Hampir ke akhirnya…

Tanggal 21 Disember 2009, saya adalah antara 32 trainee bagi program Biotechnology Entrepreneurship Special Training Programme (BeST) di utara tanah air.

Ketikamana saya membuat keputusan untuk membuat permohonan bagi memasuki program tersebut melalui salah satu portal pekerjaan yang terkenal di tanah air tercinta ini, himpunan modul yang disediakan menjadi sebab utama saya mahu bersama dengan program tersebut.

Bulan pertama dimulakan dengan modul komunikasi. Ternyata begitu banyak lagi perkara yang saya tidak ketahui dalam komunikasi. Kehadiran 2 orang trainer dengan penuh pengalaman di dada membuatkan kelas terasa begitu sekejap. Kerapkali juga saya berfikir, berapa lamakah masanya yang di ambil oleh kedua-dua trainer tersebut untuk menukar penyampaian sebahagian silibus daripada teks kepada aktiviti. Sungguh, kadangkala saya termenung memikirkan betapa giftednya mereka kerana berjaya menukar sesuatu yang complicated kepada sesuatu yang simple.

Bulan kedua modul teknikal muncul. Kehadiran seorang professor bersama anak-anak buahnya dari salah sebuah clinical research organisation (CRO) yang terkemuka di negara ini telah menukar suasana pembelajaran. Sungguh, begitu sukar memberikan tumpuan sejak jam 9.0o pg sehingga 5 petang tatkala perlu mengadap teks demi teks. Hasilnya apabila saya pulang ke rumah, saya benar-benar kepenatan untuk melakukan ulangkaji apatah lagi untuk menyelesaikan thesis sarjana saya.

Bulan ketiga modul entrepreneurship pula dihidangkan. Bermula dengan melihat peluang-peluang perniagaan dalam bidang farmaseutikal di negara ini, kami di ajar pula tentang Intellectual Property, menghasilkan business plan dan website company idaman kami seterusnya belajar serba sedikit tentang dunia perakaunan. Kali ini kami diajar untuk belajar mulai jam 9.0o pg hingga 5.00 ptg dan bekerja mulai selepas jam 5.00 ptg. Sungguh, kami semua kepenatan dan masing-masing hanya memikirkan tentang tidur tatkala selesai kelas terakhir kami. “Welcome to my world…” kata trainer yang mengajar kami modul business plan. Menurut beliau lagi, mereka yang berjaya dalam dunia perniagaan bekerja 24/7 jadi kami seharusnya mula membiasakan diri untuk menjadi seperti meraka.

Hari ini Jumaat, 26 Mac 2010, hari kedua terakhir bagi kami dalam program ini. Sungguh seperti baharu semalam sahaja kami mendaftar masuk dan tidak disangka masa berlalu dengan begitu cepat. Kepada rakan-rakan :-

Kumpulan 1 – Gobi, Luhen, Sayyed, Yen, Feng, May

Kumpulan 2- Hanis, Hakim, KY, Haiza, Syida, Hasni, Hanim

Kumpulan 3- Aminas, Balan, Amirul, Masril, Khairiah, Zati

Kumpulan 4- Saya, Fauzi, Nad, Nadia, Geetha, Hema

Kumpulan 5- Din, Ahmad, Larry, Kiu Hwa, Nancy, Lega, Shashi

saya akan selalu mengingati kalian. Setiap daripada kalian adalah unik. Tiada persamaan dengan yang lain.

Buat yang telah memperolehi pekerjaan tetap, tahniah diucapkan. Buat yang akan membuat latihan industri di tempat-tempat yang telah ditetapkan, buatlah sehabis baik. Inilah masanya untuk mengaplikasikan apa-apa yang telah kita pelajari selama ini. Tanamkan azam untuk menyebarluaskan lagi bidang berasaskan sains hayat di tanah air kita ini agar tujuan program yang kita lalui itu tercapai hendaknya.

Selamat berjuang semua…!

I love you all… ^_^

One response

  1. salam…dah tukar link blog

    darisinikebintangbintang.blogspot.com

    k tq🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: