Ramadhan 1431 H: Produktifkah kita?

Ramadhan adalah bulan yang cukup ditunggu-tunggu oleh Rasulullah saw dan para sahabat baginda.

Bulan yang penuh dengan barakah itu juga pernah melihat kegemilangan umat Islam suatu ketika dahulu. Kemenangan dalam peperangan Badar, pembebasan kota Makkah, pembukaan Andalusia, pembebasan Baitul Maqdis oleh Salahuddin al-Ayyubi dan pelbagai lagi peristiwa kehebatan umat Islam berlaku di bulan Ramadhan.

Ternyata ibadah puasa tidak membantutkan gerak kerja umat Islam pada dahulu.

Namun kini, banyak yang berubah.

Tunisia

“Kenapa dia berkata begitu? Dia tak faham al-Quran dan Sunnah ke?” seorang hadirin ceramah mengkritik.

“Apa dia tidak baca sirah? Buta sejarah?” tambah seorang lagi.

Semua naik angin.

Marah dengan Habib Bourguiba.

Beliau adalah Presiden Tunisia yang pertama, memerintah dari tahun 1957 hingga 1987.  Bourguiba selalu disinonimkan dengan Mustafa Kemal Ataturk kerana keghairahannya kepada pembaratan yang disamakan dengan pemodenan.

Isunya ialah pada tahun 1961. Habib Bourguiba telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan penjawat awam di negaranya, Tunisia, berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi menegaskan arahan itu, beliau dan anggota kabinetnya telah muncul secara langsung di kaca televisyen pada tengah hari bulan Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai.

Alasan Habib Bourguiba senang sahaja, berpuasa mengurangkan produktiviti negara!

Artikel rujukan: http://saifulislam.com/?p=6559

Muhasabah Diri

Hari ini adalah adalah hari ke-22 berpuasa dan malam ke-23 berterawih. Bagi sesiapa yang berazam untuk mengkhatamkan Al-Quran pada Ramadhan kali ini maka bacaannya patut sampai ke juzuk ke-23 malam ini. Saya ketinggalan dalam hal ini. Insya-Allah masih sempat untuk dikejar dan mudah-mudahan golongan yang tidak mampu membaca Al-Quran dengan laju seperti saya (kerana lemahnya penguasaan takwid) tidak patah semangat untuk terus berusaha bagi mengkhatamkan Al-Quran pada bulan ini.

Di sepanjang Ramadhan kali ini saya telah berjaya menyelesaikan laporan projek kerjasama antara supervisor saya dengan sebuah pusat penyelidikan awam. Laporan setebal hampir 40 muka surat itu telah pun saya siapkan kira-kira sebulan yang lepas. Bermula dengan hanya 5 muka surat, jumlahnya bertambah sedikit demi sedikit seiring dengan jumlah meeting yang diadakan.

Saya juga telah berjaya menghantar chapter data terakhir saya dan satu artikel untuk penerbitan kepada supervisor saya untuk semakan. Sekarang saya dalam proses untuk menyiapkan artikel yang kedua.

Persoalannya, produktifkah saya?

Adakah puasa telah menjadikan badan saya lemah dan otak saya lembab?

Jika dinilai dari segi perancangan saya sehingga sebelum hari raya Aidilfitri menjelang, saya hanya perlu menyiapkan artikel yang kedua itu sahaja untuk menyelesaikan segala tugas-tugas yang telah dirancang. Insya-Allah jika tiada halangan, esok atau isnin hadapan sudah boleh dihantar untuk semakan.

Syukur.

Segala yang dirancang menjadi.

Pembaca yang lain, bagaimana Ramadhan anda?

Produktifkah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: