Al-Quran pasca Ramadhan

Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan  Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil) Al-Baqarah 185

Syukur, kita telahpun menempuhi bulan Ramadhan selama 30 hari dan kini berada di bulan Syawal.

Mudah-mudahan ‘Kursus – Kembali kepada Fitrah’ yang telah disediakan oleh Allah SWT itu dan diwajibkan pula kepada setiap umat Islam yang beriman akan memberi kesan yang baik kepada kita.

Baik kepada amalan kita sehari-harian.

Baik kepada akhlak kita.

Dan yang paling utama, baik kepada Iman kita.

Namun ada suatu yang menggusarkan saya.

Apakah nasib kitab suci kita, Al-Quran yang mulia usai Ramadhan.

Kerana tatkala datangnya bulan Ramadhan, Al-Quran boleh dibaca sehingga selesai 30 juzu’ walaupun ketika 11 bulan sebelumnya, bukan sahaja tidak mampu khatam bahkan dibuka pun tidak.

Lebih biadab lagi ialah jika Al-Quran ditinggal terus tanpa dibaca usai Ramadhan.

Lantas untuk apakah khatam Al-Quran di bulan Ramadhan jika selepas Ramadhan Al-Quran ditinggalkan?

Adakah Al-Quran hanya untuk dibaca di bulan Ramadhan?

Sungguh, biadap sungguh manusia yang bersungguh-sungguh membaca Al-Quran di bulan Ramadhan sehingga khatam tetapi meninggalkan terus Al-Quran usai Ramadhan.

Al-Quran sepatutnya terus dibaca, tidak mengapa jika kuantitinya berkurangan, asalkan kekal dibaca.

Tidak mengapa jika khatam Al-Quran di bulan Ramadhan tetapi selepasnya hanya khatam setiap 2/3/4/5/6/7/8/9/10/11 bulan sekali asalkan tidak terus ditinggal.

Semoga peringatan ini bermakna untuk semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: