Takziah…

Source

Tanggal 3 April yang lalu saya sekeluarga berangkat ke Cameeron Highlands dari utara tanah air. Perjalanan pada pagi Sabtu menyelusuri lebuh raya Utara Selatan begitu mendamaikan kerana bebas daripada kesesakan lalulintas.

Kami tiba di exit Simpang Pulai pada lebih kurang 2 jam dari masa kami keluar rumah dan meneruskan pencarian ke simpang sebelah kanan untuk ke Cameeron Highlands. Dengan khidmat GPS yang dibekalkan oleh Proton, kami tiba di simpang yang betul tetapi memilih untuk meneruskan sahaja perjalanan kerana tiada sebarang papan tanda jalan untuk kepastian.

Namun tatkala kami semakin menghampiri Ipoh, kami memutuskan untuk membuat beberapa panggilan telefon dan berpatah balik ke simpang tadi. Ternyata GPS tidak berbohong sebelum ini.

Tiba di simpang tersebut GPS diset semula untuk ke Tanah Rata, Cameeron Highlands. Daripada maklumat GPS, jarak perjalanan adalah 74 km lagi. Dengan keadaan jalan tidak selurus lebuh raya PLUS, ditambah pula dengan ketiadaan pengalaman memandu di laluan tersebut, pastinya saya perlu mengambil masa yang lama sebelum sampai ke puncak.

Ketika hampir sampai ke Tanah Rata, pak cik sebelah ayah menelefon membawa khabar tidak baik. Pak long sebelah ayah, abang kepada ayah telah diserang stroke petang semalam dan keadaan dilaporkan stabil. Lega mendengarnya.

Kami meneruskan perjalanan dan program seperti yang telah dirancangkan dan berkira-kira samada mahu turun dari Cameeron petang itu juga atau bermalam sahaja di sini. Tambahan pula saya mahu bergerak ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Kira-kira jam 630 petang tatkala selesai menamatkan satu-persatu program yang telh dirancangkan, kami bergerak turun ke bawah dengan niat untuk singgah sebentar di Taiping untuk melawat pak long di hospital.

Sesampainya kami di hospital, kelihatan saudara mara ramai berkumpul di bawah dan beransur-ansur naik melawat kerana hanya seorang pelawat dibenarkan masuk untuk satu-satu masa kerana waktu melawat yang rasmi telah tamat.

Selesai melawat kami membuat kesimpulan bahawa pak long semakin sihat dan tiada apa yang hendak dirisaukan lagi. Kami bertolak pulang ke rumah malam itu juga. Saya hanya membayangkan buku-buku yang belum dikemaskan yang perlu saya kemas pada awal pagi keesokan harinya kerana saya mahu melawat pak long sekali lagi dalam perjalan saya ke Kuala Lumpur.

Kerisauan bermula

Jika pada malam ahad kami berasa lega melihat keadaan pak long, dan saya secara peribadi semakin lega ketika tiba di hospital kira-kira jam 1220 tgh hari pada hari ahad, pada petangnya sebelum saya berangkat pulang ke Kuala Lumpur, saya mulai risau kerana pak long semakin lemah.

“Patutkah aku balik,” saya bermonolog sendirian.

Saya perlu melapor diri ke tempat internship keesokan harinya dan sebarang kelewatan tidaklah molek pada pandangan pihak berkenaan.

Saya pulang juga.

Kerisauan bertambah

Tatkala pada isnin malam ayah menelefon mengatakan dia tinggal sementara di Taiping bagi melihat-lihat keadaan pak long, saya semakin tidak sedap hati.

“Kenapa sampai mahu tinggal beberapa hari,” saya bermonolog sendirian lagi.

Saya meneruskan sahaja kehidupan seperti biasa dan apabila ditambah pula dengan kepenatan hari pertama ‘bekerja’, saya hanya memikirkan untuk mendapatkan rehat secukupnya.

Akhirnya

“Pak long dah tak der,” bunyi sms kiriman adik pada malam rabu yang lalu ketika buletin utama hampir bermula.

bersambung…

Doa

Jasa pak long buat diriku terlalu besar untuk dilupakan. Hanya doa daripada saya yang mampu saya utuskan. Sesungguhnya pak long menyayangi saya ketika saya masih belum mengerti untuk menyayangi. Dan biar lanjut usia saya ke ribuan tahun, jasa pak long tetap tidak dapat saya balas.

Al-Fatihah.

Kau sahabat kau teman sejati

Hijaz

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Ke makam bonda

UNIC, Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

One response

  1. Salam takziah,
    Al-fatihah.. Semoga rohnya dirahmati Allah.. Kuatkan semangat ya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: