Lelaki lembut

“Saya nak cari Research Assisstant (RA) baru….,” kata supervisor saya beberapa hari yang lalu.

“Ok, geran pun masih banyak bakinya…,” jawab saya untuk menjustifikasikan keperluan mengambil RA lagi.

Tiba-tiba seorang pensyarah lain masuk ke bilik supervisor saya itu dan bertanyakan sesuatu kepada supervisor saya.

“Lelaki lembut ni bagus kan….” supervisor saya pula bercerita.

“Yes, buktinya ko tengok la si fulan bin so fulan tu, laju jer buat keje. Senyum je la supervisor dia…” pensyarah yang muncul tadi itu mengiayakan kata-kata supervisor saya.

“Oooo…” saya tidak tahu bagaimana mahu memberikan respon.

“Betul, nak cari lelaki ‘keras’ cam kamu yang boleh buat keje, boleh solve problems skang susah. Yang ada yang bagi problem. Banyak pensyarah skang ni complaint..” supervisor saya menambahkan hujahnya.

“Ok…” saya masih lagi tidak tahu bagaimana mahu memberikan respon.

Telinga saya agak kepanasan dan pada masa yang sama hati saya sayu memikirkan kesimpulan yang dibuat oleh pensyarah-pensyarah tersebut.

Realiti Semasa

Tidak saya nafikan bahawa apa yang diutarakan oleh supervisor saya selain pandangan pensyarah-pensyarah lain akan ke’pantasan’ lelaki-lelaki lembut ini menyelesaikan tugas ada kebenarannya.

Pengalaman sejak sekolah menengah, alam matrikulasi, undergraduate dan ketika bergelar pelajar siswazah sedikit sebanyak menyokong kesimpulan pensyarah-pensyarah tersebut.

Golongan lelaki lembut memang pantas menyelesaikan tugas-tugas mereka selain memiliki mulut yang ‘lebih lajak dari laju’ (tidaklah semua).

Ada juga antara mereka yang menjadi top scorer dalam sesuatu subjek atau assignment.

Namun jumlahnya tidaklah terlalu ramai berbanding sahabat-sahabat lelaki keras saya. Kesimpulannya berdasarkan pemerhatian saya, lelaki-lelaki keras bukan sahaja masih lebih ramai berbanding lelaki-lelaki lembut dari segi kuantiti bahkan juga dari segi kualiti.

Sekadar renungan

Keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan merujuk kepada larangan (pengharaman) asal Nabi Muhammad SAW terhadap lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki dalam hadis yang bermaksud: “Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Riwayat Bukhari)

(Secondary Source: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1681:isu-pengkid&catid=16:isu-nasional)

dan

Keputusan FATWA KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN:

“Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada hari ini 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid,iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam.

Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.

SUMBER: Jawatankuasa Syariah Negeri Perak

(Secondary Source: http://ustaznaim.blogspot.com/2009/07/hukum-wanita-menyerupai-lelaki-pengkid.html)

Walaupun lelaki yang lembut tidak semestinya terlibat dengan gejala sosial yang parah atau yang jijik lagi menjijikkan, menyedari bahawa diri ini adalah lelaki dan hidup juga sebagai lelaki adalah suatu kewajipan.

Seandainya anda mendakwa bahawa anda memiliki naluri keperempunan yang saban hari mendesak diri anda untuk bersikap dan hidup sepertimana kaum hawa, maka terimalah hakikat bahawa itu semua adalah bisikan-bisikan syaitan ataupun datangnya daripada nafsu sendiri yang telah ditarbiyyah oleh syaitan.

Firman Allah swt,

Maka Allah swt mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan. Maka beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya. Dan sungguh rugi bagi orang yang mengotorinya (As-Syams 91:8-10).

Lantas tatkala telah jelas dan paham bahawa itu adalah bisikan-bisikan syaitan ataupun daripada nafsu yang telah ditarbiyyah oleh syaitan, usahakanlah untuk mengekang diri daripada mengikuti saranan-saranan yang keji itu.

Yakinlah bahawa Allah swt sentiasa bersama dengan kita. Mintalah pertolongan Allah swt. Sungguh tiada manusia yang mampu membantu kita selain Allah swt.

Wahai sekalian lelaki di luar sana, tidak mengira yang lembut atau yang keras, ingatlah bahawa kita yang telah dijadikan lelaki telah ter’taklif’ ke atas kita sekian-sekian tanggungjawab dan tugas langsung daripada Allah swt yang nantinya akan disoal oleh-Nya.

Buat lelaki-lelaki keras pula, bimbanglah andai kegagalan kita (lelaki-lelaki keras) untuk menjadi lebih produktif akan menjadi fitnah ke atas kalian bahawa lelaki-lelaki keras semuanya hopeless atau menjadi motivasi kepada lelaki lembut untuk kekal dalam kelembutan pilihan mereka sendiri.

Nauzubillah…

Marilah berubah…!

2 responses

  1. marilah berubah!!!….baikkk!!!

  2. betul tu..ayuh anjakan paradigma

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: