Kompilasi

Sudah lama saya tidak menulis.

Sejak memulakan internship di Kuala Lumpur, dengan waktu kerja melampaui 9 jam sehari, ditambah dengan pelbagai alien terms yang perlu difahami, kerap saya membawa pulang kerja ke rumah.

Sudahnya thesis yang hanya tinggal chapter terakhir sehingga kini masih gagal disiapkan walaupun cadangnya setiap malam selepas pulang daripada kerja mahu diselak dan dibaca jurnal dan buku-buku teks yang tebal-tebal itu. Nak harapkan hujung minggu pula, sudah berisi dengan pelbagai program semenjak 4 minggu yang lalu.

Oleh sebab itu saya mahu memperuntukkan hujung minggu ini dan minggu hadapan untuk menulis secara intensif. Harapnya dapatlah disiapkan untuk disemak buat kesekian kalinya oleh supervisory committee.

Dalam tempoh sebulan sejak kali terakhir saya menulis di sini, macam-macam berita yang muncul di dada akhbar yang menarik perhatian saya.

1) Judi bola sepak dihalalkan

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Kumpulan Berjaya mendapat hak sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan petang semalam.

Ini berikutan kerajaan meneruskan keputusan untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu berlangsung awal bulan Jun.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.

Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,” ujarnya  kepada pemberita di lobi Parlimen.

Katanya, kerajaan sedang mengkaji perkara itu dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia semakin hampir

Source: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26531:kerajaan-lulus-judi-bola-sepak-piala-dunia&catid=1:utama&Itemid=50

2) Bayi PLKN

PAPAR: Tangisan bayi pada awal pagi yang mengundang ketakutan di kalangan pelatih kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Ovai di sini, terjawab apabila menemui bayi lelaki yang baru dilahirkan rakan mereka di dalam tandas pusat berkenaan, awal pagi semalam.

Bayi yang masih berdarah dan bertali pusat itu ditemui sekumpulan pelatih yang menyiasat arah tangisan berkenaan sebelum mengesan bunyi itu datang dari bilik air.

Sebaik memasuki tandas, kumpulan pelatih berkenaan terkejut melihat rakan mereka dalam keadaan tidak bermaya memegang bayi sebelum menghubungi pihak pengurusan memaklumkan perkara itu.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Nik Zaidi Nik Zakaria mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.


“Pelatih berasal dari Keningau berusia 18 tahun itu melahirkan bayi di dalam tandas kem berkenaan sebelum ditemui pelatih lain yang curiga mendengar bunyi tangisan bayi di kawasan berkenaan.


“Ibu muda bersama bayinya itu dibawa ke Hospital Papar untuk pemeriksaan lanjut dan kini dilaporkan stabil,” katanya.


Katanya, bayi lelaki cukup sifat seberat 2.63 kilogram itu juga stabil dan sedang dirawat di hospital sama.


“Siasatan awal polis mendapati pelatih itu pernah menjalin hubungan rapat dengan lelaki dipercayai kekasih yang menetap di kampungnya di Keningau.

“Ketika mendaftarkan diri di pusat latihan itu pada Mac lalu, pelatih berkenaan dipercayai sudah berbadan dua,” katanya.

Katanya, pelatih itu bijak menyembunyikan kehamilannya sehingga tidak disedari jurulatih dan rakan pelatih lain.


“Semua jurulatih mengaku tidak menyedari mengenai perkara itu sepanjang dua bulan pelatih berkenaan menjalani latihan di kem itu.


“Polis kini sedang mengesan seorang lelaki berusia 20 tahun yang boleh membantu siasatan,” katanya.


Sementara itu, Nik Zaidi turut mengingatkan pihak pengurusan PLKN melakukan pemeriksaan lebih teliti terhadap pelatihnya.

3) Ujian kehamilan dibantah peserta PLKN dibantah

12/05/2010 7:05pm

KUALA LUMPUR 12 Mei — Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dn Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini berkata kementeriannya membantah ujian kehamilan dijalankan sebagai keperluan bagi semua pelatih wanita dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Beliau berkata ini kerana ia membabitkan isu privasi sebagai perkara dasar.

Oleh itu, beliau meminta Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) untuk menimbangkan semula cadangan kementerian bagi memperkenalkan modul kesihatan reproduktif dalam kurikulum PLKN.

Beliau menjelaskan mengikut undang-undang sedia ada, sebarang prosedur yang membabitkan kanak-kanak di bawah 18 tahun memerlukan kebenaran ibu bapa.

“Saya amat bimbang dengan kesejahteraan wanita dan kanak-kanak. Adalah malang jika wanita muda melahirkan anak di dalam situasi itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai respons terhadap satu laporan berita hari ini bahawa seorang pelatih berumur 18 tahun yang melahirkan anak di dalam tandas di kem Ovai di Papar, Sabah. – Bernama

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_31.htm

Sahabat-sahabat pembaca blog ini, jika ditanya, apakah rasionalnya judi mahu dihalalkan?

Judi, walau atas apa namapun sudah diharamkan oleh Allah SWT. Dengan pelbagai kesan buruk yang disebabkan oleh judi, tidak ada manusia yang waras akan mengakui bahawa judi adalah merupakan suatu keperluan dalam hidup ini. Benar, Malaysia tidak membuka tanahnya untuk perniagaan kasino sepertimana Singapura (Singapura dijangka menerima kira-kira USD 6 bilion hasil pembukaan kasino terbarunya) tetapi itu tidak bermakna Malaysia sudah ketandusan sumber pendapatan yang lain.

Masih banyak hasil mahsul bumi Malaysia yang boleh dikormesilkan. Apa yang perlu dilakukan ialah memastikan para penyelidik di negara ini lebih business minded tatkala melakukan penyelidikan. Kurikulum yang menekankan praktikaliti dan pemikiran kreatif hendaklah diperkenalkan setelah sekian lama kurikulum mengingat dan memuntah diguna pakai. Semoga generasi pelajar akan datang lebih berdaya saing di peringkat glokal mahupun global.

Dengan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi, menghalalkan judi bola sepak adalah satu langkah ke hadapan untuk menjahanamkan generasi muda di negara ini. Sifirnya mudah sahaja. Hasil wang haram yang masuk ke perut akan menjadi sebahagian daripada komponen tubuh badan yang nantinya akan dibakar oleh  neraka Allah SWT. Generasi ‘anak judi’ pastinya jauh dan terhindar daripada hidayah dan taufik daripada Allah SWT. Kalaulah begitu jadinya nanti, anak-anak seperti itukah yang hendak kita harapkan untuk menggantikan para pimpinan kita suatu hari nanti?

Nampak gaya ke ‘neraka dunia’lah kita semua akan dipimpin nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: