Puduraya tinggal kenangan?

“Akak, saya nak tuka tiket ni, tuka ke bulan november,” saya meminta.

“Ok, sekejap akak check, ok, casnya ialah RM 17.50,” permintaan saya diluluskan.

“Eh, mahalnya?” saya terkejut.

“Kalau tuka tiket ni kepada awal sehari ke, lewat sehari ke, dua tiga hari ke, casnya murah sket. Tapi kalau tuka ke tarikh yang lagi jauh, casnya mahal. Dalam kes ni, casnya ialah 50% daripada harga tiket,” kakak di kaunter tiket itu memberikan penjelasan.

“Ok, tuka je la, naik kat pudu boleh tak? Puda dah buka bulan november?” saya bertanya.

“Tak kan buka dah, bas-bas  akan berada di bukit jalil dan hentian Duta jer,” beliau memberitahu.

“Oooo,” saya mengambil tiket dan berlalu.

Hentian Puduraya

Puduraya yang mula dibuka pada 2 Oktober 1976 (Source)  telah banyak berjasa kepada sebahagian besar warga Malaysia. Ketika mana sebahagian besar rakyat Malaysia tidak mampu membeli kereta, pudurayalah tempat mereka bertandang apabila membuat perjalanan jarak jauh ke ibu kota dengan bas ekspres.

Tetapi kepesatan pembangunan di sekitarnya dan mungkin juga kelemahan perancangan bandar telah menyebabkan Hentian Puduraya dan bas-bas yang menujunya menjadi sasaran kritikan setiap kali kesesakan jalan raya berlaku di sepanjang jalan ke sana.

Untuk mengatasi masalah tersebut, maka dibinalah Hentian Duta untuk menempatkan bas-bas yang membuat perjalanan ke utara Semenanjung Malaysia dan meninggalkan bas-bas yang membuat perjalanan ke selatan Semenanjung di Hentian Puduraya. Tetapi kerana kesukaran akses untuk ke sana, Hentian Duta tidak menjadi pilihan orang ramai berbanding Hentian Puduraya yang boleh di akses dengan LRT, bas dan taxi berbanding Hentian Duta yang tidak memiliki akses kepada kemudahan LRT dan hanya terhad kepada bas serta taxi.

Terminal Pengangkutan Bersepadu

Buat masa ini, bas-bas yang akan membuat perjalanan ke utara dan selatan Semenanjung beroperasi di Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai hentian sementara manakala bas-bas yang membuat perjalanan ke utara sahaja beroperasi di Hentian Duta.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Source), Terminal Pengangkutan Bersepadu di Bandar Tasik Selatan yang sedang dibina akan dijadikan hab bas ekspres tunggal di ibu negara untuk ke semua destinasi di Semenanjung Malaysia. Dalam perancangan jangka panjang itu, Hentian Puduraya yang kini sedang dinaik taraf akan berfungsi sebagai hab perkhidmatan bas dalam bandar sahaja. Dengan itu Hentian Duta dan Hentian Putra pula akan ditamatkan operasinya.

Oooo… barulah faham. Hentian Puduraya tetap akan dibuka tetapi bukan lagi untuk bas-bas ekspres. Hanya untuk bas-bas dalam bandar sahaja. Bagus jugak sebenarnya kerana buat masa ini hab-hab bas Rapid KL ada di pelbagai tempat seperti di Pasar Seni, KL Sentral dan sebagainya. Ini sedikit sebanyak telah menyukarkan pergerakan warga kota juga menjauhkan mereka daripada perkhidmatan bas. Akhirnya kereta sendiri juga yang digunakan dan semakin sesaklah jalan-jalan raya di ibu kota.

Apapun, kita mengharapkan Terminal Pengangkutan Bersepadu sebagai hab bas ekspres dan Hentian Puduraya sebagai hab perkhidmatan bas dalam bandar mampu meningkatkan taraf pengakutan awam di Malaysia secara keseluruhan. Apa-apa usaha untuk meningkatkan taraf perkhidmatan awam di Malaysia sudah seharusnya disokong.

Dan dengan terbinanya Terminal Pengangkutan Bersepadu, tinggallah kenangan Hentian Puduraya sebagai hab bas-bas ekspress.

Tapi tak sesak ke kawasan pusat bandar walaupun Hentian Puduraya hanya untuk bas-bas dalam bandar sahaja?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: