perubahan zaman, generasi ibu dan bapa pada masa kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Keluar seawal pagi dan pulang selewat jam 7.00 atau 8.00 malam adalah perkara biasa. Bekerja 9 jam sehari di pejabat ditambah menempuh kesesakan jalan raya untuk pergi dan pulang dari pejabat menjadikan kehidupan semakin singkat. Apabila pulang ke rumah segalanya dibuat oleh mesin. Daripada mesin pembancuh kopi sehinggalah untuk membuka dan menutup pintu pagar rumah, tiada lagi aktiviti yang mengeluarkan peluh yang dilakukan.

Anak-anak pula apabila terjaga daripada tidur akan mengadap komputer atau bermain playstation. Mereka boleh berjam-jam lamanya duduk bermain dengan rakan-rakan dunia maya mereka. Tiada lagi aktiviti yang mengeluarkan peluh sepanjang minggu yang dilakukan.

Natijahnya ialah berita yang kita sama-sama baca di atas.

Persoalannya, inikah modal insan yang diharapkan akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju?

Modal insan yang obes, tidak mahu menjaga makan dan tidak bersenam?

Atau adakah ini salah satu daripada petanda seperti yang telah di Sabdakan oleh Rasulullah SAW suatu ketika dulu, betapa banyaknya umat Islam di akhir zaman nanti tidaklah memberikan banyak manfaat?

Diriwayatkan  dari Tqausan r.a Rasulullah SAW bersabda: “akan terjadi, bersatunya bangsa-bangsa didunia menyerbu kalian seperti sekelompok orang menyerbu makanan”. Salah seorang sahabat bertanya: “apakah karena jumlah kami dimasa itu sedikit”. Rasulullah menjawab : “jumlah kalian banyak tapi seperti buih dilautan. Allah mencabut rasa takut dari dada musuh-musuh kalian dan Allah menanamkan penyakit ‘wahan’ dalam hati kalian.” Lalu ada yang bertanya lagi :“apakah penyakit ‘wahan’ itu ya rasulullah?” Beliau bersabda : “ Cinta kepada dunia dan takut mati!”. (Silsilah hadist shahih no.958).

Kalau sudah obes dan tidak sihat, apalah lagi yang boleh diharapkan untuk pergi berperang mempertahankan Islam?

Nampaknya Firman Allah SWT di bawah ini masih terlalu jauh untuk ditujukan kepada umat Islam khususnya di Malaysia.

Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. (Anfaal : 65 )


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: