Menerima Hukum Islam: Ia tidak semudah menerima hakikat 1+1=2

Heboh tentang isu sumbangan sebanyak RM 100 oleh kerajaan sebuah negeri di utara tanah air kepada warga emas suatu ketika dulu yang dikatakan bersumberkan hasil yang haram.

Maka diputar-putarlah isu tersebut di media elektronik dan dipampang-pampanglah di media cetak utama negara mengecam hal terbabit.

Apa, ingat umat Islam sudah kebulur sangat ker?

Saya adalah antara orang yang memiliki perasaan terbabit ketika isu tersebut heboh.

Namun lama kelamaan, setelah reda kemarahan di hati, saya mula melakukan pembacaan lanjutan. Para pembaca sekalian boleh juga membaca di sini, artikel oleh Ustaz Zaharudin dan artikel oleh Dr Asri.

Ok, begitu rupanya. Maka saya dengan senang hati menerima pendapat mereka.

Tadi tatkala berkunjung semula ke blog Ustaz Zaharudin, rupa-rupanya isu ini masih lagi belum selesai (artikel). Penjelasan yang telah dibuat sebelum ini rupanya tiada upaya untuk membuatkan segelintir pihak diam dan menerima.

Rupanya ia tidak semudah menerima hakikat 1+1=2.

Ia memerlukan hati dan minda yang bersih daripada ketaksuban terhadap mana-mana pihak, ideologi politik, pendirian politik, sikap dan pelbagai lagi untuk berupaya menerima apa-apa ketentuan yang diputuskan oleh  neraca agama.

Makin banyaklah kerja para da’ie sekalian.

Sungguh, sekadar menghabiskan silibus usrah atau pengajian kitab tidak mampu melahirkan umat Islam yang bersedia menerima.

Buktinya sudah sekian banyak.

 

 

3 responses

  1. Salam,
    Best baca blog ni, keep up the gud work. blog yg awal2 taught me a lot. saya ada masalah, betul2 perlukan pertolongan sebelum saya lebih merosakkan jiwa saya. saya rasa awak boleh tolong. tapi saya xboleh nak cerita dekat sini. boleh bagi email address? saya email private.
    atau mungkin ada cara lain… tolong bagitahu

  2. adeh, ayt sadis nih… ;p hihi
    abaikan ek

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: