ER lagi…

Source

ER adalah siri televisyen yang berkisar tentang dunia perubatan yang terpanjang di US suatu ketika dahulu.

15 musim, 23 kemenangan dalam anugerah Emmy Award selain menerima 124 pencalonan untuk Emmy Award telah menjadikan ER sebagai antara siri televisyen yang paling berjaya.

Jika dahulu kehadiran ER di televisyen tidaklah menjadikan saya melekat di kaca tv tetapi kini, weekdays, 5.00 – 6.00 ptg, saya tidak melepaskan peluang untuk menontonnya di saluran Astro 702. Itupun jika Trainer selesai mengajar sekitar jam 4.30 ptg kerana jika Trainer selesai mengajar sekitar jam 5.00 ptg atau lebih lewat, alamatnya melepasla kerana merangkak di tengah-tengah kesesakan jalan raya di pulau bertuah ini.

Tadi ER kehilangan antara watak utamanya, Dr Mark Green kerana kanser otak. Ketenangan Dr Mark Green ketika menjalankan tugas di jabatan perubatan kecemasan menjadikan dirinya sebagai antara doktor rujukan terbaik bukan sahaja kepada doktor-doktor pelatih yang lain malah juga kepada doktor-doktor muda yang lain.

Telahpun diakui bahawa untuk belajar menjadi seorang doktor bukanlah suatu perkara yang mudah. “Sana nota sini nota,” bak kata guru kelas saya semasa saya menuntut di sekolah kebangsaan dahulu tatkala melihat anak lelakinya memasuki fakulti perubatan.

Dan tatkala selesai belajar, kehidupan sebagai seorang doktor juga tidaklah mudah.

Ada harga yang perlu dibayar.

Kehilangan masa berharga dengan keluarga

Dr Mark Green dengan kesibukannya di jabatan perubatan kecemasan telah menjadikan dirinya jauh daripada anak dan isterinya.

Dia bercerai dengan isteri pertamanya selain anak perempuannya terjebak dengan dunia gelap.

Anak perempuannya di usia 14 tahun iaitu di akhir usianya telah merokok, mengambil dadah, terlibat dalam pergaulan bebas dan melakukan pelbagai lagi perkara-perkara jahat.

Tatkala mengetahui jangka hayatnya hanya tinggal 2 bulan, Dr Mark Green memilih untuk tidak menerima apa-apa lagi rawatan tetapi mahu menghabiskan masa-masanya yang tinggal itu dengan anaknya.

Mereka pergi bercuti ke beberapa tempat menarik yang di antaranya ialah tempat Dr Mark Green dibesarkan ketika kecil, menunjukkan tempat kerja pertamanya sebagai pembasuh kolam renang, menunjukkan tempatnya meluncur di lautan dan pelbagai lagi.

Tetapi segala usaha yang dilakukannya seakan tidak menjadikan anaknya berminat untuk lebih mendekatinya.

Itulah harga yang dia perlu bayar atas segala kesibukan yang dia alami sebelum ini.

Yang lepas itu lepas

Dr Mark Green tetap tidak berputus asa untuk mengambil hati anaknya itu.

Dia cuba mengimbau kembali kenangan mereka bersama suatu ketika dahulu, tatkala anaknya masih kecil dan sebagainya.

Malang kerana tiada satupun yang berjaya menyentuh hati anaknya itu.

Sesetengah perkara mungkin besar bagi kita, tetapi kecil bagi orang lain.

Sesetengah perkara mungkin penting bagi kita, tetapi kecil bagi orang lain.

Sesetengah perkara mungkin tidak bermakna bagi kita, tetapi begitu bermakna bagi orang lain.

Pengalaman membesarkan anaknya itu besar, penting dan begitu bermakna buat Dr Mark Green tetapi tidak sekali-kali bagi anaknya itu.

Akhirnya di penghujung hayat Dr Mark Green, anaknya telah dapat menerima hakikat dirinya dahulu dan bersedia memaafkan dirinya.

Apa yang penting

Sesungguhnya ia adalah begitu penting untuk mencuba memperbaiki diri.

Walaupun kadangkala usaha-usaha yang kita lakukan tidak dipandang langsung atau hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh pihak lain, itu seharusnya tidak menjadikan kita berhenti berusaha.

Bagaimana jika telah dicuba segalanya namun tetap tidak dihargai atau membuahkan hasil?

Letakkanlah tempoh masa untuk kita meneruskan langkah ke hadapan kerana hidup ini bukan hanya untuk seorang lelaki, perempuan, anak, isteri, kawan dan sahabat.

Ada ramai lagi manusia yang bersedia untuk menerima kita dan menghargai usaha-usaha kita.

Dan hidup juga mesti diteruskan.

Seperti Dr Mark Green yang meletakkan tempoh masanya untuk berhenti mencuba ialah tatkala nafasnya berhenti, kita juga boleh memilih untuk melakukan sedemikian.

Apa yang penting tambahkan ilmu dalam penyampaian agar mesej dan hasrat hati kita sampai kepada penerima seperti yang kita harapkan dan membuahkan hasil juga seperti yang kita harapkan.

Semoga kita semua sentiasa dalam peliharaan-Nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: