Ekstrak Hadith (Bab 1)

Hadis-hadis di bawah ini diekstrak daripada buku Dr Danial, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden

Riwayat Muslim: Salman al-Farisi pernah ditanya, “Adakah Nabimu mengajar kepadamu mengenai semua perkara termasuk yang berkaitan dengan aspek membuang air besar?” Salman menjawab, “Ya, Baginda melarang kami mengadap kiblat ketika membuang air besar dan kecil. Baginda juga melarang kami membersihkan najis selepas membuang air dengan menggunakan tangan kanan ataupun kurang daripada tiga biji batu. Baginda juga melarang kami menggunakan najis dan tulang”

–> Al-Maidah ayat 3, “Pada hari ini Aku sempurnakan agama kamu bagi kamu dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepadamu dan Aku reda Islam menjadi agama bagimu”

Riwayat Abu Daud: “Allah yang menurunkan penyakit dan ubatnya”

Riwayat Muslim: “Sekiranya ubat digunakan untuk sesuatu penyakit, penyakit itu sembuh dengan izin Allah”

–> Al-Qasas ayat 68, “Dan Tuhanmu mencipta apa yang Dia suka dan Dialah yang memilih apa yang dia suka. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka”

Riwayat Bukhari, Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, an-Nasai, Tarmizi: Usamah bin Syuraik berkata, “Aku berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datanglah beberapa orang arab Badwi dan mereka berkata, ‘Ya Rasulullah adakah kami diizinkan berubat’ Rasulullah berkata, ‘Wahai hamba-hamba Allah, berubatlah kerana sesungguhnya Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit melainkan Allah meletakkan ubat baginya kecuali satu sahaja!’ Mereka bertanya, ‘Apakah itu ya Rasulullah?’ Nabi Muhammad SAW menjawab, ‘Penyakit tua’.”

Riwayat Abu Daud: “Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubatnya. Maka berubatlah, tetapi janganlah kamu berubat dengan menggunakan benda yang haram”

Riwayat Tarmizi: “Sesungguhnya arak bukanlah ubat, sebaliknya ia adalah penyakit”

Riwayat Malik, al-Hakim, Baihaqi, Ibn Majah: “Tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan”

Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi, Ibn Majah: “Rasulullah melarang penggunaan ubat yang keji”

Riwayat Ibn Majah: “Sesiapa yang meminum madu di waktu pagi, tiga kali pada setiap bulan. dia tidak akan menghidap penyakit-penyakit berbahaya”

Riwayat Tarmizi, Ahmad, Ibn Majah, an-Nasai: “Tidak ada bekas yang lebih keji daripada perut anak Adam. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya. Sekiranya dia terpaksa melakukannya juga, maka satu per tiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya, satu pertiga untuk nafasnya”

Riwayat Muslim: “Sekiranya tidak menyusahkan umatku, aku ingin menyuruh mereka melambatkan solat Isyak dan bersugi gigi setiap kali mereka hendak melakukan solat”

Riwayat Abu Daud, an-Nasai, Ibn Majah: “Sesiapa yang mengubati dan ia tidak pernah diketahui sebelum ini sebagai seorang mengetahui ilmu perubatan, maka dia dipertanggungjawabkan”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: