Cantik itu pembunuh

“Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan,” monolog saya tatkala melihat katalog sebuah syarikat MLM antarabangsa yang menjual produk-produk kecantikan di atas meja teman saya.

Di pasaran terdapat pelbagai produk kecantikan samada yang dihasilkan oleh anak tempatan mahupun yang diimport dari luar negara. Harganya pula bermula dari serendah puluhan ringgit dan boleh mencecah ribuan ringgit. Jika kita perhatikan baik-baik, kita akan melihat bahawa kecantikan yang dikejar pada hari ini adalah yang berasaskan hawa nafsu, yang berkaitan dengan kulit dan bentuk badan dan terlalu jauh sekali dengan petunjuk agama.

Islam sebagai agama yang diturunkan oleh Allah SWT untuk kesejahteraan manusia menitik beratkan kecantikan hati juga kecantikan zahir, dan tidak merestui umatnya untuk berpakaian selekeh, tidak terurus atau kelihatan tidak ‘presentable’ dan professional. Asalkan tidak bercanggah dengan landasan syariat, umat Islam bebas untuk menjadi cantik. Pendirian ini boleh diperhatikan menurut hadis yang direkodkan oleh al-Imam Muslim di mana Baginda Rasulullah SAW telah bersabda,

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa parasmu dan tubuh badanmu tetapi Dia melihat kepada kebersihan hatimu”

Dan hadis ini yang juga riwayat al-Imam Muslim,

“Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Dua kelompok daripada penghuni Neraka yang aku tidak pernah melihatnya (semasa hidupku): Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu dan mereka melibas-libas orang dengannya. Yang kedua adalah wanita yang akan telanjang walaupun mereka sedang berpakaian, perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya seumpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaannya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

Namun kini apa yang terjadi adalah sebaliknya. Kerana terlalu obsess untuk menjadi cantik, pelbagai keburukan telah muncul dan mangsanya ramai di kalangan wanita dek kerana ramainya wanita yang mahu menjadi cantik. Perhatikan apa yang dikatakan oleh Naomi Wolf dalam bukunya, The Beuty of Myth,

“Persatuan Anorexia dan Bulimia di Amerika menjelaskan bahawa setiap tahun lebih kurang sejuta wanita Amerika diserang penyakit anorexia dan bulimia dan daripada jumlah ini, 150 000 telah meninggal dunia disebabkan oleh penyakit anorexia.”

Anorexia nervosa ialah suatu penyakit mental yang menyebabkan seseorang tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk dan tidak cantik. Penyakit ini selalu menyerang remaja-remaja perempuan. Bulimia nervosa pula ialah suatu penyakit mental yang juga lumrah di kalangan remaja-remaja perempuan di mana pada suatu ketika, penghidap bulimia akan makan secara berlebihan dan kemudiannya melakukan tindakan yang boleh menyebabkan mereka muntah ataupun cirit (untuk mengeluarkan makanan yang telah dimakan) samada melalui pengambilan ubat atau dengan cara-cara lain. Kenapa dan mengapa ini terjadi ialah kerana risau kegemukan akan menghinggapi diri dan imej negatif yang dikaitkan dengannya.

Juga perhatikan apa yang dikatakan oleh Nancy Etcoff dalam bukunya, Survival of the Prettiest: The Science of Beuty,

“Pada tahun 1996 sebanyak 700 000 wanita menjalani pembedahan kecantikan di Amerika. Di Brazil, jumlah wanita yang manjadi ahli Avon adalah lebih ramai daripada jumlah tentera yang sanggup mempertahankan negara. Di Amerika, perbelanjaan membeli barangan kecantikan mengatasi perbelanjaan untuk pendidikan dan khidmat sosial. Melihat kepada gelagat manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi kecantikan, dan untuk itu sanggup mendedahkan diri kepada risiko-risiko besar, ia seolah-olah menampakkan kehidupan keseluruhannya hanya untuk kecantikan semata-mata”

Ya, seolah-olah hidup hanya untuk kecantikan semata-mata.

Sesungguhnya hidup kita ini adalah terlalu singkat untuk disia-siakan. Justeru, marilah sama-sama kita mengubah fokus kita kepada mengapa kita semua diciptakan. Firman Allah SWT di dalam surah adz-Zaariyat ayat 56 dan al-Fathiir ayat 39,

”Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku”

”Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi”

Oleh sebab itu, marilah kita laksanakan tugas kita yang cukup berat itu. Beribadah kepada Allah SWT dan menjadi khalifah di muka bumi ini menuntut fokus dan pengorbanan kita dari segi masa, tenaga dan harta yang tidak kurang sedikit. Lantas, apakah perlu hidup kita dihabiskan untuk kecantikan semata-mata?

Marilah kita bersederhana dalam berpakaian juga dalam menghias rumah, dalam berkenderaan juga dalam bermuamalat dan renungilah firman Allah SWT di dalam surah al-Hujuraat ayat 49,

“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”

Lantas apa perlu cantik zahir semata-mata jika bukan itu yang dinilai oleh Allah SWT?

Kalaulah kita mengetahui.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: