Menjadi orang yang bersalah yang efektif

Source

Jika saya mahu melakukan survey akan berapa ramaikah di antara kita yang tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidupnya, saya pasti tidak ada yang akan mengangkat tangan kerana tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.

Pasti ada.

Tetapi jika ditanya berapa ramaikah pada setiap kali melakukan kesalahan telah berjaya melakukan perubahan ataupun melakukan tindakan-tindakan yang perlu agar tidak berulang lagi kesalahan tersebut di masa hadapan, saya pasti juga tidak ada manusia yang seefektif itu.

Jesteru bagaimana untuk menjadi orang yang bersalah yang efektif?

Mengaku salah

Mengaku bahawa kita memang telah melakukan kesalahan adalah langkah yang paling pertama yang mesti kita lakukan.

Ia sebenarnya telah menyedarkan diri kita bahawa sabagai seorang manusia biasa, kita tidak akan lari daripada melakukan kesalahan.

Ia juga berupaya untuk menyedarkan diri kita bahawa hanya Dia sahaja yang sempurna dan tiada selain-Nya yang memiliki sifat kesempurnaan.

Ia juga menyediakan diri kita untuk ke langkah yang seterusnya iaitu meminta maaf.

Meminta maaf

Ada orang kata lelaki ini ego sebab susah untuk meminta maaf.

Entahlah, saya tidak tahu bagaimana untuk mengesahkannya.

Apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah tatkala memang ternyata kita telah melakukan kesalahan, maka meminta maaf adalah langkah kedua yang mesti kita ambil.

Meminta maaf tidak menjadikan diri kita kecil, kerdil atau menunjukkan diri kita lemah.

Bahkan meminta maaf sebenarnya menunjukkan bahawa diri kita sememangnya berjiwa besar.

Untuk cemerlang bukankah memiliki jiwa yang besar adalah satu kemestian?

Selain itu dengan meminta maaf juga kita bisa melembutkan hati pihak yang sedang marah, geram, terasa hati, kecewa dan sebagainya lagi dengan kita dan sebagai langkah pertama ke arah menjalin semula tali silaturrahim yang mungkin telah terputus, mulai renggang atau retak.

Mintalah kemaafan dengan sabar dan memberikan masa secukupnya kepada pihak yang satu lagi untuk memaafkan kerana untuk memafkan juga bukan satu perkara yang mudah.

Sebagai pihak yang bersalah, kita tidak ada apa-apa priviledge dalam hal ini. Kita hanya boleh menunggu.

Take note

Amatlah diharapkan oleh pihak yang satu lagi akan kita sebagai pihak yang bersalah untuk berusaha bagi mengelakkan berlakunya lagi perkara yang sama, perkara yang telah membuatkan hatinya marah, sedih, kecewa, terasa dan sebagainya dengan kita.

Oleh sebab itu sebagai orang yang bersalah, analisalah kembali akan kesalahan yang telah kita lakukan.

Cuba kenal pasti apa silapnya dan apakah usaha atau tindakan yang boleh dilakukan untuk melakukan perubahan.

Berilah masa kepada diri kita untuk melakukan semua ini kerana ia melibatkan banyak perkara seperti hati kita, minda sedar kita, minda separa sedar kita, bagaimana minda sedar kita communicate dengan minda separa sedar kita dan sebagainya.

Sesuatu perbuatan untuk kita jadikan sebagai tabiat biasanya mengambil masa selama 6 minggu.

Itupun jika dilakukan dengan sungguh-sungguh dan dipatuhi segala pantang larang seperti yakin bahawa kita boleh berubah menjadi lebih baik, yakin bahawa kita berupaya mengelak daripada melakukan kesalahan yang sama, meningkatkan tahap kewaspadaan terhadap orang-orang di sekitar kita, sentiasa berfikir dahulu sebelum bertindak, bersifat selektif dalam segala hal (berkongsi apa yang perlu, bukan apa yang dikehendaki) dan pelbagai lagi.

Jadi tempoh 6 minggu itu saya kira munasabah bahkan mungkin lebih lama lagi jika terdapat gangguan-gangguan dan pelanggaran terhadap pantang larang.

Oleh sebab itu pihak yang tidak bersalah juga perlu sabar untuk melihat perubahan itu dijana.

Satu-satunya priviledge orang yang bersalah

Saya kira satu-satunya priviledge orang yang bersalah ialah kita boleh memilih apakah yang kita hendak lakukan dalam perjalanan menjana perubahan tersebut.

Mendiamkan diri kerana banyak fikir.

Berkongsi perasaan bersalah dengan sahabat yang dipercayai dan bersedia untuk menerima cadangan-cadangan daripadanya. Untuk pilihan ini jangan bersifat defensif…!

Memberi masa kepada minda separa sedar kita memberikan cadangan kepada diri kita akan tindakan-tindakan yang boleh dibuat.

Membaca buku-buku self improvment.

Mendengar nasihat dan sebagainya.

Lain orang lain caranya.

Lakukanlah apa sahaja asalkan hasil akhirnya ialah perubahan kepada diri yang lebih baik.

Buat yang tidak bersalah

Tatkala maaf dipinta, maafkanlah.

Tetapi jika kita memilih untuk tidak memaafkan, itu juga tidak mengapa.

Itu hak kita.

Eksklusif.

Tiada siapa boleh memaksa.

Dan tatkala diminta menunjukkan jalan yang lurus oleh orang yang bersalah, berilah pedoman dan panduan.

Ketepikan amarah kita seketika demi matlamat yang lebih besar iaitu perubahan ke arah yang lebih baik yang sedang dirintis oleh pihak yang bersalah itu.

Berikan sokongan dan motivasi.

Berikan keyakinan.

Nyatakan satu persatu, teratur dan specific akan apa-apa panduan atau pedoman yang kita mahu berikan.

Bukanlah penting akan jumlah panduan atau pedoman yang berupaya kita hamburkan tetapi yang lebih penting ialah berapa banyak panduan dan pedoman itu difahami oleh pihak yang bersalah itu agar perubahan yang dirintisnya adalah selari dengan hasrat hati kita.

Satu panduan pada satu-satu masa yang difahami oleh pihak yang bersalah lebih bermakna berbanding seratus panduan yang langsung tidak dapat diingati.

Bersabarlah dan kawal diri daripada bersifat memaksa.

Kita mungkin tidak berniat begitu tetapi ia mungkin kedengaran seperti itu.

Jika itu berlaku, pihak yang bersalah yang akan terjejas.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa apa-apa yang menjejaskan perjalanannya untuk menjana perubahan ke arah yang lebih baik hanya akan melambatkan perubahan itu dicapai.

Atau mungkin langsung tidak tercapai.

Berikan kerjasama kita, perbaiki cara penyampaian dan berikan panduan ikhlas daripada hati kita.

Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara dan damaikanlah antara mereka yang bertelingkah.

9 responses

  1. assalamu’alaikum
    Pendek kata mcm ni….
    “saya sedar saya salah”
    “sy minta maaf”
    “lepas ni saya tak ulang lagi”
    “awak nak marah saya, marahla….”
    tapi, adakala salah tak perlu minta maaf jika kite khuatir mudharat die lebih besar…

  2. Mudharat lebih besar? Contohny?

  3. Mudharat lebih besar? Contohnya?

  4. jus 2 share..
    Bercakap soal kesalahan, xkiralah perbuatan atau percakapan, boleh dikategorikan kepada 3:
    1. Memang salah : berlaku dgn sengaja, dgn maksud menyakitkan.
    2. Salah faham : berlaku dgn sengaja, tapi dgn maksud yg berbeza dari yg ditafsirkn.
    3. Tersalah : berlaku dgn xsengaja, dan tanpa maksud menyakitkan.
    Bagi kategori mmg salah tu selalunya jelas, so xperlu bincang pjg lebar.
    Kategori salah faham, selalunya berlaku kerana beza cara dan style komunikasi 2 pihak, cara mnyampaikn dan cara mnerima, juga cara pemahaman dan berfikir.
    Kategori tersalah pula, selalunya berlaku kerana habit atau kebiasaan, yang samada mmg selama ini diamalkn org tersebut, atau sesuatu yg biasa diamalkn oleh org sekelilingnya yg rapat (cth keluarga).
    Jadi selalunya bila ada yg melakukan kesalahan, akan ada pihak yg marah.
    Ada org marahnya sekejap, ada org marahnya lama. Ada org lega n syukur bila marahnya hilang, ada juga org yg pelik kenapa marahnya tiba2 hilang.
    Kadang2 kita lupa, marah itu dtg dari mana.
    Perasaan marah dari syaitan dan kaum kerabatnya. Bila marah hilang, ada beberapa kemungkinan sebab ia berlaku :
    1. Syaitan dan kaum kerabatnya yg mengganggu org tersebut sudah bosan dan boring, atau tempoh mengganggu yg ditetapkn bos dah habis.
    2. Kuasa Allah. Allah itu kn maha besar. “Kun, fayakun”..semua yg berlaku atas izin Allah dan tiada satu pun yg berlaku/diciptakan dengan sia-sia. Pasti ada sebab dan fungsinya.
    3. Doa. Doa itu senjata mukmin.
    Adakala org yang bersalah sudah mengakui kesalahannya, memohon ampun maaf, kemudian menyesal/bertaubat/berusaha mengubah/x buat lg, bahkan memohon bimbingan atau tunjuk ajar; tapi pihak yg marah tidak memaafkn, masih mengekalkan perasaan marah, kemudian xsudi membimbing, bahkan menjauhkan diri, sedangkan pihak itu tahu apa yg perlu dilakukan.
    Allah itu maha pengampun/pemaaf. Bila manusia memohon keampunan, Insyaallah akan diampunkan. Disaat ini, walaupun pada pandangan pihak yg marah itu, org tersebut masih lagi bersalah, tapi disisi Allah, org itu mungkin bukan lagi org yg bersalah. In fact, disaat ini, maybe org bersalah itu telah menjadi pihak teraniaya, kerana dinafikan haknya utk belajar, memperbaiki kesilapan dan berubah. Doa pihak teraniaya termasuk dlm golongan doa yg Allah makbulkan.
    4. Hormone or physiological changes of the body org yg marah tu. Bab ni kalu nk discuss…myb nx time la..
    Whatever said above comes from a human, betul atau salah, wallahu ‘alam..

  5. Dalam buku Men are from Mars and Women are from Venus, kita sedia maklum bahawa lelaki tatkala mendengar akan masalah terdorong untuk memberikan penyelesaian manakala perempuan pula suka menceritakan masalahnya kepada seseorang yang dipercayainya dan tidak mengharapkan apa-apa selain rasa didengari sahaja. Lelaki dengan sifat suka memberikan penyelesaian berupaya menyembuhkan hatinya yang sedang luka tatkala berfikir untuk membantu orang yang bermasalah itu kerana dengan berfikir untuk menyelesaikan masalah orang lain, lelaki terbabit tidak dapat tidak perlu menyelesaikan masalahnya sendiri terlebih dahulu sebelum membantu orang lain. Jadi sedar atau tidak proses penyembuhannya lebih cepat tatkala dia mula memberikan telinganya untuk mendengar masalah orang lain. Wanita pula dengan sifat ingin didengari dan dihargai akan lebih cepat sembuh daripada kekecewaan tatkala bercerita akan masalahnya kepada orang-orang yang dipercayai.
    …source: ur own post..june 2009

  6. thanks smiling cat… cuma nak tanya, utk kesalahan (seperti yang dikategorikan oleh anda) kedua, pihak mana yang memikul lebih tanggungjawab tatkala berlaku salah paham dengan sengaja tersebut (akibat salah tafsir); pihak yang menyampaikan atau pihak yang menerima?

  7. (smiling) well..dlm mana2 kes yg tmasuk dlm kategori 2, tafsiran dilakukan ikut pemahaman umum…sebagaimana selalu difahami ramai..
    Logiknye penyampai ler yg perlu lbh btgungjwb, but in realiti, manede penyampai yg tersgt hebat smpi xpenah ade penerima yg slh phm..
    so..whatever it is, yg penting bukan sape pikul lbh tggungjwb, tp sape yg mahu bertanggungjwb…
    The best way is saling cuba memahami n membetulkn..n bykkn bsabar..ape2 pn kne praktis..
    praktis jd pnyampai efektif…dan pendgr efektif..
    Ape yg penting, kerjasama..

  8. salam.minta copy yg ni satu.sy ad kerja skit nk kena buat.

  9. Silakan Sabrine

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: