Selepas 10 tahun

Saya khatam Al-Quran buat pertama kali di hadapan guru adalah ketika usia menginjak ke angka 13 tahun.

Saya mula belajar mengaji ketika berusia 5 tahun. Bermula dengan Muqaddam saya berpindah ke Al-Quran ketika usia menginjak ke angka 10 tahun.

Saya dipuji oleh guru Al-Quran saya kerana ‘cepat tangkap’ dan cepat ‘mengenal’. Katanya saya boleh khatam awal.

Namun tatkala berpindah ke blok kediaman yang baru, yang jauh daripada blok kediaman lama di mana guru saya itu tinggal, saya hanya mengaji 2 hari seminggu sehinggalah khatam berbanding 5 hari seminggu sebelum ini.

Khatam AL-Quran

Saya menyertai upacara khatam Al-Quran beramai-ramai di masjid tempat kediaman saya di penghujung tingkatan 2, hanya kerana terlepas untuk mendaftarkan diri ketika di penghujung tingkatan 1.

Sayang sekali.

Tiga atau empat hari sebelum acara itu berlangsung, sekalian peserta dan guru-guru mereka dikumpulkan di surau lama kediaman saya untuk sesi memperdengarkan bacaan masing-masing kepada seorang pak cik. Ye la, dah khatam kan.

Lantas bermacam-macam lah bunyi yang keluar.

Senang cerita, hanya anak-anak murid pak cik yang berkenaan sahaja yang mampu membaca dengan tepat, tartil dan hampir sempurna (mana ada orang sempurna kan) dari segi tajwidnya.

Walaupun mereka tidak ber’lagu’, namun ketepatan makhraj dan sifat huruf yang dilontarkan oleh mereka sudah cukup untuk menjadikan bacaan mereka sedap didengar. Sungguh tenang saya mendengarnya.

Yang lain termasuklah saya hanya boleh membaca tetapi tajwid tunggang langgang. Pendek kata, hancusss…

Kami datang semula di sebelah petang dan malam untuk berlatih memperbetulkan apa-apa yang salah dengan bantuan pak cik berkenaan dan kemudian rutin kami di setiap pagi, petang dan malam di surau berkenaan hanyalah untuk itu…!

Tajwid punya pasal.

Namun syukur, di hari upacara khatam Al-Quran itu berlangsung, segalanya berjalan lancar walaupun saya melihat kadang kala pak cik hanya tersenyum kelat, tanda jauh daripada berpuas hati dengan kualiti bacaan yang kami perdengarkan.

Ternyata 3 hari latihan intensif tidak mampu memperbetulkan sepenuhnya bacaan kami.

Pasca Khatam Al-Quran

Sebelum hari upacara khatam Al-Quran itu berlangsung, pak cik ada membekalkan kami kami dengan sepucuk surat kepada ibu bapa peserta memberitahu bahawa walaupun kami sudah boleh membaca Al-Quran dengan lancar, kami masih lagi jauh daripada mampu membaca dengan sempurna dari segi tajwidnya.

Jesteru dia menyarankan untuk kami datang semula ke kelas Al-Quran kelolaannya selepas upacara khatam Al-Quran bagi memperbetulkan tajwid kami terutamanya daripada aspek sebutan.

Kelas itu akan dilangsungkan setiap hari Ahad sehingga Rabu mulai jam 8.00 – 10.00 malam tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

Daripada 40 orang peserta, hanya 10 orang yang menyahut seruan tersebut termasuklah saya.

Turun Pangkat

Dalam kelas pertama kami, kami diberikan taklimat dan seterusnya diminta untuk tidak lagi membawa Al-Quran.

Kami diminta untuk membawa Muqaddam…!

Kami akan belajar mengeja daripada huruf Alif sehinggalah Ya’, kami akan belajar menyebut huruf Alif sehinggalah Ya’ dan seterusnya membaca surah Al-Fatihah sehingga An-Nas dengan 3 kali bacaan.

Bacaan pertama ialah mengeja satu demi satu huruf.

Bacaan kedua ialah membunyikan kalimah demi kalimah.

Bacaan ketiga ialah membaca lengkap sebagai satu surah.

Dengan jumlah contact hour 8 jam seminggu, kami semua berjaya menyelesaikan pengajian kami di peringkat Muqaddam kira-kira 6-7 bulan selepas itu dengan jumlah peserta yang tinggal hanya 6 orang berbanding 10 orang ketika memulakan pengajian.

Membaca Al-Quran

Sehingga hujung tahun 2000, dalam masa 4-5 bulan kami berjaya membaca Al-Quran dengan 2 kali bacaan (bacaan kedua dan ketiga kerana kami tidak perlu lagi mengeja) sehingga ke awal surah Al-Imraan.

Pada tahun seterusnya saya berhenti belajar untuk memasuki MRSM.

Agak terkilan juga kerana tidak berpeluang untuk mengkhatamkan Al-Quran di hadapan pak cik tersebut yang bukan sahaja mengajar takwid kepada saya bahkan juga mengajar cara untuk membunyikan sekali.

Berbeza ketika di sekolah, aspek membunyikan tidak sangat ditekankan.

Maka tajiwd kekal sebagai teori tanpa praktikal.

Alam siswa

Ketika memasuki universiti untuk pengajian peringkat ijazah pertama, saya memasang impian untuk kembali mengaji dengan pak cik berkenaan memandangkan jarak rumahnya yang tidaklah terlalu jauh.

Namun saya tidak memiliki kenderaan.

Juga saya sibuk dengan pelbagai program sana sini.

Ditambah pula duduk di kolej yang jika tidak ke kuliah, ke meeting atau programlah saya.

Lantas impian kekal impian.

Selepas 10 tahun

Saya menyertai Bengkel Tahsinul Quran selama 2 hari.

Terlalu banyak yang saya pelajari terutamanya dari segi teori.

Kalau dulu belajar dalam setahun, tidak sampai 5 hukum tajwid yang saya pelajari kerana kami akan di ajar seiring penguasaan kami akan apa yang telah kami belajar.

Juga sedikit-sedikit latihan membunyikan.

Sungguh seronok walaupaun sangat mengantuk kerana berqiam pada pagi sebelum itu tanpa mendapat tidur walaupun sejam.

Teringat kembali nostalgia lama ketika belajar 10 tahun yang lalu.

Semoga pak cik dan Ustaz dikurniakan balasan baik dunia dan akhirat kerana komitmen kalian untuk membawa anak bangsa kembali kepada Al-Quran.

Insya-Allah.

Saya khatam Al-Quran buat pertama kali di hadapan guru adalah ketika usia menginjak ke angka 13 tahun.

Saya mula belajar mengaji ketika berusia 5 tahun. Bermula dengan Muqaddam saya berpindah ke Al-Quran ketika usia menginjak ke angka 10 tahun.

Saya dipuji oleh guru Al-Quran saya kerana ‘cepat tangkap’ dan cepat ‘mengenal’. Katanya saya boleh khatam awal.

Namun tatkala berpindah ke blok kediaman yang baru, yang jauh daripada blok kediaman lama di mana guru saya itu tinggal, saya hanya mengaji 2 hari seminggu sehinggalah khatam berbanding 5 hari seminggu sebelum ini.

Khatam AL-Quran

Saya menyertai upacara khatam Al-Quran beramai-ramai di masjid tempat kediaman saya di penghujung tingkatan 2, hanya kerana terlepas untuk mendaftarkan diri ketika di penghujung tingkatan 1.

Sayang sekali.

Tiga atau empat hari sebelum acara itu berlangsung, sekalian peserta dan guru-guru mereka dikumpulkan di surau lama kediaman saya untuk sesi memperdengarkan bacaan masing-masing kepada seorang pak cik. Ye la, dah khatam kan.

Lantas bermacam-macam lah bunyi yang keluar.

Senang cerita, hanya anak-anak murid pak cik yang berkenaan sahaja yang mampu membaca dengan tepat, tartil dan hampir sempurna (mana orang sempurna kan) dari segi tajwidnya. Walaupun mereka tidak ber’lagu’, namun ketepatan makhraj dan sifat huruf yang dilontarkan oleh mereka sudah cukup untuk menjadikan bacaan mereka sedap didengar. Sungguh tenang saya mendengarnya. Yang lain termasuklah saya hanya boleh membaca tetapi tajwid tunggang langgang. Pendek kata, hancusss…

Kami datang semula di sebelah petang dan malam untuk berlatih memperbetulkan apa-apa yang salah dengan bantuan pak cik berkenaan dan kemudian rutin kami di setiap pagi, petang dan malam di surau berkenaan hanyalah untuk itu…!

Tajwid punya pasal.

Namun syukur, di hari upacara khatam Al-Quran itu berlangsung, segalanya berjalan lancar walaupun saya melihat kadang kala pak cik hanya tersenyum kelat, tanda jauh daripada berpuas hati dengan kualiti bacaan yang kami perdengarkan.

Ternyata 3 hari latihan intensif tidak mampu memperbetulkan sepenuhnya bacaan kami.

Pasca Khatam Al-Quran

Sebelum hari upacara khatam Al-Quran itu berlangsung, pak cik ada membekalkan kami kami dengan sepucuk surat kepada ibu bapa peserta memberitahu bahawa walaupun kami sudah boleh membaca Al-Quran dengan lancar, kami masih lagi jauh daripada mampu membaca dengan sempurna dari segi tajwidnya.

Jesteru dia menyarankan untuk kami datang semula ke kelas Al-Quran kelolaannya selepas upacara khatam Al-Quran bagi memperbetulkan tajwid kami terutamanya daripada aspek sebutan.

Kelas itu akan dilangsungkan setiap hari Ahad sehingga Rabu mulai jam 8.00 – 10.00 malam tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

Daripada 40 orang peserta, hanya 10 orang yang menyahut seruan tersebut termasuklah saya.

Turun Pangkat

Dalam kelas pertama kami, kami diberikan taklimat dan seterusnya diminta untuk tidak lagi membawa Al-Quran.

Kami diminta untuk membawa Muqaddam…!

Kami akan belajar mengeja daripada huruf Alif sehinggalah Ya’, kami akan belajar menyebut huruf Alif sehinggalah Ya’ dan seterusnya membaca surah Al-Fatihah sehingga An-Nas dengan 3 kali bacaan.

Bacaan pertama ialah mengeja satu demi satu huruf.

Bacaan kedua ialah membunyikan kalimah demi kalimah.

Bacaan ketiga ialah membaca lengkap sebagai satu surah.

Dengan jumlah contact hour 8 jam seminggu, kami semua berjaya menyelesaikan pengajian kami di peringkat Muqaddam kira-kira 6-7 bulan selepas itu dengan jumlah peserta yang tinggal hanya 6 orang berbanding 10 orang ketika memulakan pengajian.
Membaca Al-Quran
Sehingga hujung tahun 2000, dalam masa 4-5 bulan kami berjaya membaca Al-Quran dengan 2 kali bacaan (bacaan kedua dan ketiga kerana kami tidak perlu lagi mengeja) sehingga ke awal surah Al-Imraan.
Pada tahun seterusnya saya berhenti belajar untuk memasuki MRSM.
Agak terkilan juga kerana tidak berpeluang untuk mengkhatamkan Al-Quran
di hadapan pak cik tersebut yang bukan sahaja mengajar takwid kepada saya bahkan juga mengajar cara untuk membunyikan sekali.
Berbeza ketika di sekolah, aspek membunyikan tidak sangat ditekankan.
Maka tajiwd kekal sebagai teori tanpa praktikal.
Alam siswa
Ketika memasuki universiti untuk pengajian peringkat ijazah pertama, saya memasang impian untuk kembali mengaji dengan pak cik berkenaan memandangkan jarak rumahnya yang tidaklah terlalu jauh.
Namun saya tidak memiliki kenderaan.
Juga saya sibuk dengan pelbagai program sana sini.
Ditambah pula duduk di kolej yang jika tidak ke kuliah, ke meeting atau
programlah saya.
Lantas impian kekal impian.
Selepas 10 tahun
Saya menyertai Bengkel Tahsinul Quran selama 2 hari.
Terlalu banyak yang saya pelajari terutamanya dari segi teori.
Kalau dulu belajar dalam setahun, tidak sampai 5 hukum tajwid yang saya pelajari kerana kami akan di ajar seiring penguasaan kami akan apa yang telah kami belajar.
Juga sedikit-sedikit latihan membunyikan.
Sungguh seronok walaupaun sangat mengantuk kerana berqiam pada pagi sebelum itu tanpa mendapat tidur walaupu sejam.
Teringat kembali nostalgia lama ketika belajar 10 tahun yang lalu.
Semoga pak cik dan Ustaz dikurniakan balasan baik dunia dan akhirat kerana komitmen kalian untuk membawa anak bangsa kembali kepada
Al-Quran.
Insya-Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: