Dalam sehari cuma ada 24 jam

Rabu yang lepas, 21 Julai 2010 saya menemani supervisor dan co-supervisor saya ke PRPI 2010 bertempat di Dewan Besar atas jemputan pihak penganjur yang mahukan produk yang terhasil daripada kajian peringkat sarjana senior saya dibentangkan di sana untuk tujuan pengkomersilan.

Kami sampai awal dan berkesempatan mendengar dan melihat seorang bekas pensyarah berkongsi liku-liku kehidupannya untuk mengkomersilkan hasil kajiannya selama lebih daripada 10 tahun.

Saya tidaklah begitu tertarik dengan segala aspek sains yang terhimpun di sebalik kajiannya kerana itu bukanlah bidang kajian saya. Lagipun kepala saya telah penuh untuk menerima apa-apa maklumat baharu pada hari tersebut. Apa yang saya fikirkan ialah untuk bersegera pulang ke fakulti bagi menyelesaikan beberapa persolan bersangkut paut dengan thesis saya.

Beliau memberitahu para hadirin, bahawa setiap daripada kita hanya memiliki 24 jam sehari. Barangsiapa yang memilih untuk terlibat dengan kajian-kajian sehingga berjaya ke peringkat pengkomersilan, maka individu itu hendaklah bersedia untuk melakukan pengorbanan.

Sebagai pensyarah, tugas hakikinya ialah untuk mengajar di dewan kuliah, menyelia pelajarnya melakukan penyelidikan, menulis artikel atau buku untuk penerbitan berimpak tinggi. Ada pula yang terlibat dengan ISO, jawatankuasa itu dan ini lantas menjadikan masanya begitu terhad. Jesteru pesannya, jika mahu terlibat dengan kajian-kajian sehingga berjaya ke peringkat pengkomersilan, maka terpaksalah masa yang telah sedia sedikit yang tinggal untuk hal-hal lain seperti beriadah bersama keluarga, bercuti dan sebagainya dikorbankan kerana kerap masalah yang timbul berkaitan hal-hal pengkomersilan hanya dapat diselesaikan selain waktu pejabat.

Beliau menutup sesi perkongsiannya dengan ‘kekesalan’ bahawa walaupun berjaya membawa penyelidikannya kepada produk yang memberi manfaat yang banyak kepada orang ramai selain jumlah zakat dan derma terkumpul mencecah jutaan ringgit, beliau tidak mampu bergelar Professor kerana kekurangan merit.

Saya termenung panjang selepas itu.

Cuba berfikir dengan jelas tentang apa yang saya mahukan dalam hidup ini.

Yang pasti, masa hanya ada 24 jam sehari.

Jika memilih untuk itu, yang ini terpaksa dilupakan.

Harap tidaklah terpaksa memilih sepertimana Jack Beaur terpaksa memilih dalam cerita 24.

Demi negara, isteri tercinta menjadi korban.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: