Semoga Kebaikan Anda dibalas di Sana…

Enam Maut Akibat Jangkitan Leptospirosis

MARAN 10 Julai – Enam penduduk kampung yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di Hutan Lipur, Lubuk Yu, dekat sini dilapor meninggal dunia dalam tempoh seminggu selepas operasi itu.

Kesemua mereka yang terbabit dalam operasi bermula 26 Jun hingga 30 Jun itu meninggal dunia akibat jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, masing-masing satu kematian dilapor pada 3 Julai, 6 Julai, 7 Julai dan 8 Julai manakala dua kematian pada 9 Julai.

“Mereka mula sakit selepas seminggu menyertai operasi itu, simptom utama adalah demam, batuk, sakit-sakit otot, cirit-birit. Empat orang meninggal di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAH) Temerloh dan dua lagi di rumah mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai kejadian itu di sini, hari ini. – Bernama

Source

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0710&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm

One response

  1. salam.semoga segala kebaikan yg mereka lakukan diberkati oleh Allah.InsyaAllah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: